Memaparkan catatan dengan label Taman Mutiara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman Mutiara. Papar semua catatan

Ahad, 31 Oktober 2010

Bermalam Di Taman Mutiara

Salam sahabat, dari hari khamis, jumaat dan sabtu aku bermalam di Taman Mutiara rumah kedua akulah kononnya. Dari rumah yang kosong, aku dah bawa keperluan aku terutama laptop untuk keselesaan aku BW hehehe...

Yang kecil tu laptop aku, yang besar laptop pujaan hatiku

Ruang tamu, tiada sofa, cuma meja dan tikar je
(duduk kat lantai mcm jepun)

Walaupun masih demam, tapi Wathiqah masih boleh tersenyum

Katil dan tilam tu bekas tunang belikan "baik hati abang..."

Bagaimana aku nak masak?

Kekasih aku belikan dapur masak untuk aku... yes! aku boleh masak dah...

Periuk nasi tu baru aku rasmikan, aku dapat hadiah dari Avon tahun 2004, dah lama tapi baru digunakan. Pemanas air elektrik tu pula, beli 1 dapat percuma 5 botol air reffel... khamis lepas abang belikan sebelum pergi Taman Mutiara.

Seonok tidur kat sana, macam tinggal tempat lain pula rasanya. Hari ni dah balik rumah lama sebab esok abang dah mula kerja, tengoklah sabtu depan, mungkin aku bermalam disana lagi.

Khamis, 28 Oktober 2010

Aku Di Taman Mutiara

Ini adalah sedikit gambaran di Perumahan Taman Mutiara. Rumah di Taman Mutiara ini sudah kami beli semenjak 1995 tetapi... rumah ini baru 3 tahun lepas dapat diduduki. Kira-kira 12 tahun lamanya kami menunggu untuk berpindah ke sini...

Mula cadangan tu memang nak berpindah ke sini tapi memandangkan sekolah anak-anak jauh dan tiada bas sekolah yang menghantar ke sekolah anak aku tu (anak2 pula tak mau pindah sekolah kat sini) maka... teruslah kami tinggal di rumah lama dan rumah kami ini kami sewakan kepada seorang kawan.
Hari ini 28 October 2010, kawan yang menyewa rumah kami ni berpindah ke Semenanjung (Balik kampung). Jadi aku teringin pula nak merasa tinggal di sini sekali sekala walaupun rumah ni kosong (Nanti aku bawalah dapur masak, tilam bantal untuk keselesaan aku hahaha...)

Rumah aku L10 tingkat 1. L10 adalah lokasi menarik kerana berhampiran taman permainan, dewan dan surau

Ruang tamu yang menghala ke bilik tidur

Ruang tamu yang menghala ke dapur dan pintu keluar

Ruang dapur yang kecil

Bilik tidur (Ada 3 bilik)