Khamis, 12 Mei 2011

Hari Ke2 Perjalanan Ke KUIS

Ahad, 8 Mei 2011

Hari kedua, pagi-pagi lagi kami telah dibawa ke Kuala Lumpur. Lokasi pertama ialah Chowkit, kawasan ni banyak jual jamu.


Dah lebih 20 tahun aku tidak menjejakkan kaki di kawasan Chow Kit, kelihatannya sudah banyak yang berubah...


Jalan Masjid India, pertama kali aku datang ke sana, sempatlah aku beli beberapa helai tudung untuk dibawa pulang

Di gerai ini anakku menempah key chain namanya sendiri


Kami cuma singgah sebentar di Masjid Besar ini, tapi aku pernah masuk ke dalam Masjid ini satu ketika dulu


Kami juga sempat melawat Muzium Sultan Alam Shah

Hari Pertama Perjalanan Ke KUIS

Sabtu, 7 Mei 2011

Salam para sahabat blogger, rasanya dah seminggu tak update blog, blogwalking pun tak sempat buat seminggu ni. Hari ni baru nak mulakan entri baru walaupun ceritanya telah berlalu seminggu yang lepas.

Ini gambar kami sewaktu berada di Lapangan Terbang WP Labuan sementara menunggu pesawat yang bakal berlepas ke KLIA jam 7.45 pagi.


Sempatlah ambil gambar kenangan bersama mama dan babah sebelum berangkat

Dua anakku tinggal, Zafirah dan Atikah


Puteri @ N Athirah bergambar bersama adiknya Atikah (baju kuning) Dorang ni memang rapat.


Si manja Wathiqah, "mau ikut pergi ke rumah baru kakak..."


Sesampai di KLIA, kami dijemput oleh bapa saudaraku Ngangah Saidin dan kami bermalam di rumahnya di Jalan Kota Raja, Klang.


Petangnya kami dibawa ke Mydin dan Jusco untuk membeli keperluan anakku N Athirah

Sabtu, 7 Mei 2011

Pagi-Pagi Lagi Aku Sudah Berada Di Lapangan Terbang


Nampak sunyi je airport ni, hari ini aku, abang dan Nurwathiqah akan ikut menghantar anakku Nurfatihah Athirah yang akan menyambung pelajarannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Nuratikah dan Nurzafirah hanya hantar sampai airport je, maklumlah hari isnin dan selasa nak pergi sekolah lagi.


Si kecil, Nurwathiqah telah minta cuti sekolah selama 2 hari untuk ikut sekali naik kapal terbang. Inilah kali pertama dia naik kapal terbang, nampak tak sabar lagi dia menanti tibanya hari ini.


Inilah foto anakku Nurfatihah Athirah yang akan melanjutkan pelajarannya di KUIS dalam bidang Quran dan Sunnah. Moga dia berjaya dalam pengajiannya.

Nampaknya dua tiga hari ni aku akan rehat dari melawat blog kalian, insyallah setelah balik dari semenanjung aku akan BW lagi ke laman kalian. sampai jumpa lagi....