Selasa, 31 Disember 2013

Salam 2014


Dalam pelarian waktu yang singkat ini
dan dikala mentari beradu di kaki langit
dan dikala usiaku yang semakin singkat
mampukah aku menganyam semangat
untuk kuhampar tikar harapan
agar aku terus bisa memeluk puteri-puteriku
dan mengucup mesra tangan suamiku
sebelum aku dibungkus rapi
dengan selendang putih peneman diri.

Terima kasih Allah
kerana masih mengizinkanku
hidup di dunia-MU

Isnin, 9 Disember 2013

Happy Birthday CT Puteri Rawija

Selamat hari lahir buat anak ibu N Athirah Al-Labuani, moga menjadi anak soleha, beriman, diberkati serta mendapat rahmat Allah selalu. Doa ibu agar segala cita-cita akan tercapai dan dipermudahkan semuanya Aamiin. I Luv U 

Jumaat, 6 Disember 2013

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA ~ AMARAN KATEGORI KETIGA

Gambar Hiasan

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan &Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Tioman, Bunguran, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) & Reef South dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang sehingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 06 Disember 2013, jam 04:52AM
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia 

Rabu, 4 Disember 2013

Selamat Hari Lahir Firah

Selamat hari lahir buat anak ibu Kenanga Irwarna, moga menjadi anak soleha, beriman, diberkati serta mendapat rahmat Allah selalu. Doa ibu agar segala cita-cita akan tercapai dan dipermudahkan semuanya Aamiin. I Luv U


Isnin, 18 November 2013

Aktiviti Di Ulang Tahun Perkahwinan Ke-22

Aktiviti 17 November 2013 dari pagi hingga petang.

 Waktu pagi jalan-jalan di Water Park

 Melihat pameran lukisan

Ada Labuan Art Festival 2013

Jam 11 pagi kami mula jalan-jalan cari makan, kami memilih MerryBrown untuk merayakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-22 tahun, nyaman rasanya ada penghawa dingin setelah dipeluk oleh terik mentari di kawasan Water Park.

Sebelah petang aku menghadiri program Santai Puisi PERWILA di Labuan Walk

Ahad, 17 November 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-22 Norgadis dan Nurabbas

17 November 2013
Ulang Tahun Perkahwinan ke-22 Tahun Norgadis dan Nurabbas

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah
kerana memberi kesempatan untuk kami bernafas
disaat merayakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 22 tahun.
 
Terima kasih ya Allah
atas kenikmatan dan keberkatan
 dan jua kebahagiaan yang kau berikan kepada kami.

 Kami pohon kepada-Mu ya Allah
berkatilah ikatan kekeluargaan kami
satukanlah hati-hati kami
agar kami akan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
kurniakanlah kami kesihatan, kewarasan serta rezeki yang halal,
jadikanlah kami dan zuriat kami
sebagai pewaris keturunan yang beriman
untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Aamiin 

Ahad, 3 November 2013

Norgadis Di Mahrajan Ke-2


Aku menghadiri Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam Nusantara Ke-2 pada 1-3 November 2013 di Membakut, Sabah.
1 November 2013
Aku dan sahabat-sahabat dari PERWILA menaiki feri dari WP Labuan ke Menumbok.  Dari Menumbok kami menggunakan 3 buah kenderaan yang membawa 7 orang ahli PERWILA ke Sea Park Hotel bagi lokasi penginapan dan juga lokasi pertama program.

2 November 2013
Hari ke-2 selepas sarapan pagi, kami terus di bawa ke Membakut bagi program seterusnya.  Sebelah pagi, pembentangan kertas kerja, sebelah petang, lawatan ke Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yakob Khan dan kemudian ke perkarangan rumah YB Datuk Mohd. Arifin Hj Mohd. Arif, menyaksikan penduduk membakut masak kelupis makan tradisional.
Setelah berehat sebentar di rumah keluarga angkat di Membakut, kami dibawa ke Dewan Masyarakat Pimping Membaku bagi acara perasmian penutupan.  Program ini dihadiri oleh peserta dari Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.

3 November 2013
Kami semua berangkat balik ke negara masing-masing.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bengkel Puisi Tradisional

Salam sahabat, lama benar rasanya tidak melawat blog aku ini, moga sahabat-sahabat blogger sihat dan bahagia disamping menguruskan perjalanan kehidupan dengan lebih ceria.


Tiada apa nak cerita, cuma sekadar berkongsi beberapa gambar diambil sewaktu menghadiri Bengkel Puisi Tradisional pada 22-24 okt 2013 yang lepas.  Tenaga pengajar memang hebat, komposer Azmeer, Pn. Zaiton dan... cik Amy klu tak silap namanya.

Dari kanan, akulah tu Norgadis Labuan (PERWILA), Hj Hasnah Sambas (PERWILA), Hj. Suili Bakar (PERWILA), En. Azmeer (Komposer) dan En. Mahathir Abd. Hamid (Pengarah Perbadanan Labuan Bhgn. Pelancongan)

Aku ni asyik menulis puisi moden saja, bukan apa, aku memang lembab sikit bab puisi tradisional seperti syair, gurindam dan nazam.  Semasa cik Amy menyampaikan syair tu, huh! punyalah best. Rasanya, kalau ramai yang tahu ada buat bengkel ni, pasti ramai yang nak hadir.  Aku sendiri dapat sms berkenaan bengkel ni pun pada hari bengkel dijalankan, nasib baik boss bagi cuti, dapatlah hadir sekali. (Surirumah klu nak minta cuti kena tanya suami hehehe...)

Kawan-kawan PERWILA yang lain tak dapat ikut serta kerana tak boleh ambil cuti mendadak.  Orang yang boleh ambil cuti mendadak ni orang seperti akulah tapi kena mohon cuti juga hehehe...

Selasa, 24 September 2013

Selamat Hari Lahir Abbas HM

Selamat hari lahir buat Xtunangku Abbas Mahmud, moga kebahagiaan bersamamu, moga keberkatan menjadi milikmu, moga kesihatan sentiasa memelukmu, moga rezeki melimpah-limpah, moga amalan makin bertambah, moga ilmu makin meningkat dan moga ditinggikan darjat serta diberkati Allah selalu Aamiin.




Isnin, 9 September 2013

Norgadis Di Cosmopoint Kota Kinabalu

Aku menemani anak ke-2 ku Nurzafirah Nadirah mendaftar diri di Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu. Sebenarnya Zafirah atau Firah dapat masuk ke tingkatan enam, dapat panggilan temuduga UITM dan banyak lagi tapi dia tetap memilih untuk mengambil Diploma Seni Kulinari seperti yang dicita-citakannya.

Selepas SPM 2012, Firah terus masuk Giat Mara mengambil kursus jahitan isnin hingga jumaat, manakala sabtu dan ahad Firah kerja sambilan di Mc Dornald.  Doa dan harapan aku dan keluarga moga Firah berjaya di sana.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56 tahun.
Hargailah kemerdekaan yang kita miliki.

Ahad, 4 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Dari Norgadis

 Assalamualaikum. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti yang bakal menjelang tiba kepada semua sahabat-sahabat saya. Kalau ada salah salah dan silap mohon dimaafkan. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 1 Ogos 2013

Corn Flakes Madu Dan Bunga Telur

 Corn Flakes Madu kesukaan puteri-puteriku.  Kalau dulu, anak-anaklah yang banyak membantu membuat corn Flakes madu ini tapi sekarang terasa kehilangan.  2 orang puteriku masih di Kolej dan seorang lagi bekerja sambilan dan akan masuk kolej juga bulan oktober nanti.  Tinggallah si kecil yang tahun (darjah) satu, itu pun sekolah pagi dan petang.


Lepas sahur tadi terus menyiapkan bunga telur untuk Majlis Khatam Quran SRAI Nurul Hidayah, Layang-Layangan.

Jumaat, 12 Julai 2013

Salam Seindah Ramadhan

Salam Ramadhan buat keluarga tersayang suami tercinta, anak-anak Nurfatihah Athirah, Nurzafirah Nadirah, Nuratikah Nazurah, Nurwathiqah Masturah, semua anak-anak saudaraku, para sahabat dan kepada muslimin dan muslimat sekalian. Moga ramadhan ini mengubah kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Ahad, 30 Jun 2013

Norgadis Bersama Program DBK Ke XI 2013

DBK Ke-11 2013 dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Yunus Hj Kurus, Ahli Dewan Negara.  Inilah program antarabangsa yang pertama kalinya aku menjadi setiausaha program.  Tugas ini teramatlah berat bagi aku, memandangkan aku tiada pengalaman dalam program sebesar ini. 
 Dua buah buku dilancarkan semasa DBK Ke XI 2013 (Dialog Borneo-Kalimantan) Buku Antologi Puisi "Kepada Sahabat" terbitan DBP Sabah (aku turut menjadi penyelenggara) dan buku Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita Edisi ke-2"  terbitan PERWILA (boleh dikatakan 80% aku yang menyiapkannya termasuk mengedit, membuat reka hias kulit buku, menaip dan membuat saiz buku seperti yg dikehendaki).

Urus setia yang banyak membantu.  Terima kasih sahabat...

 Mengendalikan PA Sistem semasa pembentangan sesi pertama

YB Encik Rozman Datuk Hj Isli, merasmikan majlis penutupan sekaligus mencatat Kuching, Sarawak sebagai Tuan Rumah DBK ke-12

 Lebih kurang 150 peserta menghadiri program DBK Ke-11

Peserta yang turut hadir adalah dari WP Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia

Sesi lawatan ke sekitar WP Labuan

Program berlangsung pada 27-29 Jun 2013 di UMS KAL WP Labuan.

Isnin, 24 Jun 2013

Happy Birthday Wathiqah



Happy Birthday Wathiqah yang ke-7 tahun, moga jadi anak yang soleha, pintar, berjaya,  beriman,  sentiasa dalam lindungan Allah, diberkatiNya dan dirahmatiNya selalu Aamiin.  Sayang dari ibu selalu untukmu...


 Wathiqah bersama hadiah birthdaynya dari ayah, ibu dan kakak-kakaknya.


Sekali sekala makan di McDonal'd

Ahad, 23 Jun 2013

Bukan Menari Di Pentas Peluru


Aku baru terima antologi puisi "Bukan Menari Di Pentas Peluru" yang memuatkan sebuah puisiku yang bertajuk "Wira Perkasa".  Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Penulis Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tahniah kepada semua penulis yang karya mereka termuat dalam buku ini, tahniah juga kepada ahli PERWILA, Hj Othman Mahali, Hj. Suili Bakar, Gabrieal Kimjuan dan Aizamin Abd. Aziz kerana karya mereka juga terpilih.

Huh! Blog pun lama dah tak update, bz membuat persiapan Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 yang akan berlangsung di WP Labuan pada 27-29 Jun 2013 ini.

Isnin, 20 Mei 2013

"Gema Membelah 17


Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke tanganku "Gema Membelah 17"
Antologi Puisi Sempena Hari Puisi Nasional ke-19.  Puisi bertajuk "Penghujung Waktu" karyaku satu-satunya penulis dari Labuan termuat dalam buku ini bersama penulis lain.
 

Selasa, 14 Mei 2013

3 Buah Buku Karyaku Bersama Penulis Lain

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada sdr Rezal Pawana atas kerjasama dan kiriman buku yang dinantikan ini. Moga akan terus dapat berkerjasama dimasa akan datang. Antologi Puisi Anjung Serindai ini diterbitkan olrh BAHASA Sandakan.

Puisi "Anjung Serindai" bersama  Aidilovecairo Cairokell, Al-Rashid, Bia Bee,Maharatu Rafidah Mohamad, Man-L, Mazlan Lantera, Bay-Mz dan aku Norgadis Labuan sebagai penulis WP Labuan.


Alhamdulilah, setelah aku menerima  Antologi Puisi Anjung Serindai, kali ini aku menerima antologi dari negara jiran iaitu Indonesia.  Buku-buku ini telah selamat aku terima pagi semalam. Aku mewakili teman-teman dan PERWILA mengucakan terima kasih kepada sdr Naga Pamungkas atas kiriman buku-buku yang kami nantikan ini. Moga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.


Antologi Cerpen "Aminah Sjoekoer" Di Atas Kapal Nederland (1928) 22 Cerpen Borneo Pilihan.  Buku ini memuatkan sebuah cerpen karyaku dan karya sahabatku Rafidah Mohamad (Labuan) bersama penulis Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Antologi Puisi "Suara 5 Negara" pula memuatkan puisi dari Labuan termasuk aku Norgadis Labuan, anakku N Athirah Al-Labuani, Sani La Bise, Gabriel Kimjuan dan Nadirah Junior.

Rabu, 3 April 2013

Selamat Hari Pendek Umur Norgadis

Dalam pelarian waktu yang singkat ini, masih adakah ruang untukku menghimpun indahnya zikrullah, melagukan ayat-ayat suci-Mu, menggengam mahligai iman bersama kejernihan air mata taubatku sebagai pengiring menyahut seruan-Mu.  

"Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku terus bernafas"

Terima kasih abang, atas hadiah ini, terima kasih juga atas didikan, kasih sayang, pengorbanan, pengertian sepanjang hidup bersama sayang, moga jodoh kita berpanjangan dari dunia hingga akhirat dan moga abang akan dirahmati Allah, berjaya dalam cita-cita serta diberkati selalu. Aamiin.

Terima kasih Nurcahaya Atikah atas hadiah lukisan yang indah ini, moga dimurahkan rezeki, berjaya dalam bidang yang Atikah ceburi dan moga diberkati selalu aamiin...

Terima kasih Nurzafirah berikan ibu hadiah baju dan loket, moga Firah dimurahkan rezeki, sukses dalam setiap kerjaya yang diceburi dan moga diberkati selalu aamiin...

Hadiah dari  Nurwathiqah, comel hadiahnya ni, menurut abang, hadiah ni dipilih oleh Wathiqah sendiri.  Terima kasih Wathiqah, moga menjadi anak yang pintar dan diberkati selalu aamiin...

Ahad, 31 Mac 2013

Selamat Hari lahir Atikah Yang Ke 16 Tahun

Selamat hari lahir Atikah, moga menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal serta moga diperkenan segala doa-doa yang baik, diberkati dan dirahmati Allah selalu. Aamiin...


Sabtu, 23 Mac 2013

Majlis Anugerah Avon GC Dan SL 2013 Di Aifa Hotel

Aku menerima Anugerah Avon Golden Circle Unit Executive di Aifa Hotel 23 Mac 2013.  Syukur... rezeki namanya tu hehehe...

Selain daripada anugerah GC, petang tu aku dapat hadiah Best Dress juga, tema Black and Gold.  

Buat Nurbaizura, tahniah kepadanya kerana telah memenang hadiah kereta dari avon dan juga memenangi pakej umrah.  Kepada semua rakan avon yang lain, aku juga ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kalian.  Avon pasti boleh!

Ahad, 17 Mac 2013

Pertandingan Karaoke Dan Pakaian Beragam Anjuran PIBG Sk Bukit Kalam 2013

Sampai tertidur Wathiqah malam tu hehehe...

Pertandingan Karaoke dan Pakaian Beragam  ini adalah merupakan program pertama bagi tahun ini anjuran PIBG Sk Bukit Kalam.  Pertandingan ini diketagorikan kepada tiga bahagian iaitu pelajar, ibubapa dan guru.

Pertandingan Karaoke

Pakaian Beragam

Acara sungguh meriah, tahniah kepada yang menang.  In Shaa Allah... PIBG SK Bukit Kalam akan mengadakan program lain dimasa akan datang untuk menarik minat ibubapa agar terus mencintai sekolah.