Sabtu, 13 November 2010

Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan

Sabtu 13 November 2010, jam 8.00 pagi aku dan suami menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan di Dewan Perbadanan Labuan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
Alhamdulillah, ketiga-tiga anak aku yang bersekolah SMK Mutiara Labuan terpilih untuk menerima anugerah motivasi pada pagi itu.

Nurfatihah Athirah dari tingkatan 5 HBS

Nurzafirah Nadirah dari tingkatan 3 CST

Nuratikah Nazurah dari tingkatan 1 HBS, (Terbaik Mata Pelajaran Matematik)

Persembahan Silat Menyambut Ketibaan Ahli Parlimen WP Labuan

Majlis dirasmikan oleh YB. Kol (K) Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen WP Labuan yang turut memberi sumbangan cek bernilai RM 5,000.00 kepada Puan Hajjah Zam-Zam Binti Hj. Abdul Rashid (Pengetua) untuk kegunaan SMK Mutiara Labuan.

4 ulasan:

tehr berkata...

tahniah lagi untuk serikandi
selamat hari raya qurban

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
terima kasih dan selamat hari raya qurban juga untuk tehr sekeluarga.

BUNGA berkata...

tahniah kak nor...
p/s: anak2 kak nor semua ikut muka emaknya :)

Norgadis Labuan berkata...

Salam BUNGA.
Terima kasih...
anak ibu... ikut muka ibu hahaha...