Isnin, 13 April 2009

Aktiviti Persatuan Beruniform SMK Mutiara

Ahad, 2009 April 12





Petang tadi saya dan abang (suami) sampai di Pusat Ko kira-kira jam 1.15 petang. Tiada tujuan lain melainkan mahu menjemput anak saya Puteri, Firah dan anak saudara saya Ameerha setelah selesai melaksanakan aktiviti persatuan-persatuan beruniform di Pusat Ko tersebut.

Menurut anak saya Puteri (Nurfatihah Athirah), aktiviti pada hari pertama iaitu hari jumaat lepas ialah ice breaking (LDK). Aktiviti hari sabtu yang merupakan hari ke-dua ialah berkayak, paintball, rentas halangan, ikhtiar hidup dan sebelah malamnya aktiviti malam kebudayaan.

Aktiviti berkayak dimenangi oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), tempat ke-dua Pengakap dan ke-tiga Taekwando.
Kadet Bomba telah memenangi tempat pertama aktiviti Paintball, ke-dua, Pengakap dan tempat ke-tiga kumpulan Kor Kadet Polis.

Aktiviti Rentas Halangan dimenangi oleh Kadet Bomba, tempat ke-dua Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Aktiviti ikhtiar hidup dimenangi oleh kumpulan Kor Kadet Polis, ke-dua Persatuan Silat dan ke-tiga Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

Aktiviti Malam Kebudayaan pula dimenangi oleh Kadet Bomba dan Penyelamat yang mempersembahkan tarian kebudayaan jawa. Pemenang ke-dua diraih oleh Persatuan Silat dengan mempersembahkan sketsa spontan "Padah Berbohong" arahan Adik Arnold dan manakala tempat ke-tiga dimenangi oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Udara (PKBM Udara) dengan persembahan seketsa PKBM.

Pemenang keseluruhan Unit Beruniform ialah dari Kadet Bomba dan Penyelamat, ke-dua Pengakap dan ke-tiga kumpulan Kor Kadet Polis. Kadet lelaki terbaik dirangkul oleh Adik Suhaimi Bin Aras (Kadet Bomba) dan Kadet perempuan terbaik diraih oleh Adik Ili Nurathirah (Persatuan Puteri Islam)

Pada hari Ahad diadakan aktiviti sukaneka yang merupakan aktiviti terakhir.

Penghargaan Terima Kasih Kepada:
Kem Komanden En. Mohd Adlin
Pen. Kem Komanden En. Abdul Ghani
Penyelaras Perkemahan Puan Shahrizatul dan guru-guru yang terlibat.
Jurulatih Dari Pusat Kokurikulum WP Labuan (PUSKOWILA) En. Mohd Dun Dan En. Zakaria Jambul

1 ulasan:

Nora berkata...

Tahniah! Kepada semua pemenang. Kepada yang tewas, cuba lagi akan datang.