Gambar Hiasan
SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan &Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Tioman, Bunguran, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) & Reef South dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013. Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013. Pada masa yang sama, angin kencang sehingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 6 Disember 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. |
Dikemaskini pada 06 Disember 2013, jam 04:52AM
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan