Ahad, 31 Januari 2010

Kelebihan Sedekah Al-Fatihah kepada kedua Ibu Bapa


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)"....nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari" Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

"Ya Allah, engkau masukkan malam pada siang, dan engkau masukkan siang pada malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan engkau beri rezeki dengan tiada terhingga pada siapa yang engkau kehendaki."

"Ya Allah Tuhanku yang maha kaya dan maha terpuji, Tuhan yang menakdirkan dan mengembalikan. Yang maha kasihan dan maha kasih sayang. Berilah aku kekayaan harta yang Engkau halalkan, bukan yang Engkau haramkan. Berikanlah aku kelebihan dari yang lain dengan berkah kurnia-Mu."

Khamis, 28 Januari 2010

Strange Buildings

Watch the most amazing buildings in the world.







Isnin, 25 Januari 2010

Rakyat Labuan Tidak Restu Masjid Tertua Dirobohkan

LABUAN: Usaha kerajaan untuk meroboh sebuah masjid tertua di pulau ini mendapat bantahan daripada penduduk kampung yang mahu bangunan masjid itu terus dikekalkan atas faktor nilai sejarah yang tinggi.

Masjid Jamek Adam Kampung Lajau yang berusia lebih 40 tahun bukan saja merupakan satu-satunya masjid tertua di pulau ini, malah ia memunyai nilai sejarah yang paling berharga kerana masjid yang mempunyai lebih 500 qariah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 16 Disember 1967.

“Kita tidak mahu masjid yang satu-satunya dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama di pulau ini hilang begitu saja, malah apa yang menarik dan jadi kesan sejarah ketika itu, Tuanku diarak sejauh 5…oleh penduduk kampung sebelum merasmikan masjid tersebut,” kata Ketua Kampung Lajau, Haji Sudin Omar ketika ditemui di sini kelmarin.

Menurut Haji Sudin, Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah memberikan kelulusan pada tahun 2008 untuk merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada projek pembesaran jalan Pohon Batu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Namun katanya, masjid itu hanya akan dirobohkan apabila sebuah masjid baru yang sedang dalam pelaksanaan siap sepenuhnya.

“Walaupun Masjid Jamek Adam akan digantikan dengan masjid yang baru, namun rata-rata penduduk kampung tidak bersetuju untuk merobohkan masjid tertua itu dan mahu ia terus dikekalkan di situ,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal ketika diminta mengulas cadangan itu berkata, pihak berkuasa tempatan yang membabitkan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu mengkaji semula cadangan itu.

“Kita tidak mempunyai banyak struktur dan bangunan yang bersejarah di pulau ini, oleh itu adalah wajar bangunan yang mempunyai nilai sejarah dipelihara dan dikekalkan, malah ia boleh dijadikan sebagai produk pelancongan dari sudut sejarah Islam,” katanya.

Yussof yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, sebaliknya mencadangkan supaya projek pembesaran jalan itu di lencongkan ke arah lain dan masjid itu jika tidak lagi digunakan sebagai tempat beribadat boleh dijadikan sebagai pusat sumber ilmu Islam seperti dijadikan Perpustakaan Islam atau pusat pengajian agama.

Ahad, 24 Januari 2010

Tahukah anda berkenaan Facebook?


Tahukah anda bahawa keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya.

Tahukah anda setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Seislam Kita Setitik . Fikir-fikir dan renung-renungkanlah. Sanggupkah kita tengok saudara kita diseksa sedemikian rupa….

Facebook dan Fotopages adalah produk Yahudi!!


Bahan Mark Zuckerberg dan Facebook diambil dari Sejarah2U

Khamis, 21 Januari 2010

Renungkan Bersama



Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.

Apalah guna hidup senang, tetapi penuh dengan dosa dan noda, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).Ini bererti mereka yang hidup sengsara, menderita kelaparan, sakit dan risau di dunia ini akan mendapat kegembiraan yang lama pada akhirat nanti, sebaliknya golongan yang kenyang dan gembira di dunia ini akan lama kelaparannya pada akhirat.

Manusia berasa sukar menerima keadaan yang biasa menimpa seperti kemiskinan, kerugian, kehilangan barang, pangkat, kematian dan perkara lain yang mengurangi kesenangannya.Apa yang dapat bertahan dalam kesukaran seperti itu hanyalah orang yang mempunyai sifat sabar dan reda. Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku." Nabi saw membuktikan cinta dan kasih sayang kepada umatnya ia sanggup menanggung segala susah payah yang menimpa dan inginkan kebaikan daripada umatnya, hingga hampir wafatnya ia masih menyebut umatku, umatku, umatku, seperti mana firman Allah bermaksud "...sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat keberatan kepada sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128).

Tidak ada siapa pun yang mahu meminta supaya dirinya dikenakan musibah, contohnya sakit, kerana tidak tahu nikmat musibah itu sebenarnya, sebaliknya mengganggap musibah itu adalah buruk.Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".

Selasa, 19 Januari 2010

Berhati-hati Dengan Teknik Perogol Terkini

Perkara ini berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ni.. Saya dapat tahu dari salah seorang sahabat TAGGED saya. Nampaknya ini adalah cara baru perogol memperdaya wanita. Kisah ini berlaku kepada seorang wanita yang keluar dari pejabat agak lewat iaitu agak-agak dekat malam. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia menghampiri dan bertanya budak tersebut kenapa dia bersendirian petang itu. Budak itu berkata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak itu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Wanita tersebut kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus membawa budak itu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah tersebut, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah cara perogol akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar saja dia ke balai polis yang berdekatan.

Kepada para wanita, harap sentiasa berhati-hati dan para lelaki pula jagalah keluarga anda dan selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

Isnin, 18 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Saya dapat tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog: NURCAHAYA ATIKAH

Tiada sesiapa pun yang mahu hidup dalam kegagalan di dunia ini, namun begitu amat sukar mencari insan yang hidup sentiasa disinari kejayaan tanpa kegagalan sebelumnya. Dalam keadaan kehidupan kini yang serba maju dan pantas, kita sebenarnya tercabar dan terpaksa menyahut cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Jika kita takut menyahut cabaran ini pasti tiada satu perubahan pun yang dapat dibanggakan sepanjang hidup kita.

Berapa ramai yang sanggup hidup susah, berapa ramai yang sanggup hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, berapa ramai lagi yang sanggup hidup sederhana kerana mereka sebenarnya takut menerima cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Janganlah mudah berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Meskipun banyak fenomena-fenomena negatif menghantui fikiran kita, namun waktu masih ada dan hasrat akan terwujudnya kejayaan masih terpacak dan tertanam dalam jiwa kita. Bangunlah dan peganglah prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Surah Al Ra’ad:11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”
Ubahlah cara kita berfikir kearah yang lebih positif. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah tangga permulaan untuk kita daki demi mencapai kejayaan yang kita inginkan. Andainya kita hanya memandang anak-anak tangga yang berada di hadapan kita. Janganlah bermimipi bahawa kejayaan akan datang menyembah kita kerana HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan dibanding hanya sekadar tunggu dan lihat saja.

Bangunlah dan kuatkanlah semangat serta teruskan berjuang dalam cabaran HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Artikel ini adalah untuk menyahut cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL".

Denaihati dengan berbesar hati menganjurkan contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Hadiah bernilai lebih RM4,000 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"


Contest ini mudah sahaja iaitu di penghujung contest:

1. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com/ncr menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400.

2. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan pages from Malaysia berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400. Blog yang telah menang hadiah untung ranking 1-5 google.com/ncr tidak layak untuk menang.

Tarikh tutup penyertaan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah ditetapkan pada jam 20.20 pm pada 20.01.2010. Pemenang untuk semua HADIAH akan diumumkan 1 minggu selepas 03.02.2010.

Kepada pembaca blog ini yang memiliki weblog sendiri, sahutlah cabaran contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan menangi hadiah lumayan. ^-^

Jangan lupa letakkan ayat:

Saya dapat tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog: Norgadis Labuan
(linkkan ke http://nogadis.blogspot.com/ dan letakkan ayat ini di bahagian atas artikel anda)

Untuk makluman lanjut mengenai syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL", sila click sini.

Sabtu, 16 Januari 2010

Rumah Dari Botol Minuman





Isnin, 11 Januari 2010

Kekuatan Sedekah

Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama sedekah yang mendapat pahala sepuluh
- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu

  1. Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.
  2. Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
  3. Sedekah ketiga yangmendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.
  4. Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan baangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".

Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut:
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab,
"Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab,
"Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab,
"Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab,
"Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi
"Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,
"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sebab :

* Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
* Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
* RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

* "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
* "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
* "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH (AL SADAQAT AL JARIYAH) -

KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR (THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !)

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. (Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.)

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
(Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.)

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. (Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.)

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. (Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.)

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam. (Place a water cooler in a public place.)

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. (Share constructive reading material with someone.)

7. Libatkan diri dalam pembangunan Masjid. (Participate in the building of a Masjid.)

8. Edarkan CD Quran atau Do'a. (Share a dua or Quran CD.)

9. Bantulah pendidikan seorang anak. (Help in educating a child.)

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. (Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.)

Jadilah dari "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Solahuddin Mohd Saad
Asst. Admin & Personnel Manager
Central Sugars Refinery Sdn Bhd
(A member of Tradewinds Corporation Group)
Batu 3, 40000 Shah Alam, Selangor. MALAYSIA.

Diterima Dari Abbas HM

Sabtu, 9 Januari 2010

Berita dari RADAR BOJONEGORO

Radar Bojonegoro ( JAWA POS GROUP ) 12 Desember 2009

Viddy AD Daery, Budayawan Asal Lamongan Yang Dikenal di Negeri Jiran Pencetus Gajah Mada Asli Lamongan

Viddy AD Daery yang nama aslinya Anuf Chafiddi merupakan budayawan kelahiran Lamongan. Dia cukup dikenal di negeri Jiran, seperti Malaysia ,Singapura dan Brunei Darussalam, namun justru kurang dikenal di daerah kelahirannya.

B. FEBRIANTO, Lamongan

Kamis lalu sebuah SMS diterima wartawan koran ini. Setelah dibuka ternyata berasal dari Viddy AD Daery. Dalam SMS itu dia menginformasikan kalau sudah sampai di Bandar Sri Begawan, Ibukota Bruneu Darussalam.

Kedatangannya ke negara itu dalam rangka memenuhi undangan Asterawani Brunei (LSM platmerah dari Kesultanan Brunei) untuk menjadi pembicara Pertemuan Sastrawan Nusantara (PSN) ke-15 di Bandar Sri Begawan pada 10-13 Desember 2009. Dalam acara yang diikuti budayawan dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Brunei tersebut, Viddy membawakan makalah bertema perbandingan syair nasehat karya Sultan Brunei dengan karya Sunan Drajat..

Pria kelahiran 28 Desember 1961 tersebut sudah tidak asing lagi dengan acara PSN. Dia diundang sebagai pembicara sejak PSN ke-9 pada 1997 di Kayu Tanam,Sumatera Barat.

Sebelum sebagai pembicara di Brunei , Viddy pada 20-22 Nopember lalu juga diundang dalam acara Pesta penyair nusantara (PPN) ke-3 di Kualalumpur , Malaysia . Acara di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia itu diikuti 30 penyair dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Asia Pasifik.

Viddy cukup dikenal di negeri jiran tersebut disebabkan pandangannya yang gigih untuk mempersatukan kembali nusantara hasil sumpah Palapa dari Mahapatih Majapahit, Gajah Mada. Wilayah nusantara saat itu meliputi Indonesia , Malaysia , Thailand , dan Bruneu Darussalam. ‘’Saya sangat perhatian pada nusantara, karena wilayah itu sebagai lambang kebesaran bangsa Indonesia, karena yang mewujudkan nusantara itu adalah Gajah Mada dari Mahapahit yang ada di wilayah Indonesia saat ini,’’ kata Viddy kepada Radar Bojonegoro.

Karena tingginya perhatiannya terhadap nusantara tersebut, Viddy merupakan salah satu orang yang prihatin dan menyesalkan terjadinya perseteruan antara Indonesia dan Malaysia terkait adanya isu-isu mengenai ada klaim beberapa seni budaya Indonesia oleh Malaysia . ‘’Seharusnya masalah itu tidak perlu terjadi karena Malaysia dan Indonesia satu keluarga nusantara bahkan satu keluarga rumpun melayu. Kalau ada masalah, layaknya sebuah keluarga, hendaknya dibicarakan baik-baik,’’ ujarnya.

Viddy juga merupakan budayawan yang mengungkapkan kali pertama kalau Gajah Mada asal Lamongan. Temuannya itu sempat menarik perhatian budayawan dan sejarahwan karena menambah masukan tentang asal-usul Gajah Mada. Sebelumnya Gajah Mada dipertentangkan antara lahir di Malang , Bali, atau Sumatra . Dengan temuan Viddy tersebut, pertentangannya bertambah satu tempat lagi.

Bahkan dengan temuan Viddy itu menarik perhatian Bupati Lamongan, Masfuk untuk membentuk tim penelusuran asal usul Gajah Mada di Lamongan. Atas dedikasinya dalam penelitian nusantara dan Gajah Mada tersebut, Viddy bersama budayawan Malaysia akan menggelar seminar internasional tentang Gajah Mada di Malaysia yang direncanakan akhir bulan ini.

Viddy mendapat predikat budayawan karena cukup produktif menulis berbagai puisi, cerpen, novel, naskah drama, artikel hingga naskah sinetron. Lulusan sosiologi Fisip Unair Surabaya 1987 tersebut pernah bekerja sebagai koresponden beberapa koran dan pernah bekerja di Televisi Pendidikan Indonesia (TPI) sebagai redaktur features,lalu naik menjadi penanggungjawab sinetron komedi, produser eksekutif hingga staf ahli.

Hasil karyanya di TPI antara lain acara Lenong Bocah, Kompor Diamor, Tuturan kata bermakna, Kentrung Humor Lamongan hingga Patrio Ngelaba.(*)

DOK.FOTO VIDDY/RDR.BJN

TINGKAT INTERNASIONAL : Viddy (kiri) bersama para budayawan dari Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Asia Pasifik dalam Pesta Penyair Nusantara (PPN) ke-3 di Kualalumpur, Malaysia Nopember lalu..

Diterima Dari: Wajah Bercahaya

Jumaat, 8 Januari 2010

Penghantaran Karya Untuk Dialog Teluk Ke VI

Miri - PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak) sebagai tuan rumah Dialog Teluk Tahun ini mengalu-alukan penulis Teluk menghantar karya (cerpen) sekitar 3 hingga 5 muka surat double spacing untuk diterbitkan. Karya-karya ini akan siap sebelum Dialog Teluk berlangsung dan akan dilancarkan ketika perasmian Dialog Teluk sepanjang tiga hari. Bagi pembentang kertas kerja juga sebelum 28 Februari 2010, kertas kerja akan diemel kepada saya kerana kertas kerja itu akan dibukukan. Karya dan kertas kerja bolehlah diemelkan kepada saya mulai dari sekarang dan tarikh tutup pula pada 28 Februari 2010. Saya menyeru kepada rakan-rakan penulis Teluk (Negara Brunei, Sabah, Labuan, Limbang dan Miri) susulkan karya anda untuk diterbitkan sekarang. SALAM!


Diterima Dari JAYA RAMBA, Miri

Kursus Asas kerani Am/Pembantu Tadbir

Kepada lepasan SPM/STPM...
Kursus Asas kerani Am/Pembantu Tadbir akan diadakan pada

Tarikh: 13-14 Jan 2010 (Rabu & Khamis)
Tempat: Pejabat MARA Ujana Kewangan WP Labuan
Yuran : RM150 sahaja

Terhad kepada 12 orang sahaja. Info lanjut & borang ada di pejabat Mara Ujana Kewangan WP Labuan pada waktu pejabat.

Kursus merangkumi teknik berjaya dalam temuduga, asas book keeping, hr, asas komunikasi & perhubungan pelanggan. Ramai yang telah berjaya dan mendapat kerja!



Diterima Dari PENGERUSI PENAJA KUSMA

Khamis, 7 Januari 2010

My Birthday Giveaway


"My Birthday GiveAway"


Cheah wah...bestlah ....Delia Garden mengadakan hadiah istimewa. Hadiah pertama POUCH SLING exclusive made by DELIAGARDEN... Hadiah ke dua Cutie Green Totebag/nursing bag. Memang bestlah... Sesiapa yang berminat (KLIK SINI).....Cepat sebelum terlambat....jom join… Ini berkat birthday Lydia...Happy birthday Lydia....

"DELIAGARDEN DAN ANDA"

Selasa, 5 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan Tadika Al-Iman Layang-Layangan Bagi 2010

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi Tadika Al-Iman Layang-Layangan WP Labuan. Manakala semalam 4 Jan 2010 adalah hari pendaftaran untuk anak-anak memasuki sekolah tadika tersebut.

Hari ini juga adalah hari pertama persekolahan untuk Nurwahiqah Mastura Binti Abbas. Nurwathiqah Masturah, yang baru berusia 3 tahun 8 bulan ini, telah memeranjatkan kedua ibu ayahnya apabila menyuarakan hasratnya untuk ke sekolah seperti kakak-kakaknya yang lain.

Ibunya cukup gelisah, takut-takut keinginan Nurwathiqah bersekolah hanya mainan bibir sahaja, apa yang lebih merisaukan, andainya Nurwathiqah menangis dan minta dijaga oleh ibunya sehingga waktu persekolahan berakhir. Perangai Nurwathiqah Masturah memang diketahui oleh keluarganya bahawa selama ini beliau tidak pernah mahu tinggal bersama jiran atau dengan neneknya sekalipun.

Namun kerisauan itu akhirnya hilang setelah melihat reaksi Nurwathiqah yang cukup tenang bersama kawan-kawan barunya.

Silaunya... tapi tak apa, dah nak balik ni...