Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan

Khamis, 1 Ogos 2013

Corn Flakes Madu Dan Bunga Telur

 Corn Flakes Madu kesukaan puteri-puteriku.  Kalau dulu, anak-anaklah yang banyak membantu membuat corn Flakes madu ini tapi sekarang terasa kehilangan.  2 orang puteriku masih di Kolej dan seorang lagi bekerja sambilan dan akan masuk kolej juga bulan oktober nanti.  Tinggallah si kecil yang tahun (darjah) satu, itu pun sekolah pagi dan petang.


Lepas sahur tadi terus menyiapkan bunga telur untuk Majlis Khatam Quran SRAI Nurul Hidayah, Layang-Layangan.

Isnin, 13 Ogos 2012

Biskut Coklat Wathiqah

 Macam lain saja nama biskut ni, sebenarnya biskut ni Wathiqah suka makan.

 Nak kata cantik tak juga, macam gelap saja warnanya hehehe...

 Yes! Dah masak pun biskut ini, kali ini anak no. tiga aku,  Atikah pula yang tolong buat sama, nasib baik ada yang membantu

Kata Wathiqah biskut ni sedap, Atikah yang tolong buat pun kata macam tu, yang lain belum rasa lagi sebab dorang dah tidur semasa biskut masak.

Jom tolong simpan kat balang aku...

Khamis, 9 Ogos 2012

CornFlakes Madu Dah Siap

Pagi tadi sebelum ambil anak aku dari tadika, aku sempat singgah di kedai Layang-Layangan membeli CornFlakes untuk buat biskut CornFlakes Madu.  Sebelah petang setelah anak aku yang sekolah menengah balik, tiba-tiba anak aku yang no. dua Zafirah beria-ia sangat nak buat CornFlakes Madu, aku ok saja, dah ada yang nak membantu :)

 Corn Flakes bahan terpenting hehehe...

 Buat sekotak dululah...

 Walaupun bz menjahit baju raya, tapi aku masih sempat tolong Zafirah buat  CornFlakes Madu

 Jom masak dulu...

Dah siap masak...


Bolehlah disimpan ke dalam bekas yang kedap udara.  Rasanya nanti nak buat lagi, tengoklah kalau sempat...

Khamis, 8 Mac 2012

Sekali Sekala Makan Ketam Pun Sedap


Tiba-tiba nak makan ketamlah pula...


Pilih dulu...


Seekor ketam untuk satu piring huhuhu...


Dah siap... bolehlah dimakan...

Isnin, 23 Januari 2012

Happy Chinese New Year

Selamat Tahun Baru Cina buat keluarga sebelah mama (Puan Kim Lian), uncle, aunt, sepupu dan sahabat-sahabat yang berbangsa cina, moga terus kaya raya dan gembira selalu...



Sebenarnya hari sabtu malam, aku baru balik dari Sipitang, Sabah dan semalam hari ahad aku sibuk buat kek untuk CNY pula, dah berapa hari tak update blog, bz memanjang...


Kek 1


Kek 2


Kek 3


Kek 4



Kek 5


Kek 6


Kek 7


Kek 8

Inilah saja kek-kek yang sempat aku buat semalam...

Selasa, 20 Disember 2011

Biarpun Hitam...

Dah seminggu tak update blog, 11 dis 2011 (ahad) aku pergi ke Benoni, Papar, Sabah, bini abang aku meninggal, sabtu lepas aku pergi lagi ke Papar menghadiri kenduri arwah. Mesyuarat biro sastera pun aku tak dapat hadir, perjumpaan dengan pegawai pelancongan pun aku tak dapat ikut serta, ada beberapa lagi aktiviti yang terpaksa kutinggalkan. Blog aku pun dah sedih agaknya, terpaksa kutinggalkan begitu saja...

Hari nak cerita apa ya? Emmm... aku nak kongsi sikit pasal buah berwarna hitam ni, mama yang belikan aku buah ni.


Buah ni kami panggil buah kembayau, tak tau pula namanya kat tempat lain


Sebelum dimakan, kita kupas kulitnya dulu, ada orang suka kupas begini, nampak cantik agaknyalah, tapi aku lebih suka kupas semua kulitnya, supaya rasa lebih sedap sewaktu dimakan.


Setelah dibersihkan, letak buah kembayau dalam mangkuk dan tungkan air panas kedalamnya, biarkan beberapa minit sehingga isinya lembut.


Setelah isinya lembut, buang airnya dan bolehlah dimakan begitu saja, tapi aku lebih suka ditabur gula diatasnya...

Selasa, 6 Disember 2011

Resepi Kek Sarang Semut Untuk Lovely Edda


KEK SARANG SEMUT

Kali ini aku nak kongsi resepi kek sarang semut yang diminta oleh Lovely Edda... Resepi kek sarang semut ini aku dapat dari bini abang aku, Dgku Halizah (Ayu) namanya sama seperti nama adikku Halizah cuma bezanya dia ada dayangku, tapi kami lebih senang memanggilnya Ayu. Ok terus kepada resepi kek sarang semut...

Bahan-bahannya:-

1 Camca teh esen vanilla
2 Cawan tepung naik sendiri
2 Cawan gula
½ tin susu pekat manis
6 sudu mentega
6 biji telur
2 cawan air
1 camca the bikarbonet & baking powder

CARA-CARA MEMBUATNYA

Panaskan kuali dan masak gula hingga merah dan mendidih. Kemudian masukan air dan didihkan seketika. Biarkan hingga sejuk. Putar telur hingga kembang, kemudian masukan mentega, susu manis, esen vanilla, bikarbonet & baking powder serta tepung naik sendiri. Putar hingga sebati.

Masukan gula merah yang telah sejuk tadi dan kacau dengan sudu hingga sebati tanpa mengisarnya. Masukan kedalam loyang dan kukus @ bakar.

Selamat mencuba...

Khamis, 17 November 2011

Resepi Kek Batik Untuk Lovely Edda

Hari ni blog aku masuk dapur pula, nak kongsi resepi kek batik yang diminta oleh x kawan sekolah aku kat SMK Labuan dulu. Lovely Edda nama manjanya hehehe...

Resepi ni asalnya aku dapat dari mak cik aku yang aku panggil kak Chin, setiap kali hari raya aku selalu minta dia buatkan kek ni, lepas tu dia syorkan supaya aku cuba sendiri. Aku pun mintalah resepi... Walaupun tak pernah melihat cara dia membuatnya, aku cuba juga membuatnya, main hentam sajalah... nak mencuba? Inilah resepinya...

KEK BATIK NORGADIS
Bahan : -
10 Biji Telur (selalunya aku guna 6 biji telur gred A, nak jimat hahaha)
2 Kotak batter
1 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Biasa
1 ½ Cawan Milo
1 Tin Susu Manis (Ini aku guna setengah tin, sebab takut kena kencing manis)
2 Sudu Browning (Gula Hitam)
½ Plastik Biskut Marie (patah-patahkan biskut tu)

CARA-CARA MEMBUATNYA
Panaskan kuali. Masukan batter, telur dan gula. Gaul hingga gula cair. Kemudian masukan tepung, milo, susu dan browning. Gaulkan hingga mendidih dan pekat (perlahankan api).

Setelah adunan tidak melekat pada kuali, masukan biskut marie yang telah dipatah. Gaul hingga sebati dan kemudian masukan kedalam loyang. Padatkan adunan dan biarkan sejuk. Akhir sekali potong dan hidangkan.

Cuba jangan tak cuba...

Selasa, 15 November 2011

Buat Cup Kek Untuk Wathiqah

Di sekolah Wathiqah ada mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Ibu bapa diminta membawa makanan untuk majlis tersebut. Aku pun fikir punya fikir... elok buat cup kek untuk Wathiqah dan kawan-kawannya. Tengok kat dapur bahan pun dah ada walaupun taklah cukup sangat... Jadi bermulalah kerja membuat kek...


Sediakan Telur


Putar


Masuk tepung dan bahan yang lain dan putar hingga sebati, lepas tu masuk dalam cup dan bakar.


Dah siap bakar, kita letak aising sikit, bagaimana?


Aku buat 50 + biji, walaupun tak secantik mana tapi habis semuanya...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nak Kek Coklat, Nak Kek Coklat


"Wathiqah nak kek coklat... nak nak nak... nak juga..." Katanya sambil memujuk. Macam nak buat cerpen pula. Tapi memang itulah yang diluahkannya, manja betul anak aku tu... Aku pun jawab "Oklah, nanti ibu buatkan". Bukan main happy lagi dia...


"Seronoknya seronoknya seronoknya..." senyum memanjang masa tu... Nasib baik bahan dah sedia ada, buat pun ekspress je... janji ada hehehe...


Kek coklat dah siap...


Tak sampai sehari, tinggal tu je lah, mulut tangan semua bercoklat, lupa pula ambil gambar masa tu. Bukan main seronok lagi dia makan bersama kakak-kakaknya...

Selasa, 30 Ogos 2011

Hidangan Raya Pertama 2011


Ini hamper dari sahabatku Bibi. Tiap-tiap tahun time raya dia memang hadiahkan hamper untukku. Thanks Bibi.


Nasi empit dan kuah kacang


Kek Rayaku

Kek Ising


Selamat Hari Raya Malaysia...
Brunei dan Indonesia belum lagi... mungkin esok...