Sabtu, 26 November 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram



Sama-samalah kita berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Moga ketentukan Allah swt sama seperti yang kita rancang dan moga yang kita rancang, akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat Amin...

Sabtu, 19 November 2011

Selamat Kembali Ke Tanah Air Hajjah Taibah Hj Mahmud



Syukur alhamdulillah, kakak ipar aku Hajjah Taibah telah selamat kembali dari tanah suci.


Rasa terharu pula saat aku memeluknya... mungkin itu jugalah yang dirasa oleh anak bungsunya sewaktu memeluk kak Hajjah.


Bacaan doa selamat dibaca oleh adik bungsunya (laki aku)


Ambil kesempatan bergambar dengan Hajjah...


Setelah memandang wajahnya yang cukup ceria itu, mengingatkan aku kembali ketika aku berada di Madinah dan Mekah satu ketika dulu, nampaknya sekarang telah banyak perubahan dan lebih cantik dibanding dulu...

Semoga aku diberi kesempatan lagi menjejakkan kaki di tanah suci insyaAllah...

Jumaat, 18 November 2011

Penyampaian Sumbangan Kepada PIBG Dan Bantuan Awal Persekolahan KPM 2012


18 November 2011, Jumaat. Majlis penyampaian sumbangan kepada PIBG dan bantuan awal persekolahan KPM tahun 2012, telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yussuf Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan di Dewan SMK (C) Chi Wen WP Labuan.


Aku mendapat jemputan untuk menghadir majlis tersebut. Asyik-asyik muka aku... jangan bosan ya...


YB telah memberi sumbangan sebanyak RM 1,000 setiap PIBG sekolah-sekolah di Labuan


Manakala sekolah-sekolah bukan kerajaan mendapat sumbangan sebanyak 10k


Anak aku Zafirah dan kawan sekelasnya...

Zaman sekolah aku dahulu, mana ada bantuan seperti ini, bersyukurlah anak-anak sekarang, banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan.

Khamis, 17 November 2011

Resepi Kek Batik Untuk Lovely Edda

Hari ni blog aku masuk dapur pula, nak kongsi resepi kek batik yang diminta oleh x kawan sekolah aku kat SMK Labuan dulu. Lovely Edda nama manjanya hehehe...

Resepi ni asalnya aku dapat dari mak cik aku yang aku panggil kak Chin, setiap kali hari raya aku selalu minta dia buatkan kek ni, lepas tu dia syorkan supaya aku cuba sendiri. Aku pun mintalah resepi... Walaupun tak pernah melihat cara dia membuatnya, aku cuba juga membuatnya, main hentam sajalah... nak mencuba? Inilah resepinya...

KEK BATIK NORGADIS
Bahan : -
10 Biji Telur (selalunya aku guna 6 biji telur gred A, nak jimat hahaha)
2 Kotak batter
1 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Biasa
1 ½ Cawan Milo
1 Tin Susu Manis (Ini aku guna setengah tin, sebab takut kena kencing manis)
2 Sudu Browning (Gula Hitam)
½ Plastik Biskut Marie (patah-patahkan biskut tu)

CARA-CARA MEMBUATNYA
Panaskan kuali. Masukan batter, telur dan gula. Gaul hingga gula cair. Kemudian masukan tepung, milo, susu dan browning. Gaulkan hingga mendidih dan pekat (perlahankan api).

Setelah adunan tidak melekat pada kuali, masukan biskut marie yang telah dipatah. Gaul hingga sebati dan kemudian masukan kedalam loyang. Padatkan adunan dan biarkan sejuk. Akhir sekali potong dan hidangkan.

Cuba jangan tak cuba...

Hari Ini Ulang Tahun Perkahwinan Aku



Tak terasa, sudah 20 tahun rupanya aku dan bekas tunang aku ni mendirikan rumahtangga. Syukur kepada Allah kerana memberi kami kebahagiaan selama ini. Terima kasih kepada anak-anak kerana menambah seri dalam hidup kami. Terima kasih juga buat keluarga dan para sahabat yang membantu dikala kami susah dan senang, kepada yang tak pernah membantu, aku ucapkan terima kasih juga hehehe...

Hidup ini tidaklah lama,
Sayang dijalin biarlah erat,
Sepulau Sekasih Kita Bersama,
Moga hidup mendapat Berkat.

Selasa, 15 November 2011

Buat Cup Kek Untuk Wathiqah

Di sekolah Wathiqah ada mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Ibu bapa diminta membawa makanan untuk majlis tersebut. Aku pun fikir punya fikir... elok buat cup kek untuk Wathiqah dan kawan-kawannya. Tengok kat dapur bahan pun dah ada walaupun taklah cukup sangat... Jadi bermulalah kerja membuat kek...


Sediakan Telur


Putar


Masuk tepung dan bahan yang lain dan putar hingga sebati, lepas tu masuk dalam cup dan bakar.


Dah siap bakar, kita letak aising sikit, bagaimana?


Aku buat 50 + biji, walaupun tak secantik mana tapi habis semuanya...

Isnin, 14 November 2011

Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 Di SMK Mutiara


Sudahkah anak-anak anda menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang? Kalau belum, bersabarlah, insyaAllah akan dapat nanti tu dan kalau sudah bersyukurlah, dulu zaman aku mana ada dapat bantuan RM100 ni, biasiswa pun tak pernah dapat huhuhu...


Ramai sangat waktu, ibu atau bapa diminta hadir bersama salinan kad pengenalan untuk menerima bantuan RM100 bagi anak masing-masing. Aku menguruskan 2 orang anakku dan 2 orang lagi anak saudaraku. Ayah dorang kena opret kat Kota Kinabalu, Uminya pula menemankan ayah dorang kat sana, jadi urusan di sini akulah yang bantu.


Wang bantuan RM100 tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun 2012.


Pengetua (baju putih bertali leher) En Sahar Misron juga ada bersama waktu itu


Nampak dia tengah tersenyum tu, happylah tu dah dapat RM100


Aku pun happy dah selesai urus budak-budak ni...


Nak tayang sikit, RM100 tu... (ibu tak dapat RM100, dapat letih je huhuhu...)
Guna duit tu untuk keperluan sekolah, bukan guna untuk kasi makan handphone kamu tu tau..

Rabu, 9 November 2011

Majlis Penyampaian Sijil Tadika-Tadika Islam MAIWP

30 Oktober 2011

Baru sempat nak post kat blog, sibuk sangat semenjak kebelakangan ni, sibuk memanjang, bila pula masa tak sibuk musim hujung tahun ni hehehe...


Aku menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Tadika-Tadika Islam MAIWP baru-baru ini. Acara ini adalah tahunan, aku mesti hadir, sekadar memberi semangat dan sokongan untuk anak kecilku Wathiqah.


Sewaktu penyampaian hadiah, tiba-tiba elektrik terputus, sempatlah bergelap selama 2 minit, kejap je...


Kecil-kecil dah pandai baca Quran. Aku sempat mengalirkan air mata waktu budak-budak dari Tadika Al-Iman Layang-Layangan ni menyampaikan nasyid huhuhu... terharu sangat...


Ini pelajar yang mengakhiri pengajian mereka di tadika, maksudnya tahun depan dah masuk tahun satu kat sekolah rendah.

Selasa, 8 November 2011

Kemalangan maut di Jalan Tun Mustapha


Kemalangan maut di Jalan Tun Mustapha, WP Labuan berlaku awal pagi tadi. Banyak belaku kemalangan kawasan ini. Sudah lebih 3 kali pagar rumah berhampiran runtuh akibat kemalangan. Kawasan ini memang cukup berbahaya, entah apa punca sebenarnya.


Jaya Hj Masir: Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu di jalan ini. Sudah banyak kes berlaku. Kajian terperinci perlu dibuat.


Ramlen Salleh: Terlalu banyak versi cerita yang kita dengar tentang kawasan kemalangan ni, rasanya bukan kerana faktor jalan yang kurang rata, tetapi juga ada faktor makhluk yang menghuni kawasan tersebut, apa pun sentiasa berhati2 ketika melalui kawasan tersebut.

Sumber foto dari sahabat FB
Ramlen Salleh
Asri Asi
Yatie Ghani

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua keluarga di Sabah, Semenanjung dan Brunei, sahabat-sahabat dimana saja berada, buat rakan blogger didunia maya dan kepada semua yang merayakannya. Moga kita sama-sama mendapat keberkatannya Amin...


Buat anakku N Athirah yang berada di Selangor International Islamic University College. Selamat hari raya aidiladha, moga kau terus tabah menghadapi cabaran hidup tanpa keluarga disisi...


Wathiqah ni kalau boleh, tiap-tiap hati nak telefon kakaknya...