Rabu, 28 September 2011

Mesyuarat Pelancaran Buku Peluru Cinta Victoria


PCV atau Peluru Cinta Victoria memuatkan 15 buah cerpen yang kebanyakannya menceritakan gambaran sejarah, perkembangan sosial dan masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Labuan. InsyaAllah buku ini akan dilancarkan dalam bulan oktober ini.


Kelihatan Ketua 2 Perwila En Sahar Misron (Baju Putih), Katua 1 Perwila Dr Harun Hj Pudin (Baju Biru Tua) dan Setiausaha Perwila yang setia kerana sudah lebih 20 tahun bersama Perwila hahaha...

Kelihatan AJK Perwila yang hadir daripada 13 orang AJK sebenarnya.


Sesi menandatangani buku PCV oleh Ketua 1, Ketua 2 dan diikuti oleh para penulisnya...

Selain membincangkan berkenaan pelancaran buku ini, aku juga menyuarakan kekecewaan dari hasil cetakan yang tidak memuaskan hati, kalau ada masa nanti aku cerita, esok dah mula kursus. 3 hari berturut-turut dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam, harap cepatlah sembuh demam aku ni huhuhu....

Ahad, 25 September 2011

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan Di Kuching, Sarawak




Rasanya dah 2 tahun Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ni tak diadakan, tahun pertama H1N1 dan tahun kedua tiada bajet kalau tak silap. Akhirnya tahun 2011 majlis diadakan di Kuching, Sarawak.

Anak silat Gayong Labuan hehehe... anak aku Nurzafirah ikut sekali... Tak menang pun tak apa maklumlah baru seminggu latihan sedangkan dari negeri lain dah buat latihan selama 3 bulan, kasihan budak-budak Labuan ni, napalah tak dari awal dapat berita tentang kejohanan ni...


Cikgu Azizan (Sek Men Sains Labuan) juga turut menjadi juri...


Kelihatan cikgu Mahazi (SMK Mutiara Labuan) duduk tengah
kat belakang tu...


Selasa, 20 September 2011

Isu Bikin Aku Panas Telinga


Klik tulisan untuk pembacaan yg lebih jelas terima kasih.



Terima kasih Fathinor atas info yang bikin aku panas telinga...

Sabtu, 17 September 2011

Kemeriahan Jalinan Mesra Aidilfitri Tadika Islam WP Labuan


Empat buah sekolah Tadika Islam bergabung membuat Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri


Kelihatan ramai sungguh ibu bapa yang hadir...


Majlis Penyampaian Duit Raya Untuk Semua Pelajar Tadika Islam


Wathiqah dapat duit raya RM 5.00


Aiskrim boleh minta selagi stock masih ada tapi hanya untuk pelajar tadika tau...


Wathiqah bersama cikgu Anita Guru Besar Tadika Al-Iman Layang-Layangan


Wathiqah bersama cikgu Erny dan anaknya


Wathiqah bersama cikgu Ani dan cikgu Saddah


Hahaha... ibu ikut sekali bergambar kali ni...

Jumaat, 16 September 2011

Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan WP Labuan

Hari Kebangsaan Hari Malaysia




Biar gambar yang bercerita...

Khamis, 15 September 2011

Kad Jemputan Jalinan Mesra Aidilfitri


Inilah Kad Jemputan Jalinan Mesra Aidilfitri dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis Aidilfitri ini adalah untuk merayakan anak-anak Tadika Islam dibawah MAWIP. Majlis ini memang dibuat tiap-tiap tahun.


Inilah anakku yang masih bersekolah di Tadika Islam, yang lain dah masuk sekolah menengah dan yang sulung dah pun belajar kat kolej. Jalinan Mesra Aidilfitri bermula jam 8 pagi hari sabtu 17 september 2011, sebelah petang ada 2 jemputan rumah terbuka di kawan di kampung Durian Tunjung. Tak payah masaklah nampaknya... Syukur...

************************************

Ini Botol Apa Pula Ni?


Keluarkan dulu dari plastiknya, baru cerita sikit...

Aquatic Tumbler (set of 2) 1set aku punya, 1set abang punya dan 1 set lagi anak sulung aku yang punya. Mana-mana dealer avon yang aktif di kempen 16 dan kempen 17 akan dapat Aquatic Tumbler (set of 2). Jadi semuanya 6 pcs, cukup untuk kami anak beranak, bestkan?

Ahad, 11 September 2011

Rumah Terbuka Avon


Hadiah dari Avon Dst Manager 311 Emely...
Terima kasih Emely, nanti bagi lagi ya hehehe...


Time raya pun masih sibuk ambil pesanan pelanggan


Aku dan anakku Zafirah


Sebelah kiri tu gambar aku dan Faidah (dealer Avon) dan gambar sebelah kanan tu...???