Isnin, 31 Mei 2010

Seronok Buat Aktiviti Bersama Pelajar

Aktivit sabtu lepas, 29 mei 2010 di SMK Pantai WP Labuan. Aktiviti mingguan bersama pelajar ini menyebabkan ramai kekawan blogger yang bertanya, aku ni cikgukah? Waahaha...! Aku cuma surirumah je. Sebenarnya... satu ketika dulu, aku pernah menjadi guru sandaran di SK Kerupang. Menjadi seorang guru yang baik tu bukanlah mudah, perlu ada minat, keikhlasan dan kesabaran. Keputusan untuk berhenti menjadi guru sekolah itu rasanya tepat untuk aku. Aku tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya mengharapkan gaji...

Bergambar bersama pelajar program Kesenian Dan Kesihatan

Entah apa penerangan yang aku buat tu hehehe...

Cik Rafidah, kawan aku sedang berceramah berkenaan cerpen

Aku sedang seronok berbincang berkenaan program akan datang bersama Hajjah Hasnah, salah seorang AJK Program

Sabtu, 29 Mei 2010

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Untuk Renungan Kita Bersama...

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah. Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.

Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .

Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…

Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah… Ya Allah... Ya Allah… ”

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairy kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.

“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.


Bahan diterima dari email Nass HM

Jumaat, 28 Mei 2010

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Untuk Renungan Kita Bersama

Ustaz M(bukan nama sebenar) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar. Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian. Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu. Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.

Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.

“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.

“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.

“Ya, ustaz M bercakap”.

“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian.

“Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.

“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.

“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “,
balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawab lerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.


Bahan ini di terima dari Email Nass HM

Khamis, 27 Mei 2010

Puisi 'IBU' menitiskan air mata N Athirah

Hari ahad lepas 23 mei 2010, aku masih lagi dengan aktiviti Kesihatan dan Kesenian bersama pelajar-pelajar dari SMK Lajau dan SMK Pantai. Aktiviti minggu lepas kami buat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, manakala minggu pertama dan minggu ke 2 di buat di Sekolah Menengah Pantai. WP Labuan.
Gambar atas diambil semasa N Athirah (anak aku tu...) membaca puisi karya Norgadis Labuan (akulah tu...) yang berjudul IBU. Puisi tersebut adalah puisi yang aku post di entri aku sempena hari ibu yang lepas (nak baca lagi KLIK SINI) Nak cerita sikit... sedang aku asyik mengklik sana sini gambar-gambar para pelajar yang sedang menghayati bacaan puisi N Athirah, tiba-tiba bacaan puisi terhenti separuh jalan. Oiii! belum habis lagi puisi tu, napa berhenti baca pula? Aku pun tengoklah kat pentas, rupa-rupanya N Athirah dah sebak dan menitiskan air mata sehingga tak dapat meneruskan bacaannya... kasihan dia...huhuhu...

Ini salah satu gambar yang aku ambil semasa para pelajar lain sedang menghayati puisi yang dibaca oleh N Athirah. Akhirnya puisi 'IBU' disambung bacaannya oleh anak ke 2 aku, Nurzafirah Nadirah bersama salah seorang perserta program pada pagi itu.

Aku ikut sebak pabila tengok orang tengah nangis huhuhu...

Rabu, 26 Mei 2010

Norgadis di RTM Labuan FM

Hari ni nak cerita pasal semalam. Aku semalam dijemput ke RTM Labuan FM (bukan aku seorang saja yg dijemput hehehe...) Aku dan 6 orang kekawan aku menandatangani surat perjanjian untuk membuat skrip sketsa Labuan FM sehingga jun-julai ni. Kalau tak buat macam mana ya...? Kena minta bantuan kawanlah nampaknya...

Adalah beberapa topik yang telah disediakan, antaranya ialah:
  1. Kebersihan
  2. Kurangkan Pengambilan Gula
  3. Hari Bapa
  4. Budaya Membaca
  5. Amalkan Cara Hidup Sihat
  6. Kekurangan Bekalan Air Di Labuan
  7. 999-Bukan Mainan
  8. Skim Cepat Kaya

Jadual untuk kami hantar pun dah diberi, tinggal nak buat skrip je... huhuhu (Tolong aku cari bahan ya...)

Program pertama untuk bulan april dan mei dah selesai kami laksanakan, ini program untuk bulan jun dan julai pula yang perlu disediakan. Harap-harap semua berjalan dengan lancar, bukan apa... bulan jun ni aku dan kekawan sibuk dengan kembara sastera pula... Bab tu nanti aku cerita kemudian. Ok terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini hehehe...

Sabtu, 22 Mei 2010

Aku Buat Apa Ni..?


Semalam aku dapat panggilan dari Tuan Haji Othman Mahali, dia minta aku buat persiapan untuk pelancaran buku "Sepulau Sekasih Kita", hari ini jam 2 petang bersamaan dengan hari sabtu 22 mei 2010. Adoooi! aku tak tau apa nak buat, dulu cadang nak letak buku tu dalam ais. Masa nak lancarkan tinggal ketuk je ais tu dan keluarkanlah buku "Sepulau Sekasih Kita". Ini acara mendadak, tak sempat nak buat macam tu lagilah...

Nak cerita sikit pasal "Sepulau Sekasih Kita". "Sepulau Sekasih Kita" ini merupakan Antologi Puisi karya dari Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan, PERWILA. Penerbitan ini diusahakan sepenuhnya oleh PERWILA sendiri.

Ada 11 buah puisi aku didalam buku ni dan selebihnya puisi dari 10 ahli PERWILA yang lain
  1. Al-Amin
  2. Andainya Aku Jatuh Cinta
  3. Doa Seorang Ibu
  4. Ibu
  5. Jubli Perak Labuan
  6. Pertemuan
  7. Seketika Di Masjid Nabawi
  8. Sepulau Sekasih Kita
  9. Tak sempat
  10. Tekad
  11. Waktu
Ok kita sambung lagi cerita tadi... Oleh kerana ianya umpama bidan terjun, aku pun buat persiapan mana yang aku termampu je... Awal pagi tadi dah sibuk pergi bandar membeli apa yang patut untuk upacara pelancaran "Sepulau Sekasih Kita"


Akhirnya "Sepulau Sekasih Kita" berjaya dilancarkan petang tadi oleh YB Datuk Hj Hajiji Bin Hj Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah di Dataran Labuan. Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil....


Dari kanan, Hjh Hasnah Sambas (AJK PERWILA), YB KOL (K) Datuk Hj. Yussof Bin Hj Mahal (Ahli Perlimen WP Labuan), YB Datuk Hj Hajiji Bin Hj Noor (Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah), Dr Harun Hj Pudin (Ketua 1 PERWILA), Norgadis Labuan (Akulah tu hehehe...), Cik Rafidah Mohamad (P. Setiausaha PERWILA) dan Sdr Suili Bakar (ANS)




Sdr Abd Laham Ludin sedang mendeklamasi Puisi "Sepulau Sekasih Kita"

Ok dah tamat cerita aktiviti hari ini, esok ada aktiviti lain pula... tunggu cerita aku di entri akan datang ok... Sampai jumpa lagi, rehat dulu,masih letih ni...

Rabu, 19 Mei 2010

Remaja VS Rokok

Ahad lepas 16 mei 2010 aku masih lagi dengan aktiviti bersama remaja. Kali ini kami bawakan pegawai Kesihatan WP Labuan untuk memberi ceramah pasal rokok. Hish! zaman sekarang ramai sangat remaja yang merokok. Nak salahkan siapa? Kadang kala tu orang tua sendiri yang suruh anak-anak mereka belikan rokok di kedai...


Ini gambar aku bersama Puan Agnes Pegawai Kesihatan WP Labuan. Dari kiri Sdr Suili Bakar ANS, Puan Agnes, Cik Rafidah dan aku.

Kesan Sosial
  • Kurang konsentrasi
  • Ponteng sekolah/Kemerosotan prestasi pelajaran
  • Mempengaruhi pencapaian akademik
  • KelakuanDelinkuen/salah laku
  • Penglibatan dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan
Dah habis bahagian kesihatan... sambung pula bahagian kesenian... (seni sastera)

Aku tengah memerhatikan para pelajar dan sekali sekala membantu cara-cara menulis puisi hahaha... macam pandai saja, malas tah ku ingau

Kat atas tu gambar para pelajar sedang menulis puisi. Aku bagi dorang 30 minit je untuk siapkan puisi. Kejamnya aku huhuhu... Setiap kumpulan sekurang-kurangnya ada satu puisi untuk dibacakan di depan.


Nampak tak? Aku dah letih berdiri...

Alhamdulillah... dari 10 kumpulan, kami dapat mengumpul lebih dari sepuluh puisi. Akhir sekali para pelajar diberikan sehelai t-shirt setiap seorang. Sayang sekali aku lupa pula nak ambil gambar waktu tu...

Selasa, 18 Mei 2010

AKU JAWAB SOALAN Haida + Mommyyus


Tag Oh Tag...
Kali ini aku dapat Tag dari Haida Hida dan Mommyyus.

Utk Haida... maaf ya... baru ada kesempatan nak buat...
Utk Mommyyus pula, oleh kerana soalan tag ni sama, aku buat sekali kat sini ya...

1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
---> Cepat2 p hospital, kalau lambat takut meninggal pula, nanti tak sempat maafkan dia

2) 6 orang di hati anda?
--->
  1. Bekas tunang (skrg jadi laki)
  2. Nurfatihah Athirah (anak pertama)
  3. Nurzafirah Nadirah (anak kedua)
  4. Nuratikah Nazurah (anak ketiga)
  5. Nurwathiqah Masturah (anak keempat)
  6. Norgadis Labuan (aku sendiri)

3) Anda rasa anda comel?
---> Dah tua2 ni... tak comel lagilah...

4) Single or taken?
---> rasa2nya apa ya...

5) Blog yang anda suka?
---> Blog aku sendiri... kah kah kah!

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
---> Kemas, klu tak kemas tak dpt tidur...

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
---> Lagu mawar putih untuk mama (lagu dlm blog aku)

8) Last text message?
---> 20mei, jam 2pm, anda d jemput hadir d butik Avon, ada CDB Launch. Dari Emily

9) Last phone call?
---> beberapa minit yg lepas dari Zura.. "kak, jgn lupa dtg ke butik hari khamis, ada perjumpaan SL."

10) Hari terakhir anda menangis?
---> Lepas solat... (selalu nangis, best klu nangis)

11) List lima color favorite anda?
---> Hitam, putih, hijau, biru dan merah..

12) Orang terakhir anda ber-YM?
---> lupa pula siapa yg terakhir

13) Game paling anda suka?
---> Tak tau game mana yg aku suka...

14) Adakah anda peminat MCR?
---> Rasanya tak minat sebab tak tau apakah binatangnya tu

15) Apa perasaan anda jawab tag ni?
---> Seronok... kadang soalan tu memaksa aku berfikir...(walaupun malas nak fikir)

16) Anda rasa tag ini best?
---> best juga

17) Tag lagi 10 orang
--->
  1. orang
  2. orang
  3. orang
  4. orang
  5. orang
  6. orang
  7. orang
  8. orang
  9. orang
  10. orang

Alhamdulillah... Dah siap kerja rumah yang lama tertangguh ni, harap Haida dan Mommyyus tak marah... jangan marah nanti hilang comelnya...

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru Buat Ayah Tersayang


Cikgu Mohd Ali Bin Haji Gandul
(Berusia 67 tahun, pada 5 Ogos 2010 akan datang )

Pada tahun 1962 hingga 1964, Cikgu Mohd Ali Bin Hj Gandul telah menuntut di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Setelah tamat latihan perguruan, beliau mula bertugas pada 12 Januari, 1965 di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha. Waktu itu belum terdapat jalan raya lagi. Untuk sampai ke kampung Rancha-Rancha, beliau terpaksa menggunakan perahu melalui jalan laut.

Selepas empat bulan bertugas di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, beliau ditukarkan pula bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam. Pada tahun 1969 beliau telah memperolehi satu kejayaan kerana beliau telah lulus dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan mendapat pangkat A, walaupun waktu itu beliau hanyalah sebagai calon persendirian.

Pada bulan Mei 1973, beliau ditukarkan bertugas ke Kudat pula, iaitu ke Sekolah Kebangsaan Tandek Kota Marudu. Tiba di Pekan Kudat aku berjumpa Penyelia Daerah, kebetulan pegawai ketika itu pernah bertugas di Labuan kira-kira 17 tahun yang lalu waktu itu. Oleh kerana tiada rumah guru disediakan di Sekolah Kebangsaan Tandek, maka pertukaran pun diubah ke Sekolah Pekan Kudat.

Mungkin tuhan mahu menduga keimanan dan kesabaran. Di Pekan Kudat, beliau tidak memperolehi rumah untuk disewa. Manakala beliau terpaksa menyewa rumah di kampung Pengaraban. Beliau terpaksa menaiki basikal untuk pergi ke Pekan Kudat dari kampung Pengaraban. Pengalaman yang tidak menyenangkan apabila Guru Besar Sekolah Pekan Kudat tidak membenarkan cuti sakit, walaupun ada surat cuti dari hospital.

Akhirnya beliau mengambil keputusan pergi ke Kota Kinabalu berjumpa dengan Pegawai Pendidikan di sana. Nampaknya beliau bernasib baik, beliau akhirnya telah ditukarkan ke sekolah baru di Sekolah Kebangsaan Petagas dalam daerah Penampang. Di sekolah tersebut, beliau telah memegang satu jawatan baru, iaitu sebagai Guru Besar. Kebetulan sewaktu beliau mengambil alih tugas di sekolah tersebut, Guru Besarnya telah bertukar ke Maktab Perguruan sebagai Pensyarah.

Cikgu Mohd Ali, bertugas di sekolah tersebut dari bulan September 1973 hingga awal Januari 1976. Di Sekolah itu, beliau dapat menyatu-padukan guru-guru dan bermuafakat dengan penduduk kampung sehingga dapat kerjasama menjayakan sukan sekolah. Sekolah tersebut juga mendapatkan sebuah bangunan tambahan yang mengandungi empat buah bilik darjah.

Pada tahun 1976, Cikgu Mohd Ali ditukarkan semula bertugas di Labuan. Beliau telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kerupang. Beliau mula bertugas pada 08. Januari 1976 juga sebagai guru besar sekolah.

Pada tahun 1981, beliau bertekad untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan sokongan dari keluarga yang begitu memahami keinginanku untuk meningkatkan pengetahuan, beliau teruskan hasratnya untuk menduduki peperiksaan tersebut, walaupun pada dasarnya amat sukar untuk beliau membahagikan waktu belajar, kerja dan keluarga. Syukur alhamdulilah, nampaknya tidak sia-sia usaha beliau selama itu. Beliau telah lulus dalam peperiksaan tersebut.

Selama 22 tahun beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Kerupang, banyak pembaharuan telah beliau lakukan. Antaranya, terdapatnya kantin sekolah yang agak selesa untuk murid-murid, berdirinya empat buah bangunan baru untuk menampung kemasukan murid-murid yang semakin bertambah, terdapatnya gelangang badminton, tandas moden, pentas yang digunakan untuk acara-acara rasmi, surau, bilik muzik dan sebagainya.

Bersama perasaan bangga dan besar hati,akhirnya beliau meletakan jawatan sebagai guru besar kerana waktu besara telah mengundang untuk beliau berehat bersama keluarga yang telah banyak memberi sokongan.

Pada tanggal 3 jun 2000 beliau telah menerima Pingat Pangkuan Negara PPN dari Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Istana Negara Kuala Lumpur dan pada tanggal 28 haribulan oktober 2000 bersamaan dengan usia beliau yang ke 58 tahun beliau telah menerima Anugerah Bintang Setia Kinabalu yang disampaikan oleh Datuk Haji Sakaran Bin Dandai di Dewan Seminar Sipitang Sabah.




Rabu, 12 Mei 2010

Norgadis Berceramah Tentang Puisi

Ahad lepas, 9 mei 2010, aku ada mesyuarat AJK Kembara Sastera di SMK Pantai WP Labuan. Sesampainya aku di sana, aku teruslah menuju ke tempat yang dimaklumkan . Tiba-tiba... jeng jeng jeng... (napa pula ramai budak-budak ni). Aku pun dijemput duduk bersama kawan-kawan yang nak pergi mesyuarat. Aku masih tak tahu apa-apa waktu tu... Aku duduk sajalah... siap diperkenalkan lagi Norgadis Labuan kepada pelajar-pelajar yang ada kat situ.


(aku sempat ambil gambar)

Selepas beberapa aktiviti dibuat untuk para pelajar, tiba-tiba...aku diminta berceramah pula tentang puisi. Sepatutnya penceramah dari pusat kesihatan yang berceramah, tapi penceramah yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba, aku pula jadi mangsa...


Tolong...! Tolong...! aku nak ceramah apa ni, persiapan pun tak ada, sebuah puisi pun aku tak bawa... adoooi...! Tak tau apa nak aku ceramahkah... Nak fikir pun tak sempat nak fikir...



Akhirnya aku dijemput berceramah juga tentang puisi... untuk tidak mengecewakan, aku duduk/berdirilah kat depan macam dalam gambar kat atas tu, tapi aku taklah berceramah, cuma sembang-sembang tentang puisi je... lepastu aku jemputlah sahabat yang telah banyak menulis puisi iaitu saudara Suili Bakar untuk membacakan puisinya... Ringan beban aku...


(Saudara Suili Bakar ANS)


Mesyuarat AJK Kembara Sastera dimulakan selepas berakhir aktiviti untuk para pelajar.

Isnin, 10 Mei 2010

Happy Birthday AC

Selamat Panjang Umur... Selamat Panjang Umur... Selamat Panjang Umurmu... cucu yang disayang... Oops! Cucuuu...(tuanya aku...) Ini majlis ulang tahun cucu aku, anak kepada anak saudara aku... Sewaktu dia mula berusia 2 bulan, aku yang tolong jaga sewaktu mamanya kerja kerana waktu itu sukar mencari pengasuh... dah berbulan2 menjaganya... rasa sayang pun semakin bertambah. Biasalah tu...

Cucuku ini tak panggil aku nenek, tapi dia panggil aku ibu...

Rasa terharu bila mengenang sewaktu kecilnya, akulah orang pertama ingin dijumpainya waktu pagi hari raya...huhuhu... sebak.
08 Mei 2010. Sabtu
Selamat hari lahir AC, ibu sentiasa ingatkanmu, jadilah anak yang menghormati orang tua, belajar rajin-rajin...

Ahad, 9 Mei 2010

Puisi Buat "IBU"

Ketika kurenung saat lena ibuku
matanya yang terpejam itu
dan bibirnya yang bagai tersenyum itu
memanggil kenangan saat ibu terjaga.

Ibu membebel bising
tika mengejutkan ku
kerana malas bangun bersolat subuh
ibu membebel geram
kerana aku belum mandi pagi
sedangkan hari semakin cerah
ibu membebel separuh marah
kerana aku masih lagi menghadap komputer
sedangkan bas sekolah hampir tiba.

Aku masih ingat lagi
saat ibu marah-marah
kerana aku malas belajar
sedangkan peperiksaan sudah bermula
aku masih ingat lagi
saat ibu tidak membenarkan menyentuh komputer
kerana aku chat dengan kawan sampai pagi
aku masih ingat lagi
saat ibu rampas telefon bimbitku
kerana bil hampir satu ribu.

Tika ini kurenung ibu
ibu terus lena
matanya yang terpejam itu
akan terus terpejam
bibirnya yang bagaikan tersenyum itu
tidak akan membebel lagi
kerana ibu akan dibuai lena yang panjang
bersama mimpi indah-indah
dan meninggalkan aku yang masih jaga.

Ibu
aku rindu padamu
saat kau memelukku
dan mengusap rambutku
kerana aku dalam kesedihan
aku rindu padamu
saat kau memberi penawar
sewaktu ku sakit demam
aku rindu padamu
saat kau menanamkan kata semangat
sewaktuku putus cinta.

Ibu
maafkan aku
kerana belum sempat
membahagiakanmu
maafkan aku ibu.
Dedikasi buat anak-anakku... ~Antologi Sepulau Sekasih Kita 2009~

Rabu, 5 Mei 2010

Karamah

Hari-hari yang kulalui ku isikan dengan amalan. Hari-hari yang kulalu ku penuhi dengan penuntutan. Hari-hari yang kulalui juga kugunakan untuk mengkaji dan mendalami kitab yang dibentangkan. Hari-hari yang kulalui juga, kugunakan untuk menulis perjalanan hidupku. Dan hampir seluruh tubuhku kusimpan pengertian tentang kehidupanku yang pasti akan kuhadapi kelak.

Mereka seperti aku dulunya hanya memerhatikan perubahan demi perubahan. Mereka yang seperti aku dulunya hanya membiarkan keganjilan demi keganjilan. Mereka yang seperti aku dulunya hanya mampu merehatkan diri mereka masing-masing. Mereka yang seperti aku dulunya tidak kuasa mencampuri urusanku.


SALAM semua... ini cerpen kedua aku yang disiarkan oleh netQueen, nak tau cerita seterusnya? Sila KLIK DISINI atau melayari sudut CERPEN/SKRIP milikku sendiri, bolehlah tolong komen cerpen aku nanti ya...

Ahad, 2 Mei 2010

Hitam itu menawan netQueen

Nampak tak baju apa yang anak2 aku pakai ni? Inilah t-shirt free dari netQueen. T-shirt netQueen ni selamat aku terima 30 mei 2010 petang jumaat lepas (oops! salah tarikh, maksud aku 30 april, nasib baik "mEMYselfandi tolong ingatkan"). 1 mei t-shirt netQueen ini secara rasmi telah dipakai oleh anak2 aku ke acara Labuan International Sea Challenge 2010.

Bagaimana aku dapat banyak baju dari netQueen? Jangan jeles pula... aku dan tiga anak aku N Athirah, Zafirah dan Atikah telah pun menjadi ahli netQueen. 100 ahli pertama akan dihadiahkan sehelai t-shirt netQueen. Kamilah diantara ahli yang tersenarai. Bestkan? netQueen memang best.

Terima kasih netQueen...

Tag Wasiat Misteri

Tag Wasiat Misteri

1.Thank & link the person that gave you the cow(Jgn lupa copy pick at atas tu sekali)
Hahaha... gelak ketawa dulu. Aku dapat TAG jadi penjaga lembu pula kali ini. Tag Wasiat ni elok untuk jejaka yang belum mendirikan rumahtangga, nanti senang nak bagi lembu ni kat bakal pasangan masing2 hehehe....

Ok TAG ni aku terima dari Bicara kehidupan~Pak Long Sifu, Terima kasih bebanyak, mudah2an kita sama2 jadi jutawan kelak hehehe.... Nak nengok blog dia.Tu yang kat bawah tu, ada banner aku sediakan, klik je...

Create your own banner at mybannermaker.com!
Banner ni aku buatkan khas untuk Pak Long Sifu.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active ...
Ini aku umumkan 7 orang jejaka tampan dan bakal jadi jutawan menjaga lembu….

Mereka ini ialah :


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat
Ketua penghulu Kampung sipening lalat, nak buat wasiat kepada 7 jejaka ensom...
(tu kampung si Syawal bapa si Ahmad Al-bab, sori... tak sempat nak ambik pic masa tu)

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tengok tv
(aku jarang nengok siaran tv, klu nengok tv tu selalulah)
  • Aku pastikan TV aku masih ada dan tak ghaib.
  • Aku test on, masih berfungsi atau tak.
  • Sekali sekali aku sapu habuk yg singgah kat TV aku.

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

KUIH LIDAH (bayangkan kita tengah makan lidah, ngerinya...)

KUIH BOM (Harap janganlah dia meletup waktu kita makan)

MATA LEMBU (Nampak bertapa kejamnya manusia, mata lembu pun nak makan)

Nampak pelik tak 3 makanan tu? Belum lagi makan tahi itik, puteri mandi... pelik pelik...

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
Aku tak ada kawan kat FACEBOOK, aku baru buang akaun FACEBook aku 2 bulan lepas


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...
Ini pic "Bekas Tunang" aku....(skrg dah jadi laki, tak jadi tunang lagi) Camner aku jumpa? memang selalu jumpa, sejak aku kecil hingga se tua skrg ni, sebab kami memang ada pertalian keluarga. Maklumlah kunjung mengunjung amalan mulia hehehe...

Ok dah selesai aku jawab TAG wasiat ni. Kepada yang kena TAG Wasiat ni, harap sudilah terima lembu tu ya, jangan marah nanti cepat tua... INGAT! Ini adalah wasiat...Senyum...