Jumaat, 30 April 2021

Rindu Yang Paling Sakit

 Salam Ramadan ke-18. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT aamiin.

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, semalam mama hadir lagi dalam mimpi buat kali keempat. Kalau sebelum ini hanya sekadar melawat ke rumah, menjenguk sekejap di pintu kamar tapi kali ini mama mengajak aku ikut bersamanya ke suatu tempat, semua persiapan pakaianku pun sudah disediakannya.
Aku dengan berat hati mengatakan tak mau berlama-lama jika mengikutnya. Kata mama sekejap saja, lepas itu kita ke tempat lain lagi.
Hatiku masih berat kerana aku terfikir, jika ke tempat lain lagi pasti aku lambat pulang ke rumah.
Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku jam 12.30 malam. Sebenarnya ini bukan kali pertama mama mengajak aku pergi bersamanya semenjak mama meninggal dunia. Aku tak mengerti kenapa aku bermimpi seperti itu.
Semoga arwah mama tenang di tempatnya, semoga diluaskan dan diterangi kuburnya, semoga amal ibadahnya diterima dan semoga doa2ku sampai kepadanya aamiin. Al-Fatihah.


Isnin, 12 April 2021

Salam Ramadan

 Salam Ramadan. InsyaAllah kita akan sama-sama berpuasa esok hari di bulan Ramadan yang mulia.


Saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf atas apa jua kesilapan, kejahilan selama ini kepada sesiapa saja, sama ada pernah berjumpa atau hanya sekadar bertemu di alam maya ini.
Semoga dengan saling bermaafan, kita sama-sama mendapat keberkatan, kesihatan yang baik, reziki yang melimpah dan kemudahan menunaikan ibadah puasa di tahun 2021 ini, aamiin.

Jumaat, 9 April 2021

Citra Yang Tak Pernah Padam

 Assalamualaikum dan salam jumaat. Syukur alhamdulillah buku antologi Citra Yang Tak Pernah Padam ini telah selamat tiba kepangkuan saya. Antologi ini diterbitkan sempena menghargai jasa Akbar New Sabah Times (NST) yang cukup bermakna bagi para penulisnya.


Tuan Emin Madi bukanlah orang baru, beliau telah lama berada dan merasa jatuh bangunnya akbar NST. Jasanya amat besar bagi saya. Saya pernah menghadiri Bengkel Kewartawanan bimbingan beliau. Satu ketika dulu saya juga pernah menulis berita untuk NST sebagi wartawan sambilan. Puisi dan cerpen saya juga turut tersiar dalam akbar NST.

Tahniah Gabriel Kimjuan selaku penyelenggara. Terima kasih kepada NARANGKAI Publication dan semua yang berusaha menjayakan penerbitan buku ini.
Akhir sekali terima kasih New Sabah Times, terhentinya ini pasti memberi kesan mendalam bagi kami sebagai penulis.

Rabu, 7 April 2021

Sekuntum Bunga Awan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, buku Antologi SEKUNTUM BUNGA AWAN terbitan GAPENA telah selamat saya terima.

 Terima kasih GAPENA kerana memilih karya kecil saya untuk buku antologi ini, terima kasih juga kepada Gabriel Kimjuan kerana sudi menguruskan penghantaran buku ini untuk semua penulis Labuan yang karyanya terpilih.
Tahniah kepada 84 penulis yang telah menghasilkan 131 buah puisi sebagai penyeri buku ini. Tahniah juga kepada semua jawatankuasa GAPENA atas usaha menerbitkan antologi puisi yang bermakna.

Sabtu, 3 April 2021

Ulangtahun Kelahiran Norgadis Dan Atikah

 Syukur kepada Allah swt kerana masih meminjamkan sebuah kehidupan di hari Ulangtahun Kelahiran ke-50 ini. Sambutan sederhana ini dirayakan bersama anak ke-3 Nurcahaya Atikah yang mana beza 3 hari tarikh kelahirannya.






Terima kasih babah Mohd Ali Gandul atas kasih sayang dari kecil hingga sekarang. Terima kasih kanda Abbas Mahmud kerana sentiasa bersama susah dan senang. Terima kasih kepada anak-anak ibu yang tolong masak dan membuat persiapan ini dan selalu membuat ibu bangga. Terima kasih kepada semua yang memberikan hadiah dan memberi ucapan atas ingatan. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah dunia akhirat aamiin.