Ahad, 14 Mac 2010

COMMUNITY BLOGGER AWARD DARI SERI BAHASA

Petang + 7.15 malam tadi sewaktu aku on9 blog, macam biasalah... aku akan tengok BUKU TAMU aku dulu. Banyak juga pesanan masuk dari para sahabat, salah satu pesanan tersebut dari SERI BAHASA... "award persahabatan dari seri" hehehe... bunyi macam menarik saja tu. Aku ingat lagi, sewaktu aku terima tag & Beautiful Belogger Award, Seri ada beritahu nak bagi Award yang lebih cantik lagi. Nampaknya Seri benar-benar telah mengotakan katanya, tengoklah kat bawah tu, cantiknya Award dari Seri...

Terima kasih Seri, terima kasih banyak-banyak, aku rasa aku adalah antara follower Seri yang bertuah kerana dijemput untuk menerima SERI BAHASA AWARD community Blogger. Aku ni taklah pandai berbahasa yang indah-indah, namun kehadiran Award seperti ini akan menambah erat lagi tali persahabatan dalam dunia maya. Moga persahabatan ini akan terus terjaga dan diberkati oleh Allah yang maha esa...

Di rimba rusa dibandar rusa,
Kancil kenari siapa yang punya,
Terima kasih banyak Seri Bahasa,
Moga persahabatan kekal selamanya.

4 ulasan:

Seri Bahasa berkata...

Jalan tidak membawa bekal,
Singgah disini merehatkan diri;
Semoga persahabatan sentiasa kekal,
Itulah harapan dari Seri.

Norgadis berkata...

@Seri Bahasa. Berbalas pantun ni, kau memang pakar bahasalah Seri, Terima kasih utk segalanya.

pak long berkata...

salam buat nor...
tak nak buat contest pantun ke...

Norgadis berkata...

@Pak Long. Hehehe... belum terfikir pula nak buat contest pantun, saya rasa yang pakar pantun ni sebenarnya cikgu...