Kalau pergi kerja abang akan guna kancil
Sambung cerita tadi...
Tiba-tiba lepas solat jumaat, abang tercari-cari motornya. Motor lain masih ada, tapi motor abang dah hilang dari tempat abang parking. "Tak kan aku salah parking" bisik hati abang. Abang tengok lagi motor yang ada, sehingga ada sahabat yang sama-sama solat jumaat bertanya, abang guna apa pergi ke masjid, mungkin dia pelik sebab selalunya abang guna motor tapi kali ni motor abang tak kelihatan. Abang pun kata motor dah kena curi...
Pendek cerita, abang pun berjalan perlahan menuruni bukit, walaupun adalah insan yang berhati mulia prihatin nak menghantar abang balik ke rumah, tapi abang memilik berjalan kaki kerana rumah dan masjid tak lah sampai 2km, lagi pun yang nak menghantarnya tak sama haluan, takut menyusahkan orang lain pula.
Tiba sampai kaki bukit, kelihatan motor abang ditinggalkan ditepi jalan. Pelik... tapi syukur, masih ada rezeki memiliki motor tu, tak jadilah abang balik jalan kaki... Tu yang aku kata, nak kata pinjam tapi tak minta izin, nak kata mencuri tapi motor dah dikembalikan... dunia... dunia... kalau dah rezeki tak kan kemana.