Selasa, 24 Mac 2020

AKTIVITI HARI TUJUH PKP

Salam para blogger semua,  aku kongsi gambar biji benih sawi yang aku tabur di hari pertama PKP.  Sebenarnya sawi ini telah tumbuh pada hari ke-dua tapi gambar ini diambil dihari ke-7, kehijauannya sudah kelihatan.

Anak-anak sawi, moga bermanfaat

Bawang yang ditanam pun sudah melihatkan daunnya walaupun belum semua mengeluarkan pucuknya

Apa yang aku lakukan ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa tekanan yang kita hadapi saat merebaknya wabak Covid-19 yang setiap hari semakin bertambah pesakit untuk dirawat. Tipulah kalau aku tidak menitiskan air mata kala melihat jumlah yang semakin ramai dijangkiti walaupun ada kesembuhan kita lihat. Anak, menantu dan cucu-cucu aku yang berada di KL itu, kutitipkan kepada Allah swt untuk menjaga mereka walaupun di sudut hatiku, aku ingin mereka bersamaku di sini.
Sama-samalah kita berdoa moga wabak ini Allah tarik segera, aamiin ya rabbal alamin.
#StayAtHome
#FightCovid19
#Pray4Labuan
#Pray4KualaLumpur
#Pray4Malaysia

0 ulasan: