Memaparkan catatan dengan label Chinese New Year. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chinese New Year. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2019

Selamat Tahun Baru Cina

Saya mewakili Keluarga mama Teo Kim Lian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara mara saya Teo Family serta semua sahabat yang merayakannya. Gong Xi Fa Cai.
Moga kita diberikan kebahagiaan, kekayaan, kesejahteraan dunia akhirat aamiin.

 Perbezaan agama bukan halangan dalam persaudaraan

 Di rumah uncle Ah Khau, abang kepada mama


Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina buat keluarga pak cik mak cik, semua sepupu, juga buat para blogger serta sahabat yang berbangsa dan berketurunan cina.

Wathiqah bersama singa kuning...

Zaman remaja aku, kalau hampir tahun baharu cina, aku dan arwah mama Pn. Kim Lian, sibuk membuat kek hingga larut malam untuk keluarga sebelah arwah mama juga buat kawan-kawan arwah mama yang berbangsa cina.  Masa begitu cepat berlalu, mama sudah pergi meninggalkan kami semua dan sekarang tradisi memberi kek itu masih kuteruskan.  Biarpun tak seberapa... janji ada...

Jumaat, 4 Februari 2011

Tahun Baru Cina Di Rumah Pemilik Chuan Ann Coffee Shop

Hari ke dua Chinese New Year tahun 2011 ini aku, beraya di rumah Uncle Ah Khaw, Uncle ini sebenar pemilik Chuan Ann Coffee Shop yang tak berapa jauh dari Labuan Supermarket tu. Uncle ini juga adalah abang kepada mama aku. Oh oh oh... mamaku Puan kim Lian memang berketurunan cina.


Foto 1: Dari kiri Antie, aku, Uncle dan Wathiqah
Foto 2: Dari kiri Dg Halizah (ikut pangkat kakak ipar tapi ikut umur aku lagi tua), Norgadis (akulah tu yang tak berapa nak gadis lagi huhuhu), Siti Zainon (adik ipar, memang aku tualah tu) dan yang lain2 tu, anak2 kami.


Foto 1: 4 orang kat belakang tu dari kiri, Zahli (adik aku), Dg. Halizah (ipar), Norgadis (ehem ehem), Asman (abang aku yang awet muda), juga kelihatan babah (bapa aku) dan Ariffin (sepupu aku). Foto 2 malas cerita...


Foto 1: Uncle Ahad (baju putih, nama cina tak pandai eja), Puan Kim Lian (mamaku), Nurzafirah Nadirah (anak aku yang ke 2) dan sikecil manja tu Nurwathiqah Masturah (anak aku yg ke 4)

Sabtu, 13 Februari 2010

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year... hehehe...
Selamat Tahun Baru Cina untuk makcik-makcikku, pakcik-pakcikku, sepupu-sepupuku dan anak-anak saudaraku... Semoga kalian gembira menyambut Tahun Baru Cina kali ini... Jangan lupa sediakan limau kegemaran aku ok.

Selain daripada keluarga sebelah mama yang menyambut Tahun Baru Cina ini, aku juga ingin ucapkan Happy Chinese New Year kepada kawan-kawanku yang merayakannya.

Seperti tahun-tahun yang lalu, sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, aku sibuk buat kek. Membuat kek untuk Tahun Baru Cina ni sudah menjadi kebiasaanku sejak bujang lagi. Bujang atau perawan? Mana-manalah... Walaupun agama berbeza, namun tali persaudaraan sebelah mama (mama berbangsa cina Hokkian) tidak pernah terputus.

Ok sampai di sini dulu, sibuk ni... nak buat persiapan untuk makan malam di rumah nenek lagi...