Sabtu, 17 November 2018

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-27 Tahun

27 tahun bukan masa yang singkat untuk menjalani sebuah kehidupan berkeluarga. Pahit manis dirasa bersama, derita bahagia diharungi bersama. Alhamdulillah berkat keredaan Allah kita tetap bersama. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-27 untuk kita berdua, moga kasih sayang kita mendapat rahamat Allah dan kebahagiaan menjadi milik kita dunia dan akhirat aamiin.

Khamis, 8 November 2018

PASAK #152 Martabat Bahasa Melayu


Alhamdulillah buku Antologi Puisi PASAK #152 Martabat Bahasa Melayu telah selamat saya terima. Terima kasih tuan 
Tabir Alam. Tahniah kepada semua yang turut menyumbang karya.


Tahniah kepada Aloy Indra Jokina, Ami Masra, bunda Anie Din, Bayu Pagi,, Fadziah Fauziah Md ZakariaGabriel Kimjuan, Issey Miyaki, Jalimah Jaudin, Jamilah HarunJelison Jupin,K. Manja,Karisma Rindu, Kelompen Koe, Kesuma Indera,Nazim Mohd Subari, Nohan Norehan, Blog Norgadis Labuan, Sangkar Akademik Sanggar Nurimas, Onn Abdullah, Pak Engku, kak Paridah IshakPauzi Mohd Isa, Puzi Hadi, Qurniaan Pencinta JiWa,Raonah Mohd Sam, Roserina S. Sari, Rozeline Vitalis, Rufaifa Abdullah, Russ Asan, Sabariah Nor Salleh, kak Saniah Masri, Sarji Kasim, Saudah Mat LazimSeti ZalehaShapiai Mohd RamlySujata WeeSyidah Ida, tuan Tabir Alam, Tunza, Yahti Hayati dan Yanz Hamzah.

Karyaku

Isnin, 5 November 2018

GEMA NABALU

Aku dan buku

Alhamdulillah buku GEMA NABALU telah selamat saya terima, terima kasih DBP Cawangan Sabah kerana memilih puisi saya, terima kasih abang Hasyuda Abadi dan kak Hjh Asmiah Ajamain atas kerjasama selama ini.


Tahniah kepada semua penulis yang karya mereka terpilih dalam antologi ini

Jumaat, 2 November 2018

Rindu Mama

Gambar kenangan semasa umrah bersama mama 2005

Sudah lama tak bermimpi jumpa mama, tapi semalam aku mimpi, mama ajak aku tidur bersama di tempatnya. Sebelum ini sudah 2 kali aku bermimpi mama ajak aku pergi bersamanya. Kali pertama aku menolak, kali kedua tak sempat ikut sebab terus tersedar. Aku rindu mama, moga mama tenang di sana, insyaAllah satu hari aku juga akan menyusul. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­