Untuk hari pertama ini, aku mulakan aktiviti menabur biji benih sawi, moga adalah hasilnya untuk digulai.
Biji sawi sudah ditabur
Bawang pun ada, susah benar nak dapat bawang merah, ini pun sekilo RM17.00
Sebagai surirumah sepenuh masa semenjak 20 lebih tahun ni, PKP selama 14 hari tu taklah jadi masalah sangat, cuma kalau tiada keperluan dapur, hah! Terpaksalah keluar membeli apa yang patut kan kan kan... Kepada yang tak biasa duduk rumah lama-lama tu, buatlah aktiviti bersama keluarga, sapu rumah, mop lantai, lap cermin, cuci kain, cuci tandas, lipat baju, sterika baju, main masak-masak, tengok movie, main game, main dam, main congkak dan banyak lagi.
Inilah peluang berkumpul bersama keluarga, solat berjemaah di rumah, makan semeja, bertanya masalah anak, mendengar luahan hati mereka yang selama ini mungkin tak sempat nak dengar kerana sibuk bekerja.
Kurangkanlah pegerakan demi keselamatan kita semua dan demi perjuangan barisan hadapan yang bertarung nyawa menghadapi Covid-19 ini. Berdoalah moga wabak ini Allah tarik segera, aamiin ya rabbal alamin.
#StayAtHome
#FightCovid19
#Pray4Labuan
#Pray4Labuan
#Pray4KualaLumpur
#Pray4Malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan