Sabtu, 1 Ogos 2009

Menghadiri Majlis Konvokesyen SRU 2008



Pagi tadi saya dan keluarga menghadiri jemputan Majlis Konvokesyen SRU 2008 Kali-6 tahun 2009. Anak ketiga saya Nuratikah Nazurah Binti Abbas yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Ugama pada tahun ini, juga telah berjaya mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil Rendah Ugama pada tahun lepas.




Oleh kerana Nuratikah Nazurah mendapat keputusan cemerlang pada tahun 2007 sewaktu dalam darjah 4, beliau telah dilompatkan terus ke darjah 6 pada tahun berikutnya iaitu tahun 2008 tanpa menduduki darjah 5 pada tahun tersebut.



(Nuratikah Nazurah bersama sahabatnya Siti Aishazaniza yang sama-sama berjaya mengekalkan pangkat 1)

Alhamdulillah... walaupun tidak menduduki darjah 5, Nuratikah Nazurah masih boleh mengekalkan keputusan pangkat 1 yang diperolehinya sewaktu darjah 4.
Kepada semua Ustazah dan Ustaz SRAI Nurul Falah Bukit Kalam, samada yang masih mengajar di sana atau yang telah berpindah, saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atau bimbingan kalian sehingga membuahkan kejayaan yang amat berharga kepada anak saya Nuratikah Nazurah Binti Abbas. Pengorbanan kalian semua amatlah kami hargai.

0 ulasan: