Jumaat, 6 November 2009

Menghadiri Jemputan Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara 2009

Pagi tadi saya menghadiri jemputan Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara 2009 yang bertempat di Dewan Majlis Perbadanan Labuan W.P. Labuan.

(Persembahan Bacaan Puisi Arab serta Tafsirnya Dan Persembahan Nasyid SMK Mutiara)

(Nurfatihah Athirah merupakan satu-satunya pelajar tingkatan empat yang menerima anugerah ponteng sifar bagi tahun 2009)

(Saya bergambar bersama Cikgu Amiah Bua yang merupakan kawan sekolah satu ketika dulu)
(Adik Samsiah mengambil kesempatan bergambar dengan guru kesayangan Ustazah Rashidah)

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menyampaikan penghargaan:
  • Anugerah Akademik
  • Anugerah Hal Ehwal Murid
  • Anugerah Kokurikulum
  • Anugerah Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Anugerah Khas



(Kumpulan Koir SMK Mutiara yang setia menunggu giliran untuk membuat persembahan mereka)

Majlis dirasmikan oleh En. Omar Baki Bin Matusin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran, W.P. Labuan. Majlis yang berakhir kira-kira jam 11.35 pagi itu diakhiri dengan jamuan makan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Mutiara W.P. Labuan, Puan Hjh. Zamzam Binti Hj. Abdul Rashid, guru-guru serta kerabat SMK Mutiara W.P. Labuan, yang telah berjaya menyempurnakan majlis tersebut.

0 ulasan: