Sabtu, 6 Mac 2010

LABUAN WILAYAHKU

KARYA: NORGADIS LABUAN

Hari Sabtu, bagaikan ada perhimpunan remaja di Ujana Kewangan Labuan. Keriuhan suasana semakin menghimpit ruang legar. Anak-anak remaja seronok menggayakan fesyen pakaian ala barat. Rambut gaya punk turut dinodai dengan warna-warni. Leher dihiasi rantai perak, bagaikan rantai pengikat haiwan piaraan, turut dihiasi loket berbentuk tengkorak. Baju berlapiskan jaket kulit atau jean bagai berada di luar negara. Anak dara pula bergaun pendek, malah ada lagi yang lebih berani dan merasa seronok berseluar pendek. Juga senang menggayakan baju jarang, yang membayang susuk tubuh yang menarik kaum lawan. Semua dilakukan agar banyaklah mata akan melirik dan tertarik dengan fesyen terbaru yang mereka peragakan.

“Hish! Ramainya budak-budak ni, macam ada pesta remaja pula,” ujar Fatimah sambil meneruskan langkah di sebalik kebanjiran remaja di ruang legar Ujana Kewangan itu.

“Biasalah, hari Sabtu, inilah masa mereka berseronok. Bukan kau tak tau, dari hari Isnin hingga hari Jumaat, dah banyak mereka habiskan masa di sekolah, asyik-asyik menghadap muka cikgu.” Katy terus melangkah menghampiri Fatimah. Seterusnya...

2 ulasan:

Kasawari berkata...

ingin benar sekali ke Labuan bersama keluarga.. ada rakan blogger yang akan berkawin bulan 6 nanti..

Norgadis Labuan berkata...

@Kasawari. Selamat datang ke WP Labuan. Elok juga sekali sekali makan angin bersama keluarga...