Selasa, 26 Oktober 2010

Wathiqah Demam

Sejak semalam panas badan Wathiqah tak turun-turun, akhirnya pagi tadi aku dan abang bawa Wathiqah ke klinik untuk rawatan. Kata doktor, panas badan Wathiqah 38 c, nampaknya kena berehatlah anak aku tu, seperti kata Wathiwah pagi tadi... "Wathiqah demamlah, tak boleh sekolah, sakit kaki, sakit tangan lagi..." biasalah tu, walaupun demam, tapi mulut masih banyak cakap.

Doktor bagi ubat batuk, demam dan vitamin

Jom layan sesi Wathiqah makan ubat...
Mula-mula makan ubat (selepas makan mee seperti yang diminta)

Lepas tu minum air (kata Wathiqah ubat tu tak sedap)

Yes!! Dah berjaya makan ketiga-tiga ubat (macam tak demam je)

Akhir sekali dia dah terlena ...

Dapat surat cuti sehari je... mudah-mudahan cepat sembuh...

12 ulasan:

HaNTwO berkata...

moga wathiqah cepat sembuh :)

Hali3isa a.k.a L3ha : SSA berkata...

Mooga wathiqah cepat sembuh dan kembali ke sekolah! heheheh :)

kak Erna berkata...

sian wathiqah demam..semoga cepat sembuh..
wathiqah senang makan ubat ye..boleh makan sendiri aje..tak perlu paksa..bagus wathiqah..

Norgadis Labuan berkata...

Salam HaNTwO.
Saya pun berharap agar Wathiqah cepat sembuh...

Norgadis Labuan berkata...

Salam Hali3isa.
Ya... modah-mudahan Wathiqah cempat sembuh. Surat cuti pun sehari je tu, esok kalau dah sihat bolehlah sekolah...

Norgadis Labuan berkata...

Salam kak Erna.
Hehehe... Dah sekolah tadika ni, boleh pula disuruh makan ubat sendiri, kalau dulu... semua ubat yang dah masuk mulut pun dia keluarkan balik. Mungkin sekarang dia dah faham pentingnya makan ubat walaupun ubat tu tak sedap...

Wansteddy Tales berkata...

wa... rileks je mkn ubt bnyk tu. my doter 1ml ubt pn dah xlalu nk telan dah :)moga2 ur dote lekas sembuh :)

Norgadis Labuan berkata...

Hai Wansteddy Tales.
Dulu dia pun mcm tu juga, tak nak makan ubat, mungkin skrg dia dah faham, klu sakit kena makan ubat... baru cepat sembuh...

si biskut berkata...

doakan sekali utk watiqah cepat sembuh dan leh main2..

tehr berkata...

moga2 cemat sembuh
...banyaknya teman tidur

Norgadis Labuan berkata...

Salam si biskut.
Terima kasih sudi doa untuk Wathiqah, saya pun berharap dia cepat sembuh.

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
Ya mudah2an dia cepat sembuh.
Banyak teman tidur? Hahaha... dia memang gitu, penuh katil...