Selasa, 9 November 2010

Majlis Konvokesyen Tadika-Tadika Islam MAIWP, 2010

Anak aku Nurwathiqah Masturah dan aku suami isteri mendapat jemputan Majlis Konvokesyen Tadika2 Islam MAIWP peringkat WP Labuan di Dewan SRJK (C) Chi Wen, WP Labuan pada 9 November 2010 bersamaan 2 Zulhijjah 1431H. Di WP Labuan, terdapat 4 buah tadika islam iaitu:
  1. Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan
  2. Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru
  3. Tadika Islam Membedai
  4. Tadika Islam Nurul Iman

Kad jemputan pun lumayan...

Bacaan ayat suci Al-Quran dari salah seorang anak didik Tadika Islam WP Labuan membuat aku terharu.

Persembahan Nasyid

Aku hadir memberi sokongan

Nurwathiqah Masturah bersama hadiah kehadiran. Wathiqah yang berusia 4 tahun ni, masih menyambung sekolahnya di Tadika Islam Al-Iman, Layang-Layangan selama 2 tahun lagi sebelum masuk ke sekolah rendah.

Cerianya anak2 comel ni...

Ada 2 orang anak saudara aku Balqis dan Afzah yang akan menamatkan persekolahan mereka di Tadika Islam ini.

Bergambar ramai...

6 ulasan:

Fairuz Zainal berkata...

heheh.. bestnye..ingat zmn kecik2 dulu :)

Norgadis berkata...

Salam fairuz.
Ingat zaman tadika dulu ya... Akak ni tak pernah masuk tadika huhuhu....

a.samad jaafar berkata...

terlalu hebat bagi sebuah majlis peringkat Tadika.. tentu akademiknya pun bagus kan..

Norgadis berkata...

Salam a.samad jaafar.
Tadika Islam ini memperkenalkan pendidikkan awal utk anak2 tentang agama islam spt doa2, bacaan Al-Quran, solat, kisah2 nabi dan sebagainya.

tehr berkata...

acara eriah setiap hujung tahun
satu kampung meriah

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Acara spt ini memang diadakan setiap hujung tahun, kemeriahannya tetap terasa...