Memaparkan catatan dengan label Kawan Mengaji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawan Mengaji. Papar semua catatan

Ahad, 29 Julai 2012

Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan

Setiap bulan ramadhan, majlis bertadarus akan diadakan dimana-mana masjid dan surau, begitu juga dengan Masjid Layang-Layangan Labuan.  Kumpulan pelajar mengaji di masjid tersebut telah mengadakan tadarus Quran waktu pagi bermula 1 ramahadan sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Lebih 40 Orang Pelajar Mengaji Menghadiri Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan Di Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Jika tahun-tahun yang lalu, bertadarus ini akan berlangsung selama 10 hari dan hari ke 11 ramadhan akan diadakan khatman Quran, memandangkan ramai yang hadir, tadarus Quran tahun ini berlangsung hanya 8 hari dan hari ke 9 ramadahan telah diadakan Khataman Quran.

Senyum... dah selesai khataman sempena tadarus Quran.
Setelah majlis selesai, semua yang hadir bertukar-tukar hadiah, maklumlah bualan puasa, tiadalah jamuan makan minum dibuat.

Selesai dah...

Bergambar bersama guru mengaji Ustaz Aziz, terima kasih untuk beliau atas bimbingan selama ini.

Terima kasih kepada semua sahabat mengaji atas hadiah yang banyak ini...

Ahad, 22 Julai 2012

Majlis Khatam Quran Di Masjid Layang-Layangan WP Labuan

Majlis Khatam Quran ini telah berlangsung pada 16 Julai 2012 yang lepas, acara ini adalah acara tahunan bagi merayakan khatam Quran untuk peserta yang belajar mengaji di Masjid Layang-Layangan WP Labuan.
Selain daripada doa yang disampaikan oleh Ustaz Aziz (Guru Mengaji), taklimat kepada peserta juga turut disampaikan oleh Ustaz Tambrin, imam Masjid Layang-Layangan.


 Selepas majlis khatam Quran tamat, semua peserta menjamu selera bersama kuih muih yang dibawa sendiri (penuh 2 meja besar tau)

Gambar kenangan

Bergambar ramai

Sempat lagi bergambar bersama bekas tunang tersayang.... (Jangan marah)

Isnin, 15 Ogos 2011

Tadarus Di Masjid Layang-Layangan

Peserta mengaji di Masjid Layang-Layangan yang dibimbing oleh Ustaz Aziz telah mengadakan majlis bertadarus dari 1 Ramadhan hingga 10 Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Manakala 11 Ramadhan lepas telah diadakan majlis khatam Al-Quran. Alhamdulillah, lebih 30 orang yang turut serta dalam majlis tersebut.



Bergambar ramai setelah selesai khatam Quran...

Jumaat, 16 Julai 2010

Bacaan Yassin Dan Tahlil Di Rumah Kak Ramlah

Assalammualaikum para sahabat blogger yang dikasihi, gambar yang nak aku kongsikan kali ini adalah gambar sewaktu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil di rumah kak Ramlah di kg. layang-Layangan.






Seronok rasanya pabila dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang sama-sama mengaji di Masjid Layang-Layangan. Walaupun aku merupakan orang baru dalam kumpulan ini, namun kehadiranku disambut baik oleh mereka semua.

Isnin, 5 Julai 2010

Majlis Khatam Quran Di Rumah Kak Saimah

Majlis Khatam Al-Quran kali ini diadakan di rumah kak Saimah di Tanjung Aru. Aku sebenarnya amat kagum dengan kesungguhan kak Saimah mengaji Quran kerana beliau terpaksa menaiki dua buah bas untuk sampai ke Masjid Layang-Layangan dimana tempat kami belajar mengaji bersama.


Ustaz Aziz sedang mendengar bacaan kak Saimah



Inilah antara sahabat mengaji yang turut hadir


Nampaknya ada yang dah sakit kaki tu

Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis Khatam Quran Di Rumah Hajjah

Hajjah baru selesai mengkhatam Quran. Beliau telah mengkhatam Quran buat kali yang entah ke berapa, aku pun tak ingat sudah. Majlis khatam Quran ini diadakan di rumah Hajjah dan disaksikan oleh Ustaz Aziz serta Ibu Mertua Ustaz Aziz, mereka berdua inilah yang bertanggungjawab membimbing kami belajar mengaji Quran di Masjid Layang-Layangan WP Labuan.. Kami sebilangan kecil kawan yang sama-sama belajar mengaji Quran juga turut hadir ketika itu.


Setiap hari isnin hingga khamis adalah waktu untuk kami belajar mengaji di Masjid Layang-Layangan, manakala hari jumaat pula adalah Majlis membaca Yassin di rumah-rumah atau Majlis Khatam Quran bagi yang telah khatam bacaannya.

Ustaz Aziz (baju putih), Hajjah (baju purple) dan Mertua ustaz Aziz (baju coklat)


Aku dan Zul kawan aku mengaji di Masjid Layang-Layangan




Bergambar kenangan