Khamis, 8 Mac 2012

Norgadis Di RTM Labuan FM

Tadi pagi dapat call, aku diminta hadir ke RTM Labuan FM untuk sesi rakaman. Huh! Rakaman? Emm... rakaman untuk apa ya, dalam keadaan yang bz, aku setuju saja untuk hadir.

Sesampai di sana, kulihat bendahari PERWILA juga ada sama, nampaknya aku tak keseorangan. bagus bagus bagus...

Tuan Hj Othman Mahali (Bendahari PERWILA)

Kira-kira jam 3 petang, aku dan bendahari PERWILA Tuan Hj Othman Mahali dibawa berbincang berkenaan program "Gemersik Citra Suara Hati" yang bakal disiarkan bermula esok malam.

Aku diminta bercerita berkenaan pengalaman aku dalam dunia penulisan. Alamak! Apalah pengalaman yang ada untuk ku kongsikan.

Untuk pengetahuan para blogger yang disayangi, setakat ini puisi dan cerpen aku telah dimuatkan didalam beberapa antologi bersama penulis lain. Antaranya ialah:

1. Antologi Puisi Peta Seniman, 1998.
2. Antologi Puisi Tasbih Rindu, 1998.
3. Antologi Puisi Gema Membelah 13, 2000.
4. Antologi Puisi Teluk Persalaman 2001.
5. Antologi Cerpen Runtuh, 2001
6. Antologi Puisi Kita Kata Kota, 2001
7. Antologi Puisi Kota Asas Temadun Bangsa, 2002
8. Antologi Puisi Kota Kita Wajah Kita, 2003
9. Antologi Puisi Kota Gemilang Warisan Kita, 2004
10. Antologi Puisi Kota Budaya Citra Sejagat, 2005
11. Antologi Puisi dan Cerpen Lambaian Teluk, 2008
12. Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita, 2009 dan
13. Antologi Cerpen Peluru Cinta Victoria, 2011

Aku juga telah menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.

DJ Salbiah Ajis, penerbit "Gemersik Citra Suara Hati"

Kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan, dengarkanlah "Gemersik Citra Suara Hati" yang akan disiarkan bermula esok 9 Mac 2012, jam 9.15 malam di RTM Labuan FM. Beberapa buah puisiku akan ke udara esok...

Sekali Sekala Makan Ketam Pun Sedap


Tiba-tiba nak makan ketamlah pula...


Pilih dulu...


Seekor ketam untuk satu piring huhuhu...


Dah siap... bolehlah dimakan...

Isnin, 5 Mac 2012

Mesyuarat Agung KUSMA Yang Pertama

Mesyuarat Agung Koperasi Usahawan Labuan Berhad. Malaysia (KUSMA) akhirnya berjalan pada 4 Mac 2012, jam 2 petang di Balai Raya Kg. Patau-Patau No. 2 WP Labuan yang lalu setelah Mesyuarat pertama pada 12 Februari 2012 ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dihindari.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En Abd. Aziz Kadasat






Antara ahli KUSMA yang menerima Sijil Syer KUSMA petang tersebut