Selamat Hari Lahir Atikah yang ke 14 tahun, moga Atikah dimurahkan rezeki, serta sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa diberkati Allah swt. Harapan ibu agar Atikah juga akan berjaya di dunia dan akhirat Amin... Doa ibu sentiasa bersamamu... (macam ada suara DG pula)
Khamis, 31 Mac 2011
Rabu, 30 Mac 2011
Pokok Jambu Batu Norgadis Dah Berbuah
Selasa, 29 Mac 2011
Hadiah Giveaway Dari Nor
Special Giveaway From Moscow
Alhamdulillah... aku dapat hadiah saguhati dari Nor. Hadiah ini sempena Special Giveaway From Moscow yang telah dianjurkan oleh blog My Name Is Nor Terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang diberikan.Ahad, 27 Mac 2011
Perbincangan Pertama Setelah Bergelar Setiausaha
Tengoklah aku ni, kalau surirumah tu memang gaya surirumah jugalah, sesiapa yang memilih aku sebagai setiausaha kenalah terima hakikat cara aku ni. Nak tau kenapa? Tengoklah tu... waktu buat perbincangan begini pun terpaksa bawa anak sekali hehehe... Yang berbaju sekolah tu sebenarnay baru balik sekolah.
Kami sedang buat perbincang berkenaan aktiviti Perwila dalam waktu terdekat ini. Siankan... yang datang nak buat perbincangan pun muka-muka ini jugalah...
InsyaAllah 3 April 2011 ini, birthday aku tu... (menyempang pula) Sebenarnya Perwila akan mengadakan Majlis Pementasan Teater 2011. Budak teater tu pun dah lama belatih, harap semuanya ok.

Rabu, 23 Mac 2011
SMK Mutiara Labuan dibanjiri Pelajar SPM 2010
Kelihatan begitu meriah sekali dengan kehadiran bekas pelajar SMK Mutiara Labuan. Seawal jam 10 pagi, bekas pelajar tingkatan lima 2010 ini telah mula membanjiri SMK Mutiara Labuan. Masing-masing setia menunggu keputusan yang bakal diterima dengan penuh debaran.
Akhirnya keputusan SPM 2010 diterima oleh mereka kira-kira jam 11 pagi. Ada yang menerima keputusan dengan senyuman dan ada juga yang menerima keputusan SPM mereka dengan kesedihan.
Kepada yang lulus, tahniah dari aku, dan kepada yang gagal, cuba lagi, jangan putus asa, berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Buat anak aku, Nurfatihah Athirah (yang pakai tudung). Tahniah kerana telah lulus semua matapelajaran, walaupun tidak banyak dapat gred A namun dengan 7 (cemerlang+kepujian) pun sudah syukur bagi ibu... Jangan sedih, teruskan usaha hingga ketangga kejayaan dan doa ibu selalu bersamamu.

Ahad, 20 Mac 2011
Selamat Pengantin baru Siti Martini Dan Kusairi
Ya Allah, jadikanlah ikatan perkahwinan ini dalam keberkatan-Mu agar sentiasa dilimpah dengan keimanan serta kasih sayang dan peliharalah ia semoga berkekalan di dunia dan akhirat Amin...
Dari Labuan kami menaiki ferry dan mengambil masa lebih kurang 2 jam lamanya untuk sampai di Tarminal Menumbok.
Dari pekan Menumbok, kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke kampung Jagus ini.

Majlis Potong Kek
Ambil kesempatan bergambar dengan bekas tunang @ kekasih. Huhuhu... kantoi ada bawa anak sekali... tak dapat berbulan madu ni...
Aku Ke Menumbok Hari Ini
Rabu, 16 Mac 2011
Mesyuarat Agung Peladang Unit Bukit Kalam 2011
Mesyuarat Agung Peladang unit Bukit Kalam, Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan Selatan telah dilaksanakan pada 12 Mac 2011, jam 2.00 petang di Balairaya Kg. Bukit kalam WP Labuan.
Siapa yang belum join Peladang? Jom join... banyak keistemewaannya. Aku kongsikan sikit objektif Pertubuhan Peladang. Objektif Pertubuhan Peladang ialah bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan pendapatan, membaiki cara hidup ahli2 serta mengwujudkan satu mesyarakat tani yang progresif, berdikari dan bersatupadu. (Ayat copy je tu...)
Selama aku join Peladang ni, aku dapat diskaun kalau membeli baja, racun rumput dan peralatan peladangan, aku diberi benih pokok untuk ditanam secara percuma, aku juga sudah menerima keuntungan dari saham Peladang (walaupun tak berapa banyak bergantung kepada perlaburan kita) dan 2 anak aku pernah menerima hadiah Tabung Derma Pelajar dari Peladang.

"Bergerak Maju Bersama Peladang"
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwila 2011
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwila 2011,telah dilaksanakan 6hb. Mac 2011 (Ahad) lepas di Dewan C, SMK Lajau WP Labuan. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Dr Harun Hj Pudin dan Hj Othman Mahali sebagai pencatat minit.
Aku sebenarnya tidak dapat mengikuti sepenuhnya mesyuarat tersebut kerana terpaksa keluar atas urusan lain. Aku cuma memdapat tahu yang aku dilantik menjadi setiausaha atas sokongan semua yang hadir sewaktu aku berada di lapangan terbang menanti ketibaan abang dari Lahad Datu. Apapun, terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepadaku.
AJK Perwila 2011-2013 yang dilantik ialah...
Ketua Satu : Dr Harun Haji Pudin
Ketua Dua : En Sahar Misron (Samsa Haris)
Setiausaha : Puan Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Pen. Setiausaha : Cik Nadirah Junior
Bendahari : Haji Othman Mahali (On Malini)
10 orang AJK : En Ag Asim Ag Besar, Puan Hjh Hasnah Sambas, Puan Fatimah Ibrahim, Haji Abdul Rahman Hj Lamudin, En Matali Ibrahim, En Matusin Awang Damit, Hj Suili Bakar, Puan Jijah Mohamad Suhai, Puan Rosminah Jambol dan En Gabriel Kimjuan. Manakala Juruaudit ialah En Tawil Beddu dan En Abdul Laham Rudin.
Baru-baru ini, aku diminta untuk menghadiri mesyuarat Gapena di Kuala Lumpur. Permintaan tersebut terpaksa kutolak kerana ada tugas lain yang tidak dapat dielakkan. Hehehe... aku tak dapat tinggalkan sekecil tu, tak sampai hati rasanya...

Ahad, 13 Mac 2011
Belalang Oh Belalang
Belalang oh belalang... kenapa kau selalu masuk rumah aku. Mungkin aku perlu tanya dengan si Belalang, belalang jenis apakah yang suka masuk rumah orang. Aku rasa si Belalang ni memang pakar bab belalang.
Aku tak taulah kalau gambar serangga ni mempunyai nama lain, sebab selama ni aku panggil belalang je.
Walaupun belalang jenis ni selalu masuk kat rumah aku, tapi aku memang tak berani nak sentuh, gelilah... kalau hinggap kat tangan, jari-jari kecilnya tu terasa tajam huhuhu... Kadang kala aku merasakan dia sedang merenungku, seram... aku takut dia terbang dan hinggap di badan aku... huwaaaa....Sabtu, 12 Mac 2011
Tsunami Di Jepun Dahsyat
Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.
Dilaporkan sehingga kini beratus-ratus orang terbuh dan akan meningkat lagi.
Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.
Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.
Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.
Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.
Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.
Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.
Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.
Bahan dipetik dari MIMPI SENJA
*Sebuah gunung berapi di Indonesia telah meletus dipercayai kesan gegaran gempa bumi tersebut Gen Fujita

Khamis, 10 Mac 2011
Karnival Suka Tadika Islam MAIWP Caw. Labuan 2011
5hb. Mac 2011, sabtu yang lalu, seawal jam 7 pagi aku dan anak-anak sudah berada di Padang Sekolah Menengah Teknik WP Labuan. Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan yang dibuat oleh semua Tadika Islam MAIWP Cawangan Labuan
Anak beranak pakai baju biru tanda memberi sokongan kepada Tadika Al-Iman Layang-Layangan yang juga memakai baju biru waktu itu.
Sarapan dulu sebelum bersukan...
Semua yang hadir diminta duduk di astaka ini
Aktiviti bersukan, jom layan gambar ni...
Senyum Wathiqah bersama hadiahnya...
Langgan:
Catatan (Atom)