Puisi "Anjung Serindai" bersama Aidilovecairo Cairokell, Al-Rashid, Bia Bee,Maharatu Rafidah Mohamad, Man-L, Mazlan Lantera, Bay-Mz dan aku Norgadis Labuan sebagai penulis WP Labuan.
Alhamdulilah, setelah aku menerima Antologi Puisi Anjung Serindai, kali ini aku menerima antologi dari negara jiran iaitu Indonesia. Buku-buku ini telah selamat aku terima pagi semalam. Aku mewakili teman-teman dan PERWILA mengucakan terima kasih kepada sdr Naga Pamungkas atas kiriman buku-buku yang kami nantikan ini. Moga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.
Antologi Cerpen "Aminah Sjoekoer" Di Atas Kapal Nederland (1928) 22 Cerpen Borneo Pilihan. Buku ini memuatkan sebuah cerpen karyaku dan karya sahabatku Rafidah Mohamad (Labuan) bersama penulis Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Antologi Puisi "Suara 5 Negara" pula memuatkan puisi dari Labuan termasuk aku Norgadis Labuan, anakku N Athirah Al-Labuani, Sani La Bise, Gabriel Kimjuan dan Nadirah Junior.
17 ulasan:
tqvm saudara @nagapamungkas.
buku yg mana satu?
Waahh...buku dah sampai....hehehee...tq Naga Pamungkas
Wah.. ada bendera 5 negara.. Mestilah...dia da ubah kulit nya...hari tu lain
bertaraf nusantara..
ada lagi tak? buku cerpen tu? saya nak beli. boleh bantu beri info?
Buku yg dikirim ini khas utk ahli PERWILA yg ada karyanya saja.
oh.. sayangnya... mungkin saya pinjam sahaja daripada Nadirah Junior atau saudari. saya kerja juga di labuan. tapi cuma Ahli PENA. adakah karya saya ada di dalam cerpen itu... rasanya kita ada berjumpa di Membakut.
@Suhana Lina Sarkawi
Cerpen Jangan Bersedih Layla ada termuat dlm buku tersebut.
Rasanya boleh hubungi Naga Pamungkas utk mendptkn buku tersebut.
Bila mau bg tu buku?.....tak sabar ni mau baca...
Masa mesy AJK aku bawakan...
@Sani Qalbi
Buku Suara 5 Negara milik Sani saya serahkan kpd Aizamin Abd Aziz KML, nanti dia serahkan kpd Sani.
@Nadirah Junior
Bukumu arah Hj Osman Mahali
Pembetulan untuk nama penulis Rofidah Ahmad. Bukan Rofidah Ahmad tapi Maharatu Rafidah Mohamad dgn nama sebenar Rafidah Mohamad. Harap maklum.
Ya, terima kasih kak Norgadis Labuan..
dah lama tak jenguk blog gadis labuan, wah tak sangka rupanya nor seorang penulis tersohor..good job. cuma saya kurang minat puisi kalau novel atau cerpen confirm cari dah..nanti nor kongsi cerpen2 yang telah dipublish saya nak cari.
@kak baery.
Belum jadi penulis tersohor lagi, cuma penulis biasa je. Ada juga saya tulis cerpen tapi tak banyak.
goyard bags
off white
bape
nike sb dunks
adidas yeezy
off white
off white hoodie
hermes
kyrie shoes
fear of god outlet
Catat Ulasan