Petang tadi aku bersembang dengan bekas tunang aku @ suami aku menggunakan webcam. Maklumlah bekas tunang aku tu sekarang berkursus di Multimedia College Kuala Lumpur (Kolej Latihan Telekom), cara untuk melepaskan rindu adalah melayari webcam yang membolehkan aku memandang wajahnya dan dia memandang wajahku hehehe...
Katanya selepas kelas tadi dalam jam empat lebih, hujan dah mula turun dan masing-masing bergegas ke bilik kerana takut terkena hujan lebat pula, tapi tak disangka sejam selepas itu banjir dah melanda disekitar kolej tersebut. Sempatlah aku ambil gambar ni melalui webcam semasa perbualan dengan buah hati aku tu...
14 ulasan:
waaaaahhhh, tingginya banjir...
Salam Budak Botak.
Mudah-mudahan cepat surut...
salam...
fuhhh dasat banjir tu....
Salam kembali pak long.
Malam ni dah surut...
hi..boleh tau sana banjir teruk lagi ke?
Buat Tanpa Nama.
Sekarang banjir dah surut dah...
teruk kan hujan kejap je banjir....
ini yang dinamakan banjir kilat nih...
penah dengar,kawasan banjir tempat pertemuan jodoh.haha
Salam Nik.
Betullah, baru sejam hujan dah banjir, mungkin tempat tu rendah agaknya.
Salam ghost writer.
Banjir kilat? Masa tu tak ada kilat pun, cuma ada hujan hehehe... banjir hujan lah tu...
Kawasan banjir bertemu jodoh, mungkin itu yang dikatakan "kena tangkap basah" dah banjir... memang basahlah, lepas tu ditangkap pula oleh cinta pandang pertama hahaha....
wah...banjir-banjir (teringat kenangan masa belajar dulu kat johor dulu)..hehehe..
saya follow blog ni, jemput follow saya juga(^_^)
Salam hardy boy.
Terima kasih sudi follow blog saya, nanti saya follow balik...
tinggi gak yer banjir kali ni.. coz dulu takat bilik warden asrama je.. ni sampai opis admin pun masuk air n nyaris 3 org hanyut dibwk air...
Buat Tanpa Nama.
Memang tinggi banjir kali ini, banyak juga kereta yang rosak akibat banjir tu, kasihan dorang tu...
Catat Ulasan