Rabu, 6 Oktober 2010

Daun Saderi



Daun Saderi
Picture (Device Independent Bitmap)

Daun Saderi (Seleri) atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

14 ulasan:

diana berkata...

boh dalam daging masak kicap sedap ni..

Norgadis Labuan berkata...

Salam diana.
Betul2... klu bubuh dlm sop pun sedap.

giha lalala berkata...

wahhh.. ni fevret saya ni. kalau buat sup takder daun nih, rasa mcm tak lengkap!

Norgadis Labuan berkata...

Hai giha lalala...
Nampaknya kita punya cita rasa yg sama, klu masak sup mesti ada daun sup baru sedap...

Selipar Putus berkata...

daun saderi feveret wOnderpets~

Norgadis Labuan berkata...

Salam Selipar Putus.
Kalau gitu boleh makan selalu...

Rahimah Ramlan berkata...

datang sini & follow balik ;-)

tehr berkata...

selalu jumpa daun ni dalam hidangan
tak tahu pulak nama dia daun saderi
hehehe - asal saja boleh dimakan

Norgadis Labuan berkata...

Salam Rahimah Ramlan.
Terima kasih sudi follow

Norgadis Labuan berkata...

Salam tehr.
betullah, asal saja boleh dimakan kita makan je. Lagi pun bab nama ni selalunya berlainan dari satu tempat dengan tempat yang lain.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

aku tak tau ... sekarang dah tau nice n3 and info

Norgadis Labuan berkata...

Hai b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.
Kita kongsi info bersama...

Kunang-Kunang berkata...

Salam Norgadis,

Terima kasih berkongsi info.

Ada orang beritahu (tapi tak cuba) kalau selalu pening kepala, cuba amalkan makan daun saderi.

Norgadis Labuan berkata...

Salam Kunang-Kunang.
Terima kasih infonya, nanti kalau ada pening2, nak cuba juga makan daun saderi ni, mungkin boleh sembuh.