Sabtu, 27 Mac 2010

Anugerah/Award Dan Tag

Aku terima tag dan anugerah/award lagi... Kebetulan kedua-dua tag ini aku terima serentak semalam. Dan buat kali pertamanya, aku buat sekali dalam satu entri...

ANUGERAH PERANTAU LONDON TERHANGAT
Terima Kasih Kepada Long Haffiz Long Hassan (Coretan Perantau) kerana sudi memberi anugerah dan tag kepada makcik Norgadis hehehe

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD
Terima kasih kepada Cik Hayati88 kerana sudi memberi award dan tag kepada makcik Norgadis (mcm sama ayatnya? memang pun, kita copy je hehehe?)



~ 7 Things About Me

  1. 03 April ini adalah birthday aku yang ke 39 tahun (tuanya aku).
  2. 17 November akan datang adalah ulang tahun perkahwinanku yang ke 19 tahun (moga kekal dunia dan akhirat).
  3. Norgadis Labuan adalah nama pena dalam penulisan/karya puisi,cerpen dan skrip aku dan nama sebenar aku ialah Masmah Binti Mohd Ali.
  4. Hari ini aku ada mesyuarat PERWILA (aku merupakan biro sastera dlm tu) kami akan membincangkan banyak aktiviti, antaranya kembara sastera (aku bendahari utk aktiviti ini).
  5. Esok aku buka gerai sehari bersama adik aku di perkarangan Manikar Resort dari jam 7 pagi hingga 7 malam (tak dpt buka bloglah nmpknya huhuhu).
  6. Aku dapat call dari RTM Labuan minta aku buat skrip bertemakan Rukun Negara, mesti siap sebelum 4 April ni dan akan disiarkan pada 11 April jam 5.30 petang (bukan main pening kepala aku nak cari bahan utk skrip kali ini aduh aduh aduh).
  7. Aku sebenarnya surirumah sepenuh masa yang memang banyak menghabiskan masa harian aku di rumah bersama suami dan anak2. Dunia maya ini merupakan penghilang rasa bosan aku kerana asyik buat benda yang sama setiap hari. Jom tengok blog yg baru aku lahirkan LABUAN ISLAND (Mcm baru lepas bersalin pula bunyinya, bantai je lah...)

  8. ~13 bloggers yang istimewa adalah :-

    1. bloggers 1 LI
    2. bloggers 2 RN
    3. bloggers 3 SR
    4. bloggers 4 SF
    5. bloggers 5 SP
    6. bloggers 6 SCDC
    7. bloggers 7 UK
    8. bloggers 8 P
    9. bloggers 9 A
    10. bloggers 10 Z
    11. bloggers 11 CK
    12. bloggers 12 RS
    13. bloggers 13 SDKBNL

    Ensem Long Haffiz bila ketawa,
    Cik Hayati pula pemalu orangnya,
    Kalau nak tau blogger istimewa,
    Kliklah link cari pemiliknya.

    TAMAT


4 ulasan:

pak long berkata...

salam buat nor..
jawab tag jangan tak jawab

Norgadis berkata...

@Pak Long. Salam kembali. Gitulah cikgu, dah kawan mengetag kita, kenalah dijawab, ada lagi tag yang menanti utk dijawab tu... hehehe...sabar menanti.

Long Haffiz Long Hassan berkata...

eh..sy ensem?hehe..xleh nk ckp perla..tu mmg knytaan tu..

Labuan Island berkata...

@Haffiz. Tak nak ucap terima kasih? Dah puji2 ni...1 dunia tau hehehe...