Jumaat, 30 April 2010

netQueen siarkan cerpen aku "Misteri Rumah Baru"

Angin bertiup tenang pagi itu. Aku, Kamal dan Azrul sudah bersiap sedia untuk berangkat meninggalkan bilik sewa kami. Jauh di sudut hati ini, terasa berat juga untuk meninggalkan tempat kami berteduh selama ini. Namun tempat yang lebih selesa perlu juga dirasai.

Seketika derum enjin perahu penumpang memecah kesunyian pagi. Aku dan dua temanku menjatuhkan punggung di kerusi kayu perahu penumpang tersebut. Kelihatan dua tiga orang lain juga turut menumpang sama.

Sebentar kemudian, tali pengikat pun di leraikan. Maka berlepaslah perahu yang kutumpangi. Hembusan angin agak kuat juga ketika itu, sedikit tempias menampar kewajah tampanku. Aku tidak kisah itu semua. Apa yang penting distinasi yang dituju akan kutemui.

Sesampai di daratan, aku menyewa taksi untuk pergi ke rumah baruku. Syukur alhamdulilah, aku dan dua temanku selamat sampai ke rumah baru yang kubeli itu. Aku cukup angga memiliki rumah tersebut.

Nak tahu ceritanya selanjutnya... KLIK DI SINI

Rabu, 28 April 2010

Sukanneka Tadika-Tadika Islam, WP Labuan

Memandangkan anak aku yang ke empat Nurwathiqah Masturah tu belajar di Tadika Islam Darul Izzah, maka aku dan abang (suami) pun dijemputlah untuk menghadiri sukanneka Tadika-Tadika Islam WP Labuan pada sabtu lepas, 24 April 2o10, di Padang Sekolah Menengah Teknik Wilayah Persekutuan Labuan.

Senamrobik oleh anak-anak Tadika Islam WP Labuan


Rehat, sementara menunggu giliran bersukan

Anak aku ikut acara bawa pundi kacang atas kepala (Slownya anak aku jalan...)


Ini acara makan kek (Inda nampak lagi, sudah dikerumuni ibubapa)

Dah bertahun aku tak menganyam ketupat, tetiba gatal pula hati nak join acara anyam ketupat ni.. Lantaklah... aku pun join sekali hehehe...

Anyam punya anyam... siap pula ketupat aku

Aku juga ikut acara tarik tali wanita (utk ibu-ibu sahaja) Hoo hoo! kami dari ibu-ibu Tadika Darul Izzah, Layang-Layangan menang dalam acara ini. Dah 2 tahun berturut-turut menang, tapi aku baru kali ini join hehehe...

Tercatatlah namaku sebagai pemenang kedua...(itu ketupat yg aku buat)


Acara tarik tali wanita

Ok... aku nak tunjuk hadiah aku pula... tengok kat bawah tu, satu hamper untuk hadiah anyam ketupat dan satu lagi untuk acara tarik tali. Alhamdulillah... dapat juga hadiah. Tapi esok harinya, sakit semua badan aku huhuhu...

Selasa, 27 April 2010

Vote Gambar Anakku...

VOTE NURWATHIQAH MASTURAH

Contest SI COMEL netQueen ini anak aku Atikah yang join, dia pilih gambar ni sebab ini adalah gambar adik kesayangannya (anak bongsu aku) kepada kekawan bloggerku sekalian, minta jasa baik kalian untuk vote gambar anak aku ini KLIK DISINI. Tapi, syaratnya mestilah menjadi ahli netQueen terlebih dahulu. Dan hantarlah komen kat gambar anak aku tu..... Gambar kat atas tu :-

Siapa yang dah jadi ahli netQueen tu, vote lah ya... Kalau belum tu, masuk lah jadi ahli terlebih dahulu.

***********
2 Pemenang Si Comel
1. Nur Maisarah Mohd Isa
Rating: 4,84 (25 Votes)
Comments: 3
Nama panggilan : Sara
Tarikh lahir : 1.1.2006
Sekolah : Tadika Cerdik Pintar

2. Nurwathiqah Masturah Binti Abbas
Rating: 5,00 (25 Votes)
Comments: 7
Nama Panggilan : Wathiqah
Tarikh Lahir : 24 Jun 2006
Sekolah: Tadika Islam Al-Iman, W.P Labuan

Terima Kasih kepada yang sudi vote anak aku...

Isnin, 26 April 2010

Tag cekodok

Salam dan selamat pagi...

Nampak tak pic tu, tau apa bendanya tu? Hah? kodok? Bukan? Oooh... cekodok pisang... betullah tu, nak tau kenapa ada pic cekodok kat sini? Ni ha... aku dah kena tag cekodok CiK aTiN dari blog ... (jom ramai2 terjah blog aTiN, minta cekodok kat dia)

ღcoretan kisah hidupkuღ

Kenapa cekodok dinamakan cekodok? Aku betul2 tak faham. Kodok tu kalau dalam bahasa indonesia, maksudnya katak (betulkan jika aku silap) Tak apalah, yang penting pagi semalam aku dapat cekodok untuk sarapan pagi, terima kasih banyak2 aTiN... sekurang2nya dengan adanya cekodok pisang tu, dapat juga mengalas perutku. Untuk aTiN... jangan lupa, buat selalu... Baiklah, kita teruskan kepada syarat2nya:

Syarat-syaratnya ialah...

  1. Kena letak pic cekodok dengan bau2nya sekali...(tak tau mana hilang baunya)
  2. Sebutkan nama penghantar cokodok tersebut.. (aku dah sebut tadi si aTiN yg hantar)
  3. Bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda. (Sedap)
  4. Kena tag cekodok ni kat 4 blogger lain pada waktu pagi je (ini yg aku tgh buat ni)
Selamat menjamu selera bersama cekodok pisang resepi aTiN...

Ahad, 25 April 2010

Rendah Sangatkah Martabat Masyarakat Labuan Untuk Dihina?

ENTRI INI AKU COPY PASTE DARI BLOG CATATAN PENULIS REMAJA MUSLIMAH MINTA PARA SAHABAT SUDILAH KOMEN SIKIT...

Haa... ni bukan entri bab politik pula ya. Entri ini untuk melahirkan rasa kekesalan aku terhadap manusia yang kurang kesedaran diri dan tanpa segan silu menghina masyarakat Labuan di hadapan anak jati Labuan sendiri.

Petang tadi adik aku cerita kat aku, kat kelas dia adalah seorang guru tu yang mengata orang Labuan. Aku tak taulah cikgu tu ada adab ke tidak, ada disiplin ke tidak... tapi, sikapnya yang mengata orang Labuan tu betul-betul menyakitkan hati. Dia kata orang Labuan ni dan juga orang Sabah, fikirannya cetek. Lepas tu dia cakap orang Labuan tak tau pasal Semenanjung... yang orang Labuan tau cuma Indonesia, Filipina (What the hell?!). Dah tu, dia kata orang Labuan ni entah budaya apa yang diikut dengan style rambut segala macam > contoh: punk.

Hei... aku anak jati Labuan. Jangan la nak bikin malu Labuan, nak kutuk-kutuk Labuan. Dia kata orang Labuan ni cetek pengetahuan, tak tahu pasal Semenanjung Malaysia... Oh... dia ingat orang Semenanjung tu tau sangat pasal Labuan? Sesungguhnya Labuan ni lebih dikenali di luar negara dalam Pelancongan berbanding di Malaysia. Macamlah aku tak pernah terima soalan "Labuan tu di mana?" ketika chatting dengan orang semenanjung. Belum lagi yang mengatakan "oh, Sabah". Labuan ni Wilayah Persekutuan dah... bukan lagi Sabah.

Dia yang mengata orang Labuan tu tak pernah pergi KL ke? Aku ni, taklah pernah round Semenanjung sangat pun. Pernah pergi Kuala Lumpur saja... tu pun waktu Darjah 5 untuk mewakili Labuan dalam Pertandingan Nasyid Ikhtifal Sekolah-sekolah Rendah Agama Islam peringkat Kebangsaan. Jadi, tak adalah meround sangat pun di sana. Tapi, dari apa yang aku tahu, orang sana pun bukannya baik sangat. Entah budaya apa juga yang dorang ikut. Remaja perempuannya, petang Jumaat keluar, pagi Sabtu baru balik rumah. Macam lah aku tak tau masalah moral di sana tu macammana. Jangan nak mengata Labuan saja lah.
Ni lagi dia mengata pasal orang Labuan. Entah-entah yang dikatakannya tu sebenarnya berkaitan dengan orang-orang Philiphine di Ujana Kewangan tu atau di mana-mana ja lah kat Labuan ni. Ya la... mana tau dia tak tau bezakan orang Melayu/Labuan dan warga asing.

Aku sebenar-benarnya tidak suka guru yang bersikap begini. Dahlah mengutuk Labuan, sekaligus mengutuk bangsa sendiri pula. Beginikah moral Guru SMK Mutiara? Atau beginikah sebenarnya moral guru-guru yang berasal dari Semenanjung?

Orang semenanjung jangan tak sedar diri berada di tempat orang. Kau mau tahan lama di sini, jaga mulut kau. Jangan main-main dengan orang Labuan. Kau buat hal lagi, jangan kau menyesal. Sampai 'orang-orang pandai' di Labuan ni dengar, maunya dibuatnya kau, menyesal kau seumur hidup.

Kalau dah guru tu, datang sini untuk mengajar, buat cara mengajar. Bukannya nak mengutuk-ngata orang pula. Apa rendah sangatkah martabat masyarakat Labuan ni kau nak hina..? Orang Semenanjung datang Labuan tau mengaut keuntungan saja. Dorang kena transfer kerja kat Labuan, dapat elaun besar-besar. Orang Labuan kalau kena transfer kerja kat Semenanjung, sama ja elaun kecil. Macam aku tak tau masyarakat Labuan ni bukannya kena pandang sangat pun. Apa guna nama "Wilayah Persekutuan" di Labuan ni sebenarnya? Tetap juga masyarakat kami tak dipandang. Dah lah tak dipandang, dihina pula sedemikian rupa.

Aku mohon sangat kepada pihak yang berkenaan... refleksilah diri tu. Sedar diri sikit. Jangan nak ikut kepala sendiri saja. Aku minta sangat guru yang berkenaan tu minta maaf atas sikapnya. Paling tidak pun, dia minta maaf la kat kelas yang dia cakap segala kata-mengata tentang orang Labuan tu. Budak-budak tu sakit hati bila masyarakat Labuan dihina sedemikian. Kami anak jati Labuan, kelahiran Labuan, bukannya untuk menjadi bahan hinaan masyarakat tanpa akhlak/moral. Jangan sampai kami serta ibu bapa kami buat tunjuk perasaan pula.

Aku siarkan cerita ni, jangan pula orang yang berkenaan tu cari aku dan salahkan aku apa yang aku buat ni. Ini hak aku, hak kami sebagai rakyat Labuan. Andai dengan tanpa segan-silu kamu menghina masyarakat Labuan, kami punya hak untuk menyampaikan kebenaran. Ini cukup baik aku belum tulis nama orang tu sekali. Jangan sampai satu masa nanti aku siarkan pula nama orang-orang yang bersikap sebegini.

Sebagai Islam, berfikirlah dengan cara ISLAM!!!

Khamis, 22 April 2010

8 dan 8 dan 8 dan 8 lagi....

8 dan 8 dan 8 dan 8 lagii....

Aku kena tag lagi.
Kali ini aku di “tag” oleh saudari BUNGA
Aku pun sebenarnya kurang faham pasal tag 8 dan 8 dan 8 lagi ni…
Tak kisahlah… janji aku tunaikan permintaan saudari Bunga yang bersusah payah mencari orang yang nak di “tag” hehehe…
Jom kita tengok arahannya...

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Opss! Foto ni yang kena…
Nak cerita apa ya…?

Ini foto aku bersama anak perempuan aku yang ketiga (anak aku semua perempuan hehehe), Nuratikah Nazurah namanya, sekarang ni dia dalam tingkatan 1. Foto ni diambil semasa aku dan keluarga berkelah di Pantai Pancur Hitam, lepas tu aku edit buat frame… Ok tak?

Lepas tu kena tag 8 blogging friend lagi…. Mudah je tu…

  1. blogging friend 1
  2. blogging friend 2
  3. blogging friend 3
  4. blogging friend 4
  5. blogging friend 5
  6. blogging friend 6
  7. blogging friend 7
  8. blogging friend 8
Jangan marah ya hehehe....

Selasa, 20 April 2010

Hadiah Saguhati Peraduan Menulis Cerpen 2009, PERWILA

Sabtu lepas 18 April, aku pergi RTM Labuan FM, ada jemputan untuk pemyampaian hadiah peraduan menulis cerpen 2009, PERWILA. Aku sebenarnya bertugas sebagai AJK untuk majlis tu...

Sempat ambil gambar lagi tu ooo!!


Tak sangka nama aku tersenarai dapat hadiah, tapi hadiah saguhati je dapatlah RM150.00, anak aku N Athirah dapat penghargaan RM50.00, rezeki anak beranaklah tu.


Aku dapat sijil dan RM150.00


Akhir sekali, aku bergambar sekeluarga

Isnin, 19 April 2010

Keputusan "Norgadis Birthday Contest 1"

Salam semua sahabat. Nampaknya keputusan "Norgadis Birthday Contest 1" telah pun ada... kita tengok hadiahnya dulu, taklah mahal, tapi ikhlas dari aku...
Ini adalah hadiah-hadiahnya

Ini untuk hadiah utama (No. 1)


Ini untuk 2 hadiah saguhati

Cabutan untuk 45 peserta "Norgadis Birthday Contest 1" (anak aku yg tolong cabutkan)


Setelah membuat tiga cabutan petang tadi... inilah keputusannya.

Cabutan pertama

Cabutan kedua

Cabutan ketiga



Dengan itu pemenang hadiah utama ialah...


Pemenang saguhati pertama ialah...


Pemenang saguhati kedua ialah...


Kepada penerima hadiah, sila sms Nama Blog, Nama sebenar, Alamat Dan No.Tel Bimbit>>> ke 013-8511234 atau hantar ke ruangan komen ini, untuk urusan penghantaran hadiah.

Kepada kekawan yang tidak berjaya kali ini, aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama dan sokongan dari kalian semua, insya-Allah contest 2 akan muncul dimasa akan datang.

Ahad, 18 April 2010

Norgadis Birthday Contest 1 Tamat

Salam para sahabat semua,
17 April 2010 (Sabtu), jam 12.00 malam telah pun berlalu semalam, ini bermakna berakhirlah sudah contest pertama yang aku anjurkan.

Kepada sesiapa yang join contest 1, sila semak nama, manalah tau ada yang tercicir... kalau ada yang tercicir namanya tu, cepat beritahu aku ....

  1. http://paklongsifu.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  2. http://cikhayati88.blogspot.com/
  3. http://syairsiparapara.blogspot.com/
  4. http://seribahasa.blogspot.com/
  5. http://putrimahsuri.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  6. http://along-nidar.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  7. http://lepatpisangblog.blogspot.com/
  8. http://mwdah.blogspot.com/
  9. http://qisminaraudhah.blogspot.com/
  10. http://raulbella.blogspot.com/
  11. http://seindahbayu.blogspot.com/
  12. http://inahasan.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  13. http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  14. http://izancute.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1_05.html
  15. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  16. http://taufidris.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  17. http://pangkin4rest.blogspot.com/
  18. http://nurcahayaatikah.blogspot.com/
  19. http://shidah-bukubest.blogspot.com/
  20. http://cicakgirls.blogspot.com/2010/04/httprisyahoneydewblogspotcom201004okaay.html
  21. http://nathirah.blogspot.com/
  22. http://ejanblog.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  23. http://rosilahi.blogspot.com/
  24. http://usharapa.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  25. http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  26. http://tunoor73.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  27. http://ayuayu101.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  28. http://thecolourfulisland.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  29. http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  30. http://ogy2112.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  31. http://ibudamia.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  32. http://blogjuniza.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  33. http://zaikulim.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  34. http://akmamardhiah.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  35. http://zamzura1405.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  36. http://diraummiwalidcontestgiveaway.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  37. http://coretanmayaku.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  38. http://inasepi.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  39. http://arissasoleha.blogspot.com/
  40. http://fasyafrina.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  41. http://miemiey-akucintacontestgiveaway.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  42. http://bungacokelat.blogspot.com/
  43. http://mon2stuff.blogspot.com/2010/04/norgadis-birthday-contest-1.html
  44. http://www.qamarguyz.blogspot.com/
  45. http://khazinatulhumaira.blogspot.com/
Keputusan akan diumumkan kelak setelah cabutan dibuat... Terima kasih.

Jumaat, 16 April 2010

Buku Aturcara

Petang tadi di RTM Labuan FM, aku tiba-tiba diminta membuat buku aturcara majlis untuk penyampaian hadiah peraduan menulis cerpen 2009 yang akan berlangsung pada ahad ini. Esok, buku aturcara ini perlu siap dan dihantar. Aku pun buat secara ringkas je... inilah hasilnya...

Esok 17 April 2010, sabtu akan diadakan Majlis Tahalil di Masjid Tanjung Aru sempena 25 tahun PERWILA. Harap kekawan PERWILA dapatlah hadir ya...


Khamis, 15 April 2010

Nuffnang aku RM0.00

Selalu tengok entri kekawan cerita pasal dah dapat hasil nuffnang. Tentu seronokkan? Apa hal pula dengan aku ni? Emm... aku nak cerita juga sejarah aku bersama nuffnang. Aku mula mendaftar dengan nuffnang ni dalam bulan Januari 2010. Dari 1 blog aku daftarkan, sehinggalah menjadi 8 blog milikku telah aku daftarkan bersama nuffnang...

Bulan mac lepas, aku cubalah menebus hasil nuffnang aku sebanyak RM 120 (kalau tak silap akulah). Entah tanpa ribut, tanpa taufan, tetiba isnin lepas aku tengok nuffnang aku dah RM0.01. Terkejut aku..!!!

Aku tengok pula bahagian pembayaran... Ohoh!! Lagi teruk RM0.00, 1 sen pun tak tinggal.


Aku tengok lagi hasil minggu lepas... sah! RM0.00, apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa tidak ada pemberitahuan... tiada pula nuffnang email sebab-sebabnya, pelik-pelik... Tak taulah aku nak menjawabnya...

Emm... dah bukan rezeki aku agaknya, dari 8 blog yang aku daftarkan dengan nuffnang, sekarang aku dah batalkan pendaftaran 2 blog aku. Labuan Island dan Ruang Niaga Norgadis. Yang lain masih lagi bersama nuffnang, walaubagaimanapun ruangan iklan nuffnang telah aku kurangkan, kecuali laman utama.

Apa pun kepada sahabat blogger yang pernah klik nuffnang untukku, aku ucapkan terima kasih bebanyak, kalian memang bestlah.

Insya-Allah kalau ada masa, nanti aku cerita lagi pasal kerugian RM 3K+ aku sewaktu join klik klik Add Add dapat duit...

Hadiah Dari Online Edition Marketing



Hadiah ini sampai ketangan saya dan anak saya Zafirah petang semalam. Saya dan Zafirah memenangi SMS terpantas yang dianjurkan oleh Online Edition Marketing minggu lepas. Terima kasih Online Edition Marketing sesiapa nak beli baju atau benda2 lain, bolehlah terjah ke blog tersebut. Banyak barangan lain yang menarik kat situ KLIK DISINI

Nak cerita sikit, hadiah ni sampai di Labuan, jumaat lepas, tapi atas sebab bz sangat, baru semalam sempat ambil di pejabat pos laju. (itu pun suami yang tolong ambilkan). Kalau pos laju tu rajin hantar sampai rumah, tentu lajulah sampainya... hehehe...

Rabu, 14 April 2010

Makan bersama AJK PERWILA


11 April yang lepas, kami Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan PERWLA, dikunjungi oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein di Tingkat 1, Bangunan Usia, Hotel Sara, Wilayah Persekutuan Labuan. Pertemuan ini hanyalah pertemuan santai, bertanya khabar dan sembang-sembang biasa.

Setelah acara sembang-sembang selesai, acara merarau (makan tengahari) pula yang diteruskan... ini yang best, makan free...