Isnin, 20 September 2010

Sembang-sembang Bersama Resmanshah Di SMK Lajau

Huhuhu... bayangkan, aku boleh duduk semeja dengan penulis seperti Resmanhah yang mempunyai ramai peminat ni. (Kembang semangkuk aku) Aku sebenarnya cukup bangga dengan beliau, walau dah dikenali ramai, tapi masih merendah diri...

Aku kali pertama jumpa dia, bukan main segan lagi... maklumlah Resmanshah ni dah pun jadi penulis yang berjaya dan boleh hidup dengan hasil penulisan beliau, sedangkan aku... sekadar minat menulis je... kalau harap hasil tulisan aku, alamat mati kebulurlah nampaknya hahaha...
Dari kanan, Sahar Misron Ketua 2 PERWILA, Cikgu SMK Lajau (lupa pula namanya), Norgadis Labuan, Suili Bakar, Resmanshah (penulis Novel Shaakur), Hajjah Hasnah dan Rafidah Mohamad


Inilah antara hasil karya Resmanshah yang dah terbit...

Kepada sesiapa yang belum memiliki dan ingin membeli hasil karya Resmanshah, bolehlah hubungi beliau sendiri di blog beliau KLIK SINI, hahaha... ingatkan nak kasi no telefon, bab tu tanya sendiri ooo...

2 ulasan:

Resman berkata...

Wah?! Sungguh malu dan terharu membaca entri Akak ini...Saya juga manusia biasa, penulis baru dan masih belajar juga..Terima kasih buat sokongan akak dan rakan2 seperjuangan yang lain. Hanya Tuhan saja yang boleh membalas jasa akak...Semoga kita semua akan menjadi penulis yang berjaya dan bermoral serta baik hati ek hehehehe

Norgadis berkata...

Salam Resman.
Waduh... merendah diri pula Resman ni, bukankah betul semua yang akak katakan tu, Resman memang seorang penulis yang sudah berjaya dibanding akak ni yang masih lagi merangkak dalam dunia penulisan. Akak berharap benar... dengan bimbingan Resman kelak akan membuahkan kejayaan dalam bidang penulisan ini.