Jumaat, 8 Oktober 2010

Ini Bidan Terjun

Siapa pula yang nak bersalin ni, sampai nak panggil bidan terjun pula... Aku saja buat tajuk macam tu, sebenarnya ini juru solek terjun... jam 7 pagi, kakak ipar aku call dan dia suruh aku datang ke rumahnya awal sikit sebab nak make up anaknya nak nikah (Juru make up tak dapat datang). Huhuhu... aku pun kelam kabut selongkar make up yang ada, adoi!! para make up pun takut tengok aku lantas cabut lari hahaha... padan muka aku.

Mulanya aku nak minta bekas tunang aku belanja makan soto kat gerai, lepas makan baru pergi tempat orang nikah, aduh!! bukan rezeki aku makan soto masa tu, kena pula datang awal kat ruamah kakak ipar.

OOiii...!!! siapa yang mengata aku tu hah? Bekas tunang aku tu sebenarnya laki akulah... jangan salah faham tau...

Jom kita layan gambar yang sempat anak aku ambil ni....


Setelah siap di make up


Nak pakaikan rantai pula...


Gambar guna handpone je ni...


Inilah wajah anak saudara aku


Ini setelah akad nikah selesai


Duduk bersanding sekejap

Malamnya aku kena menghadiri bengkel penulisan pula, bznya aku...

10 ulasan:

Abu Luqman berkata...

bidan terjun atau mak andam terjun

Norgadis Labuan berkata...

Salam Abu Luqman.
Hahaha... nampaknya mak andam terjun laut.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Norgadis,

Nasib baik ada yang boleh terjun. Kalau tidak haru dibuatnya.

Apa pun cantik orang yang bertunang tu. Tahniah bidan terjun yang telah menyelamatkan keadaan.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kunang-Kunang.

Terpaksa terjun tak bernafas hehehe...
Takut terminum air, tak sempat pula menyelamatkan keadaan.

Majlis tu majlis akad nikah, kira dah kawinlah tu ya tak?

Kalamhati berkata...

hehe ni bukan terjun ni...dah sampai tahap summersolt ni..hehe cantik!

gnesop.com berkata...

ok la tuh..
ada kemahiran..
jika bidang terjun x der kemahiran, apa tah jadi :)

tehr berkata...

wah, dah boleh jadi bidan tak terjun dah tu

selamat pengantin baru
moga2 kekal bahagia selamanya

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.

Kalau terpaksa terjun, kena tahan nafas lama2 sikit, takut bidan yang pengsan hahaha...

deem berkata...

terjun2 pun mantap bah kak...cantik!

Norgadis Labuan berkata...

Hai deem...
Terjun tanpa pelampung tu...