Isnin, 31 Disember 2012

Jadual Cuti Dan Persekolahan 2013



Selamat Menyambut Tahun Baharu 2013

Selamat menyambut tahun baharu 2013 kepada semua blogger dan kepada semua yang mengenali diriku ini. Maaf dipohon jika sepanjang 2012 terdapat kata bicara yang menguris hati, moga tahun baharu ini kelak akan memberi kesenangan dan kebahagian buat kita semua. Aamiin.

Jumaat, 14 Disember 2012

Sudah Selamat Mama Dikebumikan.

Petang semalam mama baru balik dari Brunei, sesampai di Labuan mama terus dibawa ke hospital bahagian kecemasan kerana mama kelihatannya terlalu lemah.  Setelah beberapa jam di wad kecemasan, mama dimasukkan ke wad ICU pula. Kata doktor kandungan gula mama tinggi.  Kata doktor lagi, jangan risau, mereka akan cuba membantu.

Pagi tadi kami adik beradik diminta berkumpul semua, sayang sekali, mama menghembuskan nafasnya sewaktu kami belum sempat masuk ke dalam bilik wad ICU.  Walaupun kesediahan menyelubungi keluarga kami nami kami redha akan ketentuan Ilahi.

Semua urusan dari hospital hingga petang tadi dikebumikan berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah... mama meninggalkan kami dengan senyuman diwajahnya, moga mama ditempatkan besama-sama orang yang beriman, moga Allah ampunkan semua kesilapannya dan memberi ganjaran pahala berpanjangan untuk amalan baiknya dan moga mama diberkati selalu Aamiin...

Ahad, 9 Disember 2012

Selamat Hari Lahir Firah Dan Puteri

Selamat hari lahir buat Fira pada 4 Disember 2012 yang ke 17 tahun dan Selamat hari lahir buat Puteri pada 9 Disember 2012 yang ke 19 tahun. Majlis ringkas ini kami sambut sekeluarga sebelum Puteri balik ke Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tahun ni aku tak buat kek birthday untuk dorang, acara pun dibuat mendadak, yang penting... kek adalah pilihan dorang sendiri. Harapan agar kalian berdua suka dengan hadiah dari ibu ayah.

Buat Puteri dan Firah, moga kalian menjadi anak yang soleha, berjaya dalam semua bidang yang diceburi, sentiasa ditetapan iman, selamat dunia dan akhirat Aamiin...

Isnin, 26 November 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

 2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Sabtu, 24 November 2012

Pameran Kesihatan

Sempat pula aku sekeluarga jalan-jalan di pameran kesihatan yang diadakan di Dataran Labuan.  Kadang-kadang perlu juga ambil tahu bab kesihatan ni...

Guna Video pula...

Nak masukkan gambar-gambar semasa pameran dah tak dapat, katanya dah habis kouta untuk blog aku ni, kalau nak tambah kena bayar pula tu huhuhu... Siapalah yang nak menolong...

Ahad, 18 November 2012

Jalan-Jalan Di Kompleks Sukan Air Labuan

Anakku jalan-jalan digerai jualan

 Wathiqah tengah tengok ikan hiasan untuk dijual

 Cantiknya hasil lukisan

Ini adalah antara lukisan Green Clean yang dipertandingkan


 Makan burger bersama bekas tunang hehehe...

Anak-anak aku semua happy, maklumlah jarang jalan-jalan waktu ada keramaian

Sabtu, 17 November 2012

Kek Ulang Tahun Perkahwinan

Dayang Damit & Abbas
Hehehe...  Dayang Damit adalah panggilan dari pakcik aku dan keluarganya

Aku dan suami tercinta bersama kek ulang tahun perkahwinan ke 21 
(17 November 2012)

Kek comel dan sedap ini dihadiahkan oleh adik sepupu aku Nurwida Teo.
Terima kasih Bibi atas hadiah yang amat berharga dihati kakak dan abang.  Moga Allah akan memberkatimu.

 Kebetulan petang tadi ada kenduri di rumah pakcik aku.

Tak sangka pula aku mendapat kejutan dengan sebiji kek ulang tahun perkahwinan untuk kami.

Wathiqah dan sepupunya Balqis, Aqilah, Adam

Ulang Tahun Perkahwinan Norgadis Yang Ke-21

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-21
Oleh: Norgadis Labuan

Ya Allah ya Karim
kami bersyukur kepadaMu ya Allah
Tuhan yang mencipta langit dan bumi
atas kenikmatan dan keberkatan yang kau pinjamkan kepada kami
sesungguhnya
diulang tahun perkahwinan kami yang ke 21 tahun ini
kupohon kepadaMu ya Allah
berkatilah ikatan kekeluargaan kami
satukanlah hati-hati kami
agar kami akan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
kurniakanlah kami kesihatan, kewarasan serta rezeki yang halal,
jadikanlah kami dan zuriat kami
sebagai pewaris keturunan yang beriman
untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Amin ...

Buat suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa membuat aku bahagia sepanjang bersamamu.  Moga ikatan ini akan terus berpanjangan. 

Buat anak-anak yang menjadi kebanggaan ibu, terima kasih juga kepada kalian semua kerana sentiasa menghargai insan yang bergelar ibu ini.

Rabu, 14 November 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram

Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua para sahabat

Alhamdulillah hari ini aku dan keluarga menunaikan ibadah puasa sunat dan insyaAllah puasanya akan diteruskan hingga hari esok jka ada izin Allah.  Moga kehadiran tahun baru Hijrah yang bakal menjelang nanti akan menambah keimanan kita kepada yang Maha Pencipta. Moga apa yang kita rancangkan selama ini akan membuahkan hasil yang memuaskan dan diberkati oleh-Nya. Aamiin...


DOA AKHIR TAHUN (Lepas Solat Asar)

 Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

DOA AWAL TAHUN (Lepas solat maghrib)
 Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Sabtu, 10 November 2012

Norgadis Menghadiri Mesyuarat AJK PERWILA Ke-9

 Semenjak dilantik menjadi setiausaha PERWILA tahun lepas, aku merasa hari-hari kehidupanku penuh dengan kesibukan.  Aktiviti menulis pisi yang dulunya selaluku lakukan, kini telah berkurangan, apatah lagi untuk menulis cerpen, huhuhu... asyik tak siap saja memanjang.


Ini antara AJK dan ahli yang rajin hadir mesyuarat. Kelihatan anak aku N Athirah hadir sama, kebetulan dia sedang cuti semesta sebulan, kalau tidak tentu sekali anak aku Zafirah yang sedang SPM sekarang tu yang menemankan.

Nampaknya aku terpaksa menyiapkan minit mesyuarat, borang bengkel, surat untuk peserta bengkel, borang DBK, flyer DBK, puisi untuk DBK dan banyak lagi kalau nak disennaraikan.  Harap-harap boleh disiapkan sebelum bulan disember ini.  Hujung tahun ni aku nak bercuti hehehe...

Khamis, 1 November 2012

Norgadis Di Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara

 
Aku dijemput menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan 2012 ini bersama si kecilku Wathiqah, maklumlah kebetulan waktu itu abang berada di Kota Kinabalu dan si Puteri pula kerja sambilan menghabisi waktu cuti semestanya.

 Kelihatan ramai sungguh ibu bapa yan hadir memeriahkan majlis ini.

Anak-anakku menerima Anugerah Ponteng Sifar, Nuratikah Nazurah bagi tingkatan 3 dan Nurzafirah Nadirah bagi tingkatan 5

Anakku Nurzafirah Nadirah dan anak saudaraku Raziman menerima sijil tamat sekolah bersama para pelajar tingkatan 5 SMK Mutiara yang lain.


Persembahan silat yang memukau, kalau bab persembahan silat ni, teringat masa muda-muda dulu, sekarang anak-anak pula yang menyertai persatuan silat.

 Nasyid dari pelajar SMK Mutiara

 Tahniah kepada 2 pelajar SMK Mutiara ini yang telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam peraduan lagu-lagu asli peringkat WP Labuan.

Anakku Nuratikah (tudung biru ting 3) dan Nurzafirah (tudung putih ting 5)

Sempat bergambar dengan guru sekolah SMK Mutiara Puan Amiah yang merupakan kawan sekolah aku dulu...

*Foto oleh Norgadis dan Mr Kamil

Sabtu, 27 Oktober 2012

Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAWIP 2012

Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAWIP 2012 telah diadakan pada 22 Oktober 2012.
 
Nurwathiqah Masturah Binti Abbas 

Pelajar Tadika Al-Iman Layang-Layangan yang menerima sijil tamat sekolah (6 tahun)