Majlis Perlimau Tapak/Seni telah berlangsung semalam jumaat 5 November 2010, di SM Sains Labuan, manakala Majlis Penyampaian Bengkong Silat Gayong telah diadakan pagi tadi di SMK Mutiara WP Labuan. Jom kita layan gambar2 ini...
Sempat pula kedua-dua anak aku ini diminta untuk membaca puisi
Anak sulong aku Nurfatihah Athirah (17) menerima sijil dan bengkong merah
Anak kedua aku Nurzafirah Nadirah (15) juga menerima sijil dan bengkong merah
Anak ketiga aku Nuratikah Nazurah (13) menerima bengkong putih
Hanya 2 orang pesilat wanita dari SMK Mutiara yang mendapat bengkong merah. Selain daripada mereka berdua ini, ada seorang lagi anak aku yang iaitu Nuratikah Nazurah (13) anak aku yang ketiga telah mendapat bengong putih hari ini. Nuratikah Nazurah merupakan pelajar yang baru masuk silat Gayong pada awal tahun 2010.
Persembahan silat yang menggunakan senjata pisau
Bersedia...
Ini dua-dua anak aku
Bergambar ramai
Anak-anak aku bergambar dengan Guru Silat Gayong Tuan Haji Amin Hamzah. Dari kiri Nuratikah Nazurah (13), Nurfatihah Athirah (17), Tuan Haji Amin Hamzah dan Nurzafirah Nadirah (15)
Akhir sekali, kami bergambar sekeluarga, cuma abang yang tidak bersama kerana bertugas.
16 ulasan:
bekong merah ni pe mksud die kak,huhu
Salam Yanie J.
Bengkong merah tu maksudnya tali pinggang merah.
Tari Tualang Tiga
Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi
Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa, oh sepanjang masa
Langkah serentak ala sajak, sama bergerak
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
[tahniah untuk ketiga-tiga pendekar puteri]
Salam tehr.
Terima kasih atas segalanya...
kagum. best tu. mg ilmu yg dorang ada digunakan sebaiknya :)
Salam /Dayah//Nurul/.
Sebagai seorang ibu, saya memang berharap ilmu yang mereka perolehi digunakan dengan cara yang betul.
salam sobat
kalau tali pinggang merah,berarti sudah tinggi tingkatannya ya?
trims kunjungannya dan follownya,
saya sudah follow juga.
salam hangat dari S.A
Salam NURA.
kalau tali pinggang merah tu boleh dah jadi pembantu jurulatih.
Terima kasih sudi follow, moga sobat mendapat berkah darinya selalu.
thniah hebat anak2 noor, budak2 patut diberi ilmu pertahankan diri..
salam S..U..D..@..I..S.
Saya cuma memberi galakan bidang yang disukai oleh anak2. saya pun suka silat ni hehehe...
thniah pd yg naik bgkong ;-)
Salam faizzach.
Sebagai ibu, saya ucapkan terima kasih kepada Faizzach.
saya tk prnh join mna2 prstuan seni pthnkn diri.. tp suka tgk diaorg training la.. sbb skolh saya dlu ada silat gayung, lincah n cekak
Salam faizzach.
Pelik bunyinya, suka tengok tapi tak pula menyertainya. Klu ikut serta lebih seronok lagi dibanding hanya sekadar melihat.
Tahniah ya..anak puan telah tamat pengajian silat...
Salam Abu Luqman.
Terima kasih... atas kesungguhan dorang belatih, akhirnya dapat juga naik peringkat.
Catat Ulasan