Jumaat, 14 Mei 2021

Raya PKP 2021

 Salam Aidilfitri, sehari dihari raya. Alhamdulillah walaupun raya sehari, walaupun tak dapat jumpa anak yang jauh di KL, walaupun tak dapat berkunjung semua sanak keluarga dan rakan-rakan tetapi tetap juga rasa syukur kepada Allah kerana tahun ini dapat berpuasa sebulan dan masih bernafas di bulan Syawal ini. Semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah SWT selalu aamiin.



Selasa, 11 Mei 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Selamat hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.

Tahun ini dan tahun lepas, suasana raya PKP lebih kurang sama saja agaknya ya. Bergembira kita bersama keluarga bagi merayakan kita berpuasa sebulan. Kita perlu bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan kepada yang kurang sihat didoakan semoga segera sembuh.


Kepada yang telah menempah kek, biskut dan lain-lain dengan niat sambut raya, harap janganlah dibatalkan ya, kita sambut raya jugalah. kasihan para peniaga yang telah banyak mengeluarkan modal, malah ada yang berhutang untuk menambah pendapatan.
Kita juga maklum, ramai yang terjejas pendapatan semenjak PKP, usaha berniaga kecil-kecilan adalah untuk menampung keluarga tapi apa boleh buat, keadaan tidak sering menyebelahi kita.
Didoakan semua terus tabah, sentiasa berusaha mengembirakan keluarga, jaga kesihatan, jaga jarak dan banyakkan masa di rumah, semoga kita sentiasa mengingati Allah itu sentiasa ada untuk kita.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.