Mesyuarat berlangsung dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Rata-rata yang menghadiri mesyuarat adalah ibu-ibu yang penyayangkan anaknya, mungkin bapa-bapa ada yang bekerja atau takut dilantik menjadi AJK PIBG.
Rasa sudah lama aku tidak menghadiri acara seperti ini di SK Bukit Kalam kerana 3 orang anak aku sudah habis belajar di sekolah rendah dan menengah dan anak keempat yang baru masuk tahun satu ini memanggil aku semula menghadiri acara SK Bukit Kalam sebagai sokongan untuk mereka.
Jeng! Jeng! Jeng!
Aku tiba-tiba dilantik menjadi AJK PIBG waktu itu. Walaupun aku tidak mempunyai kemahiran apa-apa, pelajaran pun setakat sekolah menengah tapi aku akan cuba membantu mana yang termampu demi untuk anak-anak kita di SK Bukit Kalam. Hidup SK Bukit Kalam (terlebihlah pula hehehe...)
4 ulasan:
tahniah kak Norgadis kerana terpilihn sebagai antara anggota AJK tertinggi PIBG SK Bkt Kallam..tahniah
@Hj Shuib Nasir
Tak terkata hehehe.... apa pun terima kasih dan tahniah juga kerana kekal menjadi YDP PIBG.
Tahniah :)
@MR. KQPS.
Terima kasih... walaupun pada hakikatnya saya tidak berminat dengan jawatan ini huhuhu....
Catat Ulasan