Sabtu, 2 Oktober 2010

Peringatan Dari Nuffnang


Salam sejahtera Nuffnanger,
Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.

Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.
Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:

- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang.

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

Bahan Dari http://www.zilhan.com/

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blog u kena maleware from this website www.bokehphotostudio.com...ni ayat dia yg i dpt dr your webs- The website at norgadis.blogspot.com contains elements from the site www.bokehphotostudio.com, which appears to host malware – software that can hurt your computer or otherwise operate without your consent. Just visiting a site that contains malware can infect your computer.-

Norgadis Labuan berkata...

Kepada Tanpa Nama.
Saya juga dpt tau blog saya ini kena malware dari www.bokehphotostudio.com, tapi saya tak letak pun link seperti itu dalam blog saya.

kikilalahsite x) berkata...

saya pun ada dapat email nie . semua ke dapat :)

Tanpa Nama berkata...

maleware tak semestinya dtg dr blog kita.Tp dia boleh dtg melalui link2 dari website lain yg kita pamerkan di blog kita sendiri, sama ada melalui blog list di blog kita or award yang kita display kan di blog kita.Kena try cek 1 per 1.Hope anda tidak berputus asa untuk berblog dan mencari solution untuk blog anda.

Norgadis Labuan berkata...

Salam kikilalahsite x).
Entri ini saya copy dari blog lain dan bukan dari emal saya.

Norgadis Labuan berkata...

Kepada Tanpa Nama.
Terima kasih atas pandangan dan pendapat anda, saya akan terus berusaha memeriksa punca malware yang menyerang blog saya ini.

Zaer!! berkata...

Yuhuu! amek sebijik dalam email yea.yeah! soy-no to Fraud click!hehe

Norgadis Labuan berkata...

Hai Zaer!!
Yes Yes yes... Say No To Fraud click

azhar berkata...

kalau kita jujur takde aper yg perlu ditakutkan...

Norgadis Labuan berkata...

Salam azhar.
Betul... Kejujuran itu penting utk segalanya...

tehr berkata...

email seperti ini diterima oleh saya juga - macam2 kaedah mereka ni ya

cuba guna google webmaster tool untuk kesan malware

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Yang baik kita terima, yang tak elok kita tinggalkan, betul tak?

emm... nanti saya cuba...