Kebelakangan ini aku nampaknya kurang berblog walaupun dihatiku rindu blogwalking seperti dulu. Satu ketika dulu, aku suka bertukar-tukar banner blog, buat kontes, kirim award follower, suka menjawab tag dari kawan blogger dan banyak lagi.
Tahun 2011 aku telah dilantik menjadi setiausaha PERWILA, sebenarnya aku kurang minat jadi setiausaha ni tapi setelah rakan PERWILA memberi kepercayaan kepadaku, aku usahakan juga mana yang mampu. Kalau ada yang pernah terbaca entri aku "Kenapa Aku Yang Terpilih" di sana ada menceritakan yang aku dilantik menjadi setiausaha sewaktu aku berada di lapangan terbang menunggu kepulangan suami.
Bukan nama yang kucari
Bukan jawatan yang kuingini
Hanya sekadar ingin berbakti
Agar Perwila tak akan mati.
Tahun pertama menjadi setiausaha, aku masih aktif berblog tapi selepas itu kekerapan berblog aku menurun, blogwalking aku juga jarang-jarang. Namun kerinduan aku berblog tetap ada. Aku sibuk dengan tugas-tugas baru bersama PERWILA.
Tahun ini PERWILA bersama GAPENA dengan kerjasama badan-badan lain dijangka akan menganjurkan Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 yang bakal menjemput peserta dialog dari Indonesia, Brunei, Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Huhuhu.... semakin sibuklah aku...
Sebenarnya tahun ini juga akan diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan untuk PERWILA, memandangkan aku sudah menyuarakan untuk mengundur diri dari jawatan setiausaha ini, semua AJK sebulat suara memohon agar mesyuarat ditangguh ke bulan Julai/Ogos setelah Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 selesai kerana mereka takut aku melepaskan jawatanku sebagai setiausaha dalam program tersebut. Alahai... Sekiranya aku bukan setiausaha PERWILA lagi tapi tugas aku sebagai setiausaha Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 pasti aku jalankan juga huhuhu...
8 ulasan:
selamat ngoblog kembali
@Megi Tristisan.
Terima kasih... moga ada masa terluang untuk terus berblog.
selamat nge blog lagi yoa,,,welcome back
@Obat Herbal Torch.
Terima kasih. Moga ada waktu nge blog lagi.
Assalamualaikum...
tahniah atas perlantikan sebgai S/U Perwila
salam..
selamat kembali menulis..
apa pun utamakan yang penting
dahulu :)
@blog usang.
Wa'alaikum salam,
Terima kasih. Pelantikan ini dilakukan tahun 2011 utk setiausaha 2011-2013, tahun ini In Shaa Allah akan diadakan pelantikan baru setelah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
@Zulkbo zulkboCom
Salam kembali dan terima kasih.
Dalam kehidupan berkeluarga, keluarga lebih penting dari kerja2 lain, namun begitu, berblog ini kadang kala boleh mengisi masa lapang dari berlalu begitu saja.
Catat Ulasan