Memaparkan catatan dengan label RTM Labuan FM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RTM Labuan FM. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2012

Sejam Di RTM Labuan FM

Ini tengah on air di RTM Labuan FM, first time on air, sebelum ni temuramah guna rakaman saja, kalau salah boleh cut, ini kalau salah hentam sajalah huhuhu...
Hahaha... tengah mengatur ayatlah tu...

Masuk konti kali ini kerana menyampaikan info program Sayeambara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012.


Backdrop ini dibuat bersama anak aku N Athirah, biarpun berjauhan tetapi masih boleh berkerjasama. Terima kasih Puteri kerana mengajar ibu cara-cara membuat backdrop ini.

Khamis, 8 Mac 2012

Norgadis Di RTM Labuan FM

Tadi pagi dapat call, aku diminta hadir ke RTM Labuan FM untuk sesi rakaman. Huh! Rakaman? Emm... rakaman untuk apa ya, dalam keadaan yang bz, aku setuju saja untuk hadir.

Sesampai di sana, kulihat bendahari PERWILA juga ada sama, nampaknya aku tak keseorangan. bagus bagus bagus...

Tuan Hj Othman Mahali (Bendahari PERWILA)

Kira-kira jam 3 petang, aku dan bendahari PERWILA Tuan Hj Othman Mahali dibawa berbincang berkenaan program "Gemersik Citra Suara Hati" yang bakal disiarkan bermula esok malam.

Aku diminta bercerita berkenaan pengalaman aku dalam dunia penulisan. Alamak! Apalah pengalaman yang ada untuk ku kongsikan.

Untuk pengetahuan para blogger yang disayangi, setakat ini puisi dan cerpen aku telah dimuatkan didalam beberapa antologi bersama penulis lain. Antaranya ialah:

1. Antologi Puisi Peta Seniman, 1998.
2. Antologi Puisi Tasbih Rindu, 1998.
3. Antologi Puisi Gema Membelah 13, 2000.
4. Antologi Puisi Teluk Persalaman 2001.
5. Antologi Cerpen Runtuh, 2001
6. Antologi Puisi Kita Kata Kota, 2001
7. Antologi Puisi Kota Asas Temadun Bangsa, 2002
8. Antologi Puisi Kota Kita Wajah Kita, 2003
9. Antologi Puisi Kota Gemilang Warisan Kita, 2004
10. Antologi Puisi Kota Budaya Citra Sejagat, 2005
11. Antologi Puisi dan Cerpen Lambaian Teluk, 2008
12. Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita, 2009 dan
13. Antologi Cerpen Peluru Cinta Victoria, 2011

Aku juga telah menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.

DJ Salbiah Ajis, penerbit "Gemersik Citra Suara Hati"

Kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan, dengarkanlah "Gemersik Citra Suara Hati" yang akan disiarkan bermula esok 9 Mac 2012, jam 9.15 malam di RTM Labuan FM. Beberapa buah puisiku akan ke udara esok...