Selasa, 9 Disember 2014

Happy Birthday Puteri

Selamat Hari Lahir ke 21 tahun kepada anak ibu N.Athirah @ Siti Puteri Rawija, moga jadi anak soleha, tercapai segala cita-cita, selamat dunia dan akhirat aamiin.

Khamis, 4 Disember 2014

Happy Birthday Firah

Selamat Hari Lahir ke 19 tahun kepada anak ibu Nurzafirah Nadirah, moga jadi anak soleha, tercapai segala cita-cita, selamat dunia dan akhirat aamiin.

Isnin, 17 November 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-23 Tahun


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-23 Tahun buat suami tersayang, moga kebahagian yang kita semai bersama akan berkekalan hingga ke syurga.  Aamiin.

Rabu, 24 September 2014

Selamat Hari Lahir Kanda

Selamat Hari Lahir buat kanda, moga terus beriman, berilmu, beramal, membawa sinar kebahagiaan kpd keluarga, sihat selalu, murah rezeki, tercapai cita-cita, sentiasa diberkati dan ditinggikan darjat di sisi Allah swt. Aamiin


Sabtu, 13 September 2014

Anugerah Pencapaian Cemerlang Pembelajaran Anak-Anak Peladang

Kalaulah Nurfatihah Athirah Ada Di Labuan, pasti dia hadir sama huhuhu




Sabtu, 6 September 2014

Kenangan Di Hari Pelancaran Antologi Puisi KEMBALI MH370

Ambil kesempatan bergambar dengan banting pelancaran antologi puisi KEMBALI MH 370

 
Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli

Keletihan mengedit, membuat setting, membuat cover semuanya bagai mimpi setelah pelancarannya berjalan dengan sempurna, alhamdulillah.  Terima kasih Hj Suili Bakar, Hj Othman Mahali, Sahar Misron, Rafidah Mohamad dan Gabriel Kimjuan yang banyak membantu dalam penerbitan Antologi Puisi KEMBALI MH370.

Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua paradian, para sahabat handai dan semua yang menyambut lebaran yang bakal tiba. Dari hati yang ikhlas, kupohon kemaafan zahir bathin jika ada salah silap samada sedar atau tak sedar. Moga amalan kita sama2 diterima Allah swt. Aamiin

Selasa, 24 Jun 2014

Selamat Hari Lahir Nurwathiqah Masturah

Selamat Hari Lahir ke lapan tahun buat anak ibu Nurwathiqah Masturah Abbas, moga jadi anak soleha, pintar, berjaya dunia dan akhirat Aamiin.




Khamis, 12 Jun 2014

Antologi Puisi MH370 Bakal Terbit

Bukan gambar kulit buku sebenar

As salam semua para blogger tersayang, lama rasanya tak melawat blog aku ni, sibuk memanjanglah konon. Tak sibuk buat-buat sibuklah tu hehehe... 

Tiada apa yan nak diceritakan sangat, cuma sekarang PERWILA dalam proses penerbitan Antologi Puisi MH370, itu yang kononnya sibuk tu, alhamdulillah... walaupun tak ramai yang buat kerja dalam penerbitan ini tapi aku memiliki rakan yang banyak membantu.  Terima kasih Dr. Harun, Hj Othman, Hj Suili, Cikgu Sahar, Rafidah dan Gabriel kerana banyak membantu terutama sekali Rafidah yang aku ganggu tak kira siang, malam, pagi, subuh, petang, dia ok saja.  Seronok ada kawan sebaik dia. 

Moga penerbitan ini berjalan dengan lancar aamiin....

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah menjadi pendidik. Amal bakti kalian akan dikenang sepanjang zaman.


DEDIKASI KEPADA GURU

Bilakah kami dapat membalas jasamu
jasa yang begitu tinggi harganya
tidak dapat kami gapai walau ke awan biru
kerana ketinggian ilmu tidak dapat dinilai
walau dengan wang berjuta.

Terimalah ucapan terima kasih
terima kasih untuk segala-galanya
kerana kalian mendidik kami
untuk mengenal erti hidup
menjadi manusia.

Khamis, 3 April 2014

43 Tahun Sudah


Alhamdulillah, 43 tahun sudah usiaku hari ini
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
nyawa untuk terusku bernafas
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
semua anggotaku
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
keluarga dan sahabat yang menyayangiku
Moga dengan tambahnya bilangan usia dan memendekkan waktuku ini
akan menambah kematanganku dalam menjalani kehdupan yang mendatang.
Aamiin.

Hadiah dari suami dan anak-anak.
Terima kasih abang dan semua anak-anak ibu, moga ikatan kasih sayang antara kita akan kukuh hingga ke syurga aamiin.

Isnin, 31 Mac 2014

Happy Birthday Atikah

Selamat hari lahir buat anak ibu Nurcahaya Atikah, moga jadi anak yg soleha, pintar, beriman, berilmu, beramal, matang, tercapai segala cita2, diberkati selalu dan selamat dunia akhirat aamiin.


Makan malam bersama semua anak-anak tersayang.

Rabu, 29 Januari 2014

Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan Bakal Diadakan

Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 bakal diadakan pada 1 Mac 2014 di SMK Labuan WP Labuan.  Sebelum ini bekas pelajar SMK Labuan tahun 1988 telah membuat reunion pada 14 Disember 2013 yang lepas dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan.

 
2 dari 9 surat khabar telah menyiarkan berita reunion bekas pelajar SMK Labuan 1988

Setelah kejayaan mengadakan program reunion yang lepas, pihak AJK program merancang pula mengadakan program Himpunan Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 untuk dimuatkan dalam Malaysia Book Of Record.  Moga apa yang dirancang akan terlaksana.

Aktiviti mencari rekod persekolahan bekas pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988 oleh AJK program

Mesyuarat AJK Pelaksana Program

Sidang Media untuk Program Himpunan  Mega Bekas Pelajar SMK Labuan 1979 ~ 1988.  Sama-samalah kita menjayakan program ini pada 1 Mac 2014

Sabtu, 4 Januari 2014

Jalan-Jalan Keluar Labuan

 D'Olive Hotel Ampang

 Train KL Sentrel

ICity, KL

 Pertama Kompleks

Sogo