Khamis, 30 September 2010
Hantu Malware Bikin Sakit Jiwa
Salam para blogger,
Beberapa hari ni... rasa macam sakit jiwa pabila memikirkan bab malware ni. Aku memang tak faham apakah bendanya malware... macam hantu agaknya, tapi yang amat menakutkan sangat (takut takut takut)... ada sesetengah blogger takut nak masuk blog aku pasal ada hantu malware... huhuhu... ini buat aku geram sangat.
Atas jasa baik seorang sahabat bloggerman, aku dinasihatkan agar mencari blog Yanie, macam nak pengsan aku cari punya cari blog Yanie... masih tak jumpa ooo...
Tadi pagi ada lagi blogger yang kata blog aku ada malware huhuhu... aku bukanlah orang yang mudah putus asa (perasanlah tu), aku cari lagi blog Yanie...
Akhirnya malam ini, aku berjaya menemukan cara penyelesaiannya apabila menemukan blog Yanie (thanks Yanie), kepada yang ada masalah malware bolehlah scan blog anda di>>> KLIK SINI
Rabu, 29 September 2010
RAMADHAN TERAKHIR
Tersiar Di RTM Labuan FM Sempana Bulan Ramadhan 2010.
RAMADHAN TERAKHIR
Karya: Norgadis Labuan
Tidakkah kau lihat
bertapa sayunya sya’aban meninggalkanku pergi
dan kini…
Ramadhan pula menyapa diri.
Apakah Ramadhan juga akan meninggalkan aku
atau aku yang akan meninggalkan Ramadhan
bersama syair rindu yang syahdu mendayu
mengiringi pemergian sebuah hati sepi.
Andaiku tahu ini Ramadhan terakhirku
tak kan kubiarkan siangku tanpa zikir memuji-Mu
tak kan kubiarkan malamku tanpa sujud kepada-Mu
tak kan kubiarkan subuhku tanpa memohon keampunan terhadap-Mu.
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam.
Namun…
aku tak akan tahu
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi diriku
aku hanya manusia biasa
hanya mampu berserah kepada-Nya
Agar Ramadhan ini bukannya yang terakhir buatku.

Jumaat, 24 September 2010
Selamat Ulang Tahun Kelahiran 3 Dlm 1
Selamat Ulang Tahun Kelahiran 3 Dalam 1, macam pelik je bunyinya... Sebenarnya 24 September 2010 merupakan ulang tahun bekas tunang oopss... suami tercinta hehehe... (I love you abang).
Kenapa pula menjadi 3 dalam 1 pula? Memandangkan bulan september ini merupakan ulang tahun kelahiran mama dan adik ipar aku juga, maka kami buatlah sekali hehehe... (jimat kos)
Kenapa pula menjadi 3 dalam 1 pula? Memandangkan bulan september ini merupakan ulang tahun kelahiran mama dan adik ipar aku juga, maka kami buatlah sekali hehehe... (jimat kos)
Buat abang tercinta Abbas Hj Mahmud, selamat hari lahir yang ke 43, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat berkat selalu...Amin...
Buat mama... Puan Kim Lian, selamat hari jadi yang ke 57, moga panjang umur dan bahagia selalu disamping babah, anak2 dan cucu2 mama...
Buat adik iparku CT Zainon Zulkifli, happy birthday 2 U, moga panjang umur dan bahagia disamping keluarga tercinta...
Isnin, 20 September 2010
Sembang-sembang Bersama Resmanshah Di SMK Lajau
Huhuhu... bayangkan, aku boleh duduk semeja dengan penulis seperti Resmanhah yang mempunyai ramai peminat ni. (Kembang semangkuk aku) Aku sebenarnya cukup bangga dengan beliau, walau dah dikenali ramai, tapi masih merendah diri...
Aku kali pertama jumpa dia, bukan main segan lagi... maklumlah Resmanshah ni dah pun jadi penulis yang berjaya dan boleh hidup dengan hasil penulisan beliau, sedangkan aku... sekadar minat menulis je... kalau harap hasil tulisan aku, alamat mati kebulurlah nampaknya hahaha...

Dari kanan, Sahar Misron Ketua 2 PERWILA, Cikgu SMK Lajau (lupa pula namanya), Norgadis Labuan, Suili Bakar, Resmanshah (penulis Novel Shaakur), Hajjah Hasnah dan Rafidah Mohamad
Inilah antara hasil karya Resmanshah yang dah terbit...
Kepada sesiapa yang belum memiliki dan ingin membeli hasil karya Resmanshah, bolehlah hubungi beliau sendiri di blog beliau KLIK SINI, hahaha... ingatkan nak kasi no telefon, bab tu tanya sendiri ooo...
Ahad, 19 September 2010
Cek Pertama Norgadis Dari Mr Nuffnang
Kalau cerita bab nuffnang, ramai blogger yang dah lama join dengan nuffnang dan dah lama juga menerima cek dan ganjaran dari nuffnang. Bagi aku ini adalah cek pertama yang aku terima dari Mr Nuffnang. Aku bersyukur sangat walaupun taklah sebanyak mana kalau dibanding dengan blogger yang lain namun ianya cukup bernilai untukku.
Aku tak padam pun nilai RM dalam cek yang aku terima, bagi aku... inilah hakikatnya...kalau up traffic tinggi, maka tinggilah ganjaran yang kita terima. Aku ni traffic pun ciput je...
Apa pun... Terima kasih daun keladi UNTUK MR NUFFNANG, jasamu tetap kukenang...
*Rezeki Hari raya...
Syukur alhamdulillah... rezeki dari Allah swt...

- Saguhati dari PERWILA RM1000
- Puisi tersiar di Labuan FM sempena Ramadhan RM75
- Cerpen tersiar di Labuan FM Sempena Syawal RM2oo
- Cek Dari Mr Nuffnang RM64.01
Syukur alhamdulillah... rezeki dari Allah swt...
Khamis, 16 September 2010
Banner bergerak Kanan Ke Kiri
Salam para sahabat blogger,
Tahukah anda, bagaimana banner/tulisan boleh bergerak kanan ke kiri atau sebaliknya? Bagi utai2 tu memang dah biasa gunalahkan...
Atas permintaan D'KOYOK... buat kali pertama aku kongsikan bagaimana nak buat banner atau tulisan boleh bergerak dari kanan ke kiri atau sebaliknya...
Sebelum tu, aku nak bagi tau, jika anda arahkan mouse pada banner/tulisan tersebut maka banner/tulisan tersebut akan berhenti dari berjalan. Ini amat sesuai untuk mengklik banner yang kita kehendaki.
Banner/tulisan berjalan dari kanan ke kiri...
Kode HTML nya
Banner/tulisan berjalan dari kiri ke kanan...
Kode HTML nya
Sila tinggalkan komen anda dan selamat mencuba...

Rabu, 15 September 2010
Puisi Kantoi The Contest
Salam,
Sebenarnya dah lama aku nak join "Puisi Kantoi The Contest" ini, tapi kesibukan membuatkan aku melengah-lengahkannya, tiba-tiba... tadi aku tengok tarikh tutup contest ini adalah hari raya ke 7 dan hari ini adalah raya ke 6, apakah masih sempat untukku mengarang sebuah puisi untuk contest ini...
Terimalah puisiku untuk contest ini..
Tajuk: Akhirnya kau pergi jua
Andainya kau masih disisi
inginku labuhkan bahtera
agar aku bisa berdayung bersama
dan dibuai gelora cinta tak bertepi.
Andainya kau masih disisi
inginku terbang ke langit
agar aku bisa menikmati indahnya kayangan
sambil bersanding di istana Mahkota.
Andainya kau masih disisi
inginku mengembara melihat keindahan alam
agar kita bertambah mesra
sambil menatap dan mengusap lembut wajahmu.
Tapi sayang...
akhirnya kau pergi jua
meninggalkan aku sendiri di kamar sepi
menangisi kepergianmu tanpa relaku
namun disudut hatiku
aku masih lagi menyayangimu aduhai laptop acerku.

Jumaat, 10 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Aku, suami dan anak2
Tahun ini aku dan famili pakai baju raya warna biru, baju pun jahit sendiri je, jimat kos hahaha... memang tiap tahun pun jahit sendiri... time raya ni BW kurang sikit, bz je memanjang. Kepada sahabat2 blogger yang beragama islam, aku ucapkan "SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi MaaF ZahiR DaN BatiN..."

Biskut raya aku (anak2 yang bantu)
Jumaat, 3 September 2010
Kad Hari Raya Untuk Sahabat
Salam para sahabat blogger,
Kad raya ni khas aku ciptakan untuk semua follower dan pengunjung blog aku. Kepada yang sudi, silalah ambil kad yang mana-mana yang kalian suka.
Kepada sahabat yang telah memberikan kad raya, aku ucapkan ribuan terima kasih, kad raya kalian sudah aku letak kat SINI

Kad Raya 2
Sahabatku...
Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah,
ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,
maafkan aku dan luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah daku dengan kalungan doa,
Berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya.

Langgan:
Catatan (Atom)