Rabu, 29 Julai 2009

Sepulau Sekasih Kita Bakal Dilancarkan


Terasa lama juga tidak menulis blog ini. Kesibukan menghadiri kenduri di sana sini dalam beberapa minggu ini menyebabkan kurangnya ruang masa untuk menulis blog. Sebenarnya tidak ada bahan penting yang ingin diceritakan kali ini, cuma rasa tidak sabar menunggu masa pelancaran buku Sepulau Sekasih Kita.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, pelancaran buku Kumpulan Puisi Labuan iaitu Sepulau Sekasih Kita ini akan di lancar dalam sedikit masa lagi. Cuma tarikh dan masa masih belum ditetapkan.

Walaupun karya beberapa orang ahli PERWILA telah banyak diterbitkan bersama penulis dari luar Labuan, namun penghasilan kumpulan puisi kali ini cukup bermakna bagi ahli PERWILA sendiri kerana penerbitan "Sepulau Sekasih Kita" ini adalah hasil usaha sepenuhnya oleh ahli PERWILA, dan PERWILA sendiri memberi peranan yang amat besar dalam menjayakan penerbitan antologi puisi kali ini.

0 ulasan: