Sabtu, 13 November 2010

Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan

Sabtu 13 November 2010, jam 8.00 pagi aku dan suami menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan di Dewan Perbadanan Labuan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
Alhamdulillah, ketiga-tiga anak aku yang bersekolah SMK Mutiara Labuan terpilih untuk menerima anugerah motivasi pada pagi itu.

Nurfatihah Athirah dari tingkatan 5 HBS

Nurzafirah Nadirah dari tingkatan 3 CST

Nuratikah Nazurah dari tingkatan 1 HBS, (Terbaik Mata Pelajaran Matematik)

Persembahan Silat Menyambut Ketibaan Ahli Parlimen WP Labuan

Majlis dirasmikan oleh YB. Kol (K) Haji Yussof Bin Haji Mahal, Ahli Parlimen WP Labuan yang turut memberi sumbangan cek bernilai RM 5,000.00 kepada Puan Hajjah Zam-Zam Binti Hj. Abdul Rashid (Pengetua) untuk kegunaan SMK Mutiara Labuan.

Selasa, 9 November 2010

Majlis Konvokesyen Tadika-Tadika Islam MAIWP, 2010

Anak aku Nurwathiqah Masturah dan aku suami isteri mendapat jemputan Majlis Konvokesyen Tadika2 Islam MAIWP peringkat WP Labuan di Dewan SRJK (C) Chi Wen, WP Labuan pada 9 November 2010 bersamaan 2 Zulhijjah 1431H. Di WP Labuan, terdapat 4 buah tadika islam iaitu:
  1. Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan
  2. Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru
  3. Tadika Islam Membedai
  4. Tadika Islam Nurul Iman

Kad jemputan pun lumayan...

Bacaan ayat suci Al-Quran dari salah seorang anak didik Tadika Islam WP Labuan membuat aku terharu.

Persembahan Nasyid

Aku hadir memberi sokongan

Nurwathiqah Masturah bersama hadiah kehadiran. Wathiqah yang berusia 4 tahun ni, masih menyambung sekolahnya di Tadika Islam Al-Iman, Layang-Layangan selama 2 tahun lagi sebelum masuk ke sekolah rendah.

Cerianya anak2 comel ni...

Ada 2 orang anak saudara aku Balqis dan Afzah yang akan menamatkan persekolahan mereka di Tadika Islam ini.

Bergambar ramai...

Isnin, 8 November 2010

Cek Nuffnang Dan Topup

Gambar surat je, cek dah bank in, lupa pula nak ambil gambarnya

Baru-baru ini aku dapat cek nuffnang lagi. Cek kali ini adalah cek kedua yang pernah aku terima dari nuffnang, terima kasih aku ucapkan kepada semua sahabat yang berkunjung ke blog aku dan terima kasih juga kepada Mr Nuffnang atas kiriman cek ini. . Terima kasih daun keladi hehehe...


Gambar hiasan, buat sendiri hahaha....

Ini apa pula? Meh aku cerita, baru-baru ini aku di tag oleh anak aku N Athirah untuk join contest ~Teka Teki Dik Rizki~. Untuk tidak menghampakannya... aku pun joinlah... tak disangka tak diduga, aku telah memenangi hadiah saguhati kerana menjadi follower ke 100 di blog sallcontest.
Terima kasih banyak-banyak untuk Sall atas hadiah yang telah diberi untuk aku. Nanti bolehlah buat contest lagi...

Nak cerita sikit ni, hadiahnya topup RM 5. Handphone aku tu jenis berdaftar, jadi hadiah tu telah kuberikan kepada anak aku N Athirah yang tag aku untuk join contest tu. Memang dah rezeki dialah tu...