Jumaat, 14 Mei 2021

Raya PKP 2021

 Salam Aidilfitri, sehari dihari raya. Alhamdulillah walaupun raya sehari, walaupun tak dapat jumpa anak yang jauh di KL, walaupun tak dapat berkunjung semua sanak keluarga dan rakan-rakan tetapi tetap juga rasa syukur kepada Allah kerana tahun ini dapat berpuasa sebulan dan masih bernafas di bulan Syawal ini. Semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah SWT selalu aamiin.



Selasa, 11 Mei 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Selamat hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.

Tahun ini dan tahun lepas, suasana raya PKP lebih kurang sama saja agaknya ya. Bergembira kita bersama keluarga bagi merayakan kita berpuasa sebulan. Kita perlu bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan kepada yang kurang sihat didoakan semoga segera sembuh.


Kepada yang telah menempah kek, biskut dan lain-lain dengan niat sambut raya, harap janganlah dibatalkan ya, kita sambut raya jugalah. kasihan para peniaga yang telah banyak mengeluarkan modal, malah ada yang berhutang untuk menambah pendapatan.
Kita juga maklum, ramai yang terjejas pendapatan semenjak PKP, usaha berniaga kecil-kecilan adalah untuk menampung keluarga tapi apa boleh buat, keadaan tidak sering menyebelahi kita.
Didoakan semua terus tabah, sentiasa berusaha mengembirakan keluarga, jaga kesihatan, jaga jarak dan banyakkan masa di rumah, semoga kita sentiasa mengingati Allah itu sentiasa ada untuk kita.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Jumaat, 30 April 2021

Rindu Yang Paling Sakit

 Salam Ramadan ke-18. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT aamiin.

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, semalam mama hadir lagi dalam mimpi buat kali keempat. Kalau sebelum ini hanya sekadar melawat ke rumah, menjenguk sekejap di pintu kamar tapi kali ini mama mengajak aku ikut bersamanya ke suatu tempat, semua persiapan pakaianku pun sudah disediakannya.
Aku dengan berat hati mengatakan tak mau berlama-lama jika mengikutnya. Kata mama sekejap saja, lepas itu kita ke tempat lain lagi.
Hatiku masih berat kerana aku terfikir, jika ke tempat lain lagi pasti aku lambat pulang ke rumah.
Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku jam 12.30 malam. Sebenarnya ini bukan kali pertama mama mengajak aku pergi bersamanya semenjak mama meninggal dunia. Aku tak mengerti kenapa aku bermimpi seperti itu.
Semoga arwah mama tenang di tempatnya, semoga diluaskan dan diterangi kuburnya, semoga amal ibadahnya diterima dan semoga doa2ku sampai kepadanya aamiin. Al-Fatihah.


Isnin, 12 April 2021

Salam Ramadan

 Salam Ramadan. InsyaAllah kita akan sama-sama berpuasa esok hari di bulan Ramadan yang mulia.


Saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf atas apa jua kesilapan, kejahilan selama ini kepada sesiapa saja, sama ada pernah berjumpa atau hanya sekadar bertemu di alam maya ini.
Semoga dengan saling bermaafan, kita sama-sama mendapat keberkatan, kesihatan yang baik, reziki yang melimpah dan kemudahan menunaikan ibadah puasa di tahun 2021 ini, aamiin.

Jumaat, 9 April 2021

Citra Yang Tak Pernah Padam

 Assalamualaikum dan salam jumaat. Syukur alhamdulillah buku antologi Citra Yang Tak Pernah Padam ini telah selamat tiba kepangkuan saya. Antologi ini diterbitkan sempena menghargai jasa Akbar New Sabah Times (NST) yang cukup bermakna bagi para penulisnya.


Tuan Emin Madi bukanlah orang baru, beliau telah lama berada dan merasa jatuh bangunnya akbar NST. Jasanya amat besar bagi saya. Saya pernah menghadiri Bengkel Kewartawanan bimbingan beliau. Satu ketika dulu saya juga pernah menulis berita untuk NST sebagi wartawan sambilan. Puisi dan cerpen saya juga turut tersiar dalam akbar NST.

Tahniah Gabriel Kimjuan selaku penyelenggara. Terima kasih kepada NARANGKAI Publication dan semua yang berusaha menjayakan penerbitan buku ini.
Akhir sekali terima kasih New Sabah Times, terhentinya ini pasti memberi kesan mendalam bagi kami sebagai penulis.

Rabu, 7 April 2021

Sekuntum Bunga Awan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, buku Antologi SEKUNTUM BUNGA AWAN terbitan GAPENA telah selamat saya terima.

 Terima kasih GAPENA kerana memilih karya kecil saya untuk buku antologi ini, terima kasih juga kepada Gabriel Kimjuan kerana sudi menguruskan penghantaran buku ini untuk semua penulis Labuan yang karyanya terpilih.
Tahniah kepada 84 penulis yang telah menghasilkan 131 buah puisi sebagai penyeri buku ini. Tahniah juga kepada semua jawatankuasa GAPENA atas usaha menerbitkan antologi puisi yang bermakna.

Sabtu, 3 April 2021

Ulangtahun Kelahiran Norgadis Dan Atikah

 Syukur kepada Allah swt kerana masih meminjamkan sebuah kehidupan di hari Ulangtahun Kelahiran ke-50 ini. Sambutan sederhana ini dirayakan bersama anak ke-3 Nurcahaya Atikah yang mana beza 3 hari tarikh kelahirannya.






Terima kasih babah Mohd Ali Gandul atas kasih sayang dari kecil hingga sekarang. Terima kasih kanda Abbas Mahmud kerana sentiasa bersama susah dan senang. Terima kasih kepada anak-anak ibu yang tolong masak dan membuat persiapan ini dan selalu membuat ibu bangga. Terima kasih kepada semua yang memberikan hadiah dan memberi ucapan atas ingatan. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah dunia akhirat aamiin.

Rabu, 31 Mac 2021

Selamat Hari Lahir Atikah


 Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak ibu Nurcahaya Atikah, semoga dimurahkan rezeki, berilmu beramal, diteguhkan iman, diberi ketabahan, ceria, sabar, bahagia dan diberkati serta dirahmati Allah swt selalu aamiin.

Ahad, 28 Mac 2021

Selamat Hari Lahir Aiman


 Selamat Ulangtahun Kelahiran anak ibu Khairul Millinium Aiman. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu selalu aamiin

Isnin, 8 Mac 2021

Selamat Hari Wanita Sedunia

 


Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua yang bergelar wanita, semoga kehidupan kita akan lebih baik dari sebelumnya dan semoga diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran serta sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Aamiin

Khamis, 11 Februari 2021

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina


 Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh keturunan Teo Kim Chin dan rakan-rakan serta semua yang merayakannya. Semoga tahun ini diberi kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan. Gong Xi Fa Cai.

Gambar kenangan CNY dua tahun lalu bersama keluarga, walaupun CNY kali ini tak semeriah dahulu, tapi kita berharap semoga di hari mendatang, sinar kebahagiaan akan terus bersama kita semua aamiin.

Sabtu, 6 Februari 2021

Selamat Hari Lahir Syakirin

 Selamat ulangtahun kelahiran cucu nenda MH Syakirin, semoga jadi anak yang pintar, soleh, beriman, berimu, beramal, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt selalu aamiin.

Sayang cucu nenda

 

Pagi tadi saya, Ketua Satu Dr Harun Hardin Pudin dan Sani La Bise menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA ke-49 secara maya mewakili PERWILA .


Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.

Terima kasih dan tahniah kepada GAPENA serta tenaga kerjanya atas kejayaan ini.

Isnin, 1 Februari 2021

SUARA DARI SUATU MUSIM

 Selamat Hari Wilayah.

Alhamdulillah selamat sampai Antologi Puisi SUARA DARI SUATU MUSIM yang menyelitkan karya kecil saya di dalamnya yang berjudul Kemerdekaan Itu Mahal.



Terima kasih dan tahniah kepada abang Yatim Ahmad , Norlizah Mohd Yassin , Hj Nizam Abd Jalil, Liza Isma serta semua yang menjayakan antologi ini.

Rabu, 20 Januari 2021

Pintu Kebohongan

 Assalamualaikum,

semoga hari-hari kita sentiasa dirahmati Allah swt aamiin.



 

Rabu, 23 Disember 2020

TANJAK BAHASA

 Syukur kepada Allah. Sajak saya tersenarai di dalam buku TANJAK BAHASA, Antologi Puisi sempena 50 tahun GAPENA, yang diselenggarakan oleh Datuk Jasni Matlani dan Tuan Zainal Abidin Suhaili.

Terima kasih GAPENA dan tahniah kepada semua penulis.

Rabu, 22 April 2020

MAAFKAN AKU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Sepanjang PKP dan hari ini PKP ke-36, ramai yang terkesan bertapa kehidupan kita sedikit berubah dari kebiasannya. Kepada yang mendapat bantuan tu belajarlah bersyukur tanpa banyak mempertikai sumbangan yang diberikan. Kepada yang terjejas dan kesempitan, mohonlah bantuan. Saya sebagai surirumah bukan tak terjejas tetapi selagi ada beras untuk dimasak, insyaAllah berusaha tidak meminta... (kalau diberi, itu bererti sudah rezeki dan jangan ditolak).

PKP sebenarnya mengajar kita erti kesabaran, di dalamnya tersimpan sebuah cinta yang amat besar maknanya. Cinta kepada Allah swt, cinta kepada maha pencipta. Saat kita merasa lemas, takut, gusar, resah dan tak bermaya, saat itulah kita teringat Allah.

Kita menangis-nangis, merayu-rayu kepada Allah memohon perlindungan-Nya kerana kita yakin hanya Allah yang mampu menyelamatkan dan mematikan kita semua.
Kurangkanlah atau hentikanlah mencaci mencela, mengutuk dan mencari kesalahan orang lain di saat covid-19 ini melanda, tanya diri sendiri, di mana silap kita dan sentiasalah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima selama ini.

Hargailah petugas barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan terpaksa meninggalkan keluarga demi kita semua. Bantulah mereka, kita duduklah di rumah (kalau penat duduk, berdirilah, atau baring atau berjalan dari ruang tamu ke dapur)
Semoga dengan kesepakatan ini kita dan Malaysia akan selamat dari Covid-19 insya-Allah dan jika sudah sampai ajal, semoga kita mati dalam khusnul khotimah aamiin.

Akhir sekali, saya mohon ampun dan maaf segala salah silap saya kepada semua yang mengenali saya, samada saya kenal atau sebaliknya, semoga kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah swt Aamiin Ya Robbal Alamin. Wassalam .
Tulus dari Norgadis Labuan
22 April 2020

HARAP TIGA KES COVID-19 SEGERA PULIH


Harap tiga kes Covid-19 segera pulih, Labuan boleh diisytihar zon hijau.

LABUAN – Zon kecil 1 dan 2 pulau ini merangkumi 70 peratus daripada jumlah kampung dan kawasan perumahan diisytihar zon hijau Covid-19.

Zon kecil 1 di pusat bandar terdiri daripada kampung-kampung air seperti Kampung Patau-Patau 1 dan 2, Kampung Gersik/Saguking, Kampung Batu Arang, Kampung Sungai Keling, Jalan OKK Abdullah, Jalan Tun Mustapha dan Kampung Rancha-Rancha menjadi zon hijau selepas enam kes aktif di sana telah pulih.

Tiga kes aktif di kawasan zon kecil 2 juga sudah pulih di mana merangkumi kawasan perumahan di Jalan Bukit Timbalai (Taman Mahkota Impian), Kampung Sungai Miri, Kampung Sungai Buton, Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Labu, Kampung Kilan/Pulau Akar, Kampung Layang-Layangan, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai Bangat, Kampung Belukot dan Kampung Bukit Kalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, kawasan zon kecil 3 pula kekal sebagai zon kuning kerana masih ada tiga kes aktif yang sedang dirawat.

Menurutnya, zon kecil 3 tertumpu di Kampung Bukit Kuda, Kampung Pantai, Kerupang/Nagalang, Kampung Lajau, Kampung Tanjung Aru, Kampung Batu Manikar, Kampung Ganggarak/Merinding, Kampung Lubok Temiang dan Kampung Pohon Batu.

“Kami harap ketiga-tiga pesakit dari zon kecil 3 akan sembuh dan Labuan akan diisytiharkan sebagai kawasan hijau Covid-19 bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mingguan mengenai Covid-19 di sini hari ini.
Beliau berkata, Labuan merekodkan 16 kes kumulatif dengan 13 pesakit dibenarkan pulang sejak 10 April lepas.

Katanya, jumlah pesakit dalam siasatan (PUI) yang dikuarantin di Hospital Labuan setakat semalam adalah 15 orang manakala 149 individu dalam pemerhatian (PUS) menjalani kuarantin sendiri di rumah.

“Terdapat 78 PUS di pusat kuarantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan 50 orang di Pusat Giat Mara,” katanya.

Katanya, seramai 522 pekerja dalam sektor berkaitan minyak dan gas, kebanyakannya dari luar Labuan dikuarantin di hotel masing-masing.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang tidak bekerja dalam perkhidmatan perlu supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – WILAYAHKU

Khairul Idin April 22, 2020 12:09 am

Sumber WILAYAHKU

Selasa, 21 April 2020

HARI KE-35 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-35 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin



#LawanCovid19 #DudukDRumah #DoaUtkLabuan #DoaUtkKualaLumpur #DoaUtkMalaysia

Isnin, 20 April 2020

HARI KE-34 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Hari ke-34 PKP. Semoga Allah segera tarik balik Covid-19 ini, Aamiin

Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 21 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,482 kes dengan 61.09% telah sembuh bersamaan 3,349 pesakit dan 1.68% atau 92 kematian.


#Lawan Covid19
#DudukDRumah
#DoaUtkLabuan
#DoaUtkKualaLumpur
#DoaUtkMalaysia