Salam sahabat, dari hari khamis, jumaat dan sabtu aku bermalam di Taman Mutiara rumah kedua akulah kononnya. Dari rumah yang kosong, aku dah bawa keperluan aku terutama laptop untuk keselesaan aku BW hehehe...
Yang kecil tu laptop aku, yang besar laptop pujaan hatiku
Ruang tamu, tiada sofa, cuma meja dan tikar je
(duduk kat lantai mcm jepun)
Walaupun masih demam, tapi Wathiqah masih boleh tersenyum
Katil dan tilam tu bekas tunang belikan "baik hati abang..."
Bagaimana aku nak masak?
Kekasih aku belikan dapur masak untuk aku... yes! aku boleh masak dah...
Periuk nasi tu baru aku rasmikan, aku dapat hadiah dari Avon tahun 2004, dah lama tapi baru digunakan. Pemanas air elektrik tu pula, beli 1 dapat percuma 5 botol air reffel... khamis lepas abang belikan sebelum pergi Taman Mutiara.
Seonok tidur kat sana, macam tinggal tempat lain pula rasanya. Hari ni dah balik rumah lama sebab esok abang dah mula kerja, tengoklah sabtu depan, mungkin aku bermalam disana lagi.
10 ulasan:
satu peti sejuk dan satu lagi mesin basuh
lengkap sebagai rumah hujung minggu
memang seronok
Salam tehr.
Kalau nak beli mesin basuh dan peti sejuk sekali, memang seronok... tapi agak2 pening kepala bekas tunang banyak keluar duit hahaha...
cik abang ke akak yg buat trade tu?? hahaha... kantoi dah ngan gomokpendek. masyukkk x?
aku tak penah tinggalkan lappy aku..ku usung ke mana sahaja aku pegi.tolak gi main bola,toilet,bathroom.
laptop saya ibarat nyawa.ke mana2 sy angkut..kecuali ke tandas.ngeh3..
Salam g0m0k9enDek.
Agak-agak siapalah yang buat trade tu ya? Hahaha...
Salam si biskut.
Hahaha... lappy kesayanganlah tu ya...
Salam Dr Love.
Kalau ke tandas pun bawa laptop, alamatnya tak lama lagi meninggallah laptop tu... hehehe...
akak ker?? meh share2 lah ilmu tu......... hahahaha.. sian kat gomokpendek yg duk merenung depan laptop x dapat per niiihhh.. hahaha..
Salam g0m0k9enDek.
sebenarnya abang yang buat trade tu, dulu saya buat juga, pernah berjaya, pernah juga gagal.
Catat Ulasan