Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya siap juga baju raya untuk tahun ni. Tiap-tiap tahun pun jahit baju sendiri.
Persiapaan untuk aktiviti menjahit bulan ramadhan.
Sesi jahit menjahit.
Buat riben untuk baju Wathiqah.
Baju Wathiqah ni buat poket tampel kad depan je...
Malas jahit tangan, aku guna mesin semuanya termasuklah untuk leher baju kurung. (Orang yang tak minat menjahit ni, memang nak buat yang senang je hehehe)
Anak-anak mau hujung tangan baju macam ini, sama macam baju raya tahun lepas.
Taaa daaa... Dah siap semuanya, syukurlah, adalah baju raya untuk anak-anakku pakai dilebaran nanti.