Khamis, 9 Ogos 2012

CornFlakes Madu Dah Siap

Pagi tadi sebelum ambil anak aku dari tadika, aku sempat singgah di kedai Layang-Layangan membeli CornFlakes untuk buat biskut CornFlakes Madu.  Sebelah petang setelah anak aku yang sekolah menengah balik, tiba-tiba anak aku yang no. dua Zafirah beria-ia sangat nak buat CornFlakes Madu, aku ok saja, dah ada yang nak membantu :)

 Corn Flakes bahan terpenting hehehe...

 Buat sekotak dululah...

 Walaupun bz menjahit baju raya, tapi aku masih sempat tolong Zafirah buat  CornFlakes Madu

 Jom masak dulu...

Dah siap masak...


Bolehlah disimpan ke dalam bekas yang kedap udara.  Rasanya nanti nak buat lagi, tengoklah kalau sempat...

Selasa, 7 Ogos 2012

Tolong Jahitkan Baju Raya Aku

Salam para sahabat blogger, kalian dah beli kain untuk buat baju raya?  Tak sedar masa begitu cepat berlalu, hari ini dah hari ke 18 kita berpuasa, aku baru berkesempatan turun ke bandar hari ahad lepas, banyak dah kuih raya dijual.  Baju raya yang siap sedia pun banyak, cantik-cantik pula tu, tapi harganya pun cantik juga...

Emm... apa warna baju raya kalian untuk tahun ini?  Aku sebenarnya tak terfikir nak warna apa untuk baju raya, aku membiarkan anak-anak yang memilihnya.


Ada yang suka warna kuning, ada pula yang suka warna hijau, inilah kain untuk baju raya yang dipilih oleh anak aku, warna kuning ada, warna hijau pun ada.  Aku ok saja, asalkan sesuai dipakai bersama jadilah.

Kalau sekarang ni, agak-agak ada tak yang masih terima kain untuk dijahit, huhuhu... tak diterima lagi, jom tolong aku jahit kain ni untuk buat baju raya...

Khamis, 2 Ogos 2012

Dua Puisi Norgadis Tersiar Di RTM Labuan FM

TAUBAT RAMADHAN

Rancangan "Citra Syahadah Ramadhan" di RTM Labuan pada 27 Julai 2012 telah memuatkan 2 buah puisiku yang bertajuk "Taubat Ramadhan" dan "Kala Ini"

 KALA INI

Selain daripada puisiku terdapat juga 4 puisi lain yang ditulis oleh 2 orang sahabatku iaitu Sani La Bise dengan puisinya, Lailatulqadar dan Tak Kala Ramadhan Datang serta seorang lagi penulis muda Gabriel Kimjuan dengan puisinya Mengiringi Perjalananmu dan Mencari Sesuatu Yang Hilang.

Kalau puisi dah keluar, itu bermakna rezeki nak datang, alhamdulillah... rezeki bulan ramadhan.