Isnin, 28 Disember 2009
Ambil Siput Lagi
Perjumpaan PERWILA
SEKADAR RENUNGAN
~Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
~Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
~Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. ~Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.
~Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
~Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
~Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
~Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.
~Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
Jumaat, 25 Disember 2009
CONTEST:pja,belikan saya souvenir Turki!!
Gambar saya bersama mama.
Khamis, 24 Disember 2009
Aku mendapat bunga lagi....
TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA PUN, SAMA ADA YANG HIDUP ATAU PUN YANG MATI...
Aku mendapat bunga hari ini. Ini bukan ulangtahun perkawinan kami atau hari istimewa kami. Semalam dia menghempaskan aku ke dinding dan mulai mencekikku. Aku bangun dengan rasa sakit sekujur tubuhku. Aku tahu ia menyesali perbuatannya kerana dia mengirim bunga padaku hari ini.
Aku mendapat bunga hari ini, padahal hari ini bukanlah hari Ibu atau hari istimewa lain. Semalam dia memukul aku lagi, lebih keras dibanding waktu-waktu yang lalu. Aku takut padanya tetapi aku takut meningggalkannya. Aku tidak punya wang. Lalu bagaimana aku bisa menghidupkan anak-anakku? Namun, aku tahu ia menyesali perbuatannya semalam,kerana hari ini dia kembali mengirimi aku bunga.
Ada bunga untukku hari ini. Hari ini adalah hari istimewa, kerana mulai hari ini dia berjanji tidak akan melontarkan kata-kata menyakitkan untukku lagi, dia tidak akan menghempaskan aku ke dinding lagi, dia tidak akan mencekikku lagi dan dia tidak akan memukulku lagi kerana hari ini ada hari teristemewa untukku, kerana hari ini adalah hari pemakamanku. Ia menganiayaku sampai mati semalam. Kalau saja aku punya cukup keberanian dan kekuatan untuk meninggalkannya, aku tidak akan mendapat bunga lagi hari ini....
HENTIKAN KEKERASAN PADA WANITA!!!
Isnin, 21 Disember 2009
Pasti Dapat Hadiah...
Hai. Kawan saya nama Adney ada buat contest. Contest dia ni pelik sikit. Apa yang saya tahu saya join saja dan saya kompem-kompem dapat hadiah. Dapat TOPUP FREE, dapat DUIT FREE, dapat TEMPLATE FREE.
Kalau nak tahu lagi pasal contest ni boleh rujuk sendiri di laman blog saudara Adney sendiri di sini.
Jumaat, 18 Disember 2009
Maal Hijrah
Rabu, 16 Disember 2009
Berkelah Di Pulau Burong
Istana Pasir ini akhirnya hancur dilanda ombak pantai Pulau Burong. Kami dapat dua periuk siput dan setengah karung kerang. Sayang sekali, lupa pula ambil gambar kerang yang banyak itu.
Khamis, 10 Disember 2009
Selamat Hari Lahir Tyra Dan Fira
<b>imikimi</b> - sharing creativity
Sabtu, 5 Disember 2009
Roselle Collection
Pada 4 Disember 2009, saya telah menerima hadiah cabaran Aktif Dan Menang dari Avon. Hadiah merupakan barangan koleksi pinggan mangkuk dari 'Roselle Collection'. Untuk layak menerima hadiah tersebut, saya perlu aktif dari kempen 16 hingga kempen 18 dengan pembelian tidak kurang dari RM300.00 dan jualan terkumpul sebanyak RM2,300.00 selama tiga kempen.
Selasa, 24 November 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji kepada semua umat Islam. Kepada yang mengerjakan haji di Mekah, semoga mendapat haji yang mabrul.
imikimi - Customize Your World!
Isnin, 23 November 2009
Nuratikah Nazurah lulus UPSR 2009
KEPUTUSAN UPSR 2009, NURATIKAH NAZURAH
- Bahasa Melayu Kefahaman - A
- Bahasa Melayu Penulisan - A
- Bahasa Inggeris - B
- Matematik - A
- Sains - B
Walaubagaimanapun, Nuratikah Nazurah sempat mencurahkan rasa terkilannya kerana di saat-saat terakhir bersama guru-guru sekolah tersebut, Atikah tidak berkesempatan bergambar bersama Guru Kelas Tahun 6 Kreatif, Puan Noorsheila Aida yang telah banyak berjasa, mendidik, memberi semangat dan keyakinan diri sepanjang Atikah menjadi pelajar Tahun 6 Kreatif.
Saya mewakili keluarga, mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Guru Besar ~ Encik Abdul Sappar Hj Ag Damit,
Guru Kelas 6 Kreatif 2009 juga merupakan Guru Bahasa Inggeris ~ Puan Noorsheila Aida,
Guru Matematik ~ Puan Rosidawati Binti Abdullah,
Guru Bahasa Melayu ~ Puan Naida Binti Nganro,
Guru Sains ~ Puan Aini Haji Salleh
dan semua kerabat SK Bukit Kalam yang telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Semoga kalian akan dimurahkan rezeki dan terus berjuang demi anak bangsa kita.
Jumaat, 20 November 2009
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kalam 2009
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kalam 2009 ini diadakan adalah bertujuan:
~ Meraikan murid-murid yang telah lulus dalam peperiksaan UPSR 2009.
~ Menghargai dan mengiktiraf usaha para pelajar bagi mencapai tahap cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2009.
~ Menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR agar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
~ Menghargai dan mengiktiraf usaha para pelajar bagi mencapai tahap cemerlang di dalam Kurikulum dan Ko-Kurikulum
~ Mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim diantara Ibubapa, guru-guru dan murid-murid.
Majlis diserikan dengan persembahan Dikir Barat, Koir dan Permainan peralatan muzik dari pelajar SK Bukit Kalam. Persembahan Dikir Barat cukup menarik dan mengkagumkan para hadirin. Persambahan Koir dan Puisi dari pelajar perempuan Tahun 6 2009 pun tidak kurang hebatnya. Lagu koir "Bertemu dan Berpisah" tersebut amat menyentuh hati guru-guru, ibubapa dan pelajar Tahun 6 2009 yang akan meninggalkan sekolah tersebut. Persembahan peralatan muzik dari Kumpulan muzik SK Bukit Kalam juga kelihatannya sungguh berbakat.
Bagi peperiksaan UPSR 2009, SK Bukit Kalam telah mencapai lulus 73% dan telah melahirkan 9 orang pelajar yang mencapai cemerlang 5A dalam UPSR tahun ini. 9 pelajar ini juga mendapat hadiah RM 300.00 setiap seorang hasil sumbangan pihak PIBG, Sekolah dan Guru Besar SK Bukit Kalam sendiri, En Abd. Sappar Hj Ag. Damit 9 Hadiah Pelajar cemerlang 5A dalam UPSR 2009 diterima oleh:
- Sarah Binti Awang
- Siti Aishazaniza Binti Zaini
- Mohd. Basri Bin Meripon
- Mohd. Idzuddin Bin Rosdin
- Nur Amira Syuhadah Binti Hj Pungut
- Nurul Syuhadah Syaedayu Binti Suzelan
- Nurin Nasuha Binti Mohd. Nassir
- Nur Taufiqah Binti Mohd Taufiq
- Nurul Farahana Binti Senin
Anugerah pelajar terbaik 2009 diterima oleh:
- Adik Mohd Faizal Ariff Hassan (Tahun 1K)
- Adik Azri Abdin (Tahun 2K)
- Adik Raja Amirul Naquib Raja Sazrin (Tahun 3K)
- Adik Fitriani Zaini (Tahun 4K)
- Fakhrul Aizat Bin Rosli (5K)
- Nurin Nasuha Binti Mohd. Nassir (6K)
Selasa, 17 November 2009
Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18 Tahun
Cukup gembira rasanya apabila anak-anak yang kita besarkan selama ini mengingati hari bersejarah kita. Kami pun sambut Ulang Tahun Perkahwinan kami dengan membawa anak-anak makan diluar. (Teringat waktu berkahwin dulu, acara bersuap-suapan ini sudah menjadi adat dalam perkahwinan)
Selasa, 10 November 2009
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya..
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Jumaat, 6 November 2009
Menghadiri Jemputan Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara 2009
(Persembahan Bacaan Puisi Arab serta Tafsirnya Dan Persembahan Nasyid SMK Mutiara)
(Nurfatihah Athirah merupakan satu-satunya pelajar tingkatan empat yang menerima anugerah ponteng sifar bagi tahun 2009)
(Saya bergambar bersama Cikgu Amiah Bua yang merupakan kawan sekolah satu ketika dulu)
(Adik Samsiah mengambil kesempatan bergambar dengan guru kesayangan Ustazah Rashidah)
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyampaikan penghargaan:
- Anugerah Akademik
- Anugerah Hal Ehwal Murid
- Anugerah Kokurikulum
- Anugerah Program Pendidikan Khas Integrasi
- Anugerah Khas
(Kumpulan Koir SMK Mutiara yang setia menunggu giliran untuk membuat persembahan mereka)
Majlis dirasmikan oleh En. Omar Baki Bin Matusin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran, W.P. Labuan. Majlis yang berakhir kira-kira jam 11.35 pagi itu diakhiri dengan jamuan makan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Mutiara W.P. Labuan, Puan Hjh. Zamzam Binti Hj. Abdul Rashid, guru-guru serta kerabat SMK Mutiara W.P. Labuan, yang telah berjaya menyempurnakan majlis tersebut.
Isnin, 2 November 2009
Kanser Daripada Sotong Kering
PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.