Rabu, 6 April 2011

Apa Yang Berlaku Di Malam Pementasan Teater PERWILA

Seperti yang pernah kuceritakan dientri yang lepas, ulang tahun kelahiranku kali ini sibuk dengan aktiviti bersama PERWILA. Kebetulan tarikh 3 April tersebut dipilih oleh PERWILA untuk mengadakan pementasan teater buat pertama kalinya dalam tahun ini, terdapat juga persembahan bacan puisi dari ahli PERWILA.


Nurzafirah Nadirah anak ke dua aku membaca puisi karyanya yang bertajuk "Hari Bahagia Ibu", puisi ini ditujukan untuk aku dan yang lebih suprise lagi, setelah selesai membaca puisi, dia menjemput aku ke pentas untuk menerima hadiah birthday aku. Huhuhu... sebak rasanya, terharu beb!


Ini anak sulung aku Nurfatihah Athirah juga membaca puisi hasil karyanya sendiri yang bertajuk "Bila Hati Tertanya-Tanya"


Liza Ali merupakan adik perempuan tunggal aku, dia memilih puisi kesukaannya yang bertajuk "Pesan" karya Norgadis Labuan, puisi aku tu...


Norgadis Labuan suka menulis puisi tetapi tidak suka membaca puisi di atas pentas. Sempena birthday aku, terciptalah sebuah puisi yang bertajuk "3 April Ini", aku pun bacalah puisi aku kat pentas malam tu...


Hajjah Hasnah merupakan orang lama dalam Perwila, beliau membaca puisi karyanya yang bertajuk "Memori Semalam" yang ditujukan untukku sempena birthdayku, terharu lagi aku huhuhu...


Pengarah Pendidikan Labuan yang baru, memilih puisi "Pertemuan" dari antologi Sepulau Sekasih Kita untuk dibaca malam itu, karya aku lagi tu beb...



Turut membaca puisi malam itu ialah Ketua Kampung Layang-layangan, Ag Asim Ag Besar, Hj Suili Bakar ANS dan Ketua 1 Perwila Dr Harun Hj Pudin


AJK Perwila bergambar bersama barisan pelakon teater


Rakaman pementasan teater yang dirakam dengan kamera sony aku. Tak boleh zoom, maklumlah kamera biasa je bukannya handycame.

26 ulasan:

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

Bestnya dikelilingi oleh orang2 seni yaaa...

Norgadis berkata...

Salam kpah k-poh.
Best... walaupun saya hanyalah seorang surirumah tetapi klu beraktiviti spt ini, terasa kelainannya...

si para para berkata...

selamat ulang tahun kelahiran..
semoga berjaya selalu..di dunia dan akhirat..



pertama sekali.. lama tak jenguk sini..
kedua..ingat selama ni tuan rumah baru usia remaja.
tapi dah ada anak2..
boleh sya panggil kak je..
:)

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih si para para.
Moga kita sama2 bahagia dunia dan akhirat.

Hahaha... saya ni dah tua, anak sulung pun dah nak masuk 18... nak panggil kak? saya ok je...

pak long berkata...

salam...
waaa..meriah la...

Norgadis berkata...

Salam kembali pak long.
Memang meriahlah cikgu...

LindaRahim berkata...

hehe seronoknye ank baca puisi utk kita atas pentas semua org tgk...

caliph shuriken berkata...

meriahnya aktiviti ni..

p/s: sy x suka naik stage, hukk...

latest en3: pinjam seterika ajaib sat na

khairul berkata...

boleh berpuisi rupanya...baguih2

Norgadis berkata...

Salam LindaRahim.
Pelbagai perasaan timbul pabila anak2 baca puisi utk kita, terharu rasanya...

Norgadis berkata...

Salam caliph.
Aktiviti spt ini memang meriah tetapi yang membuatnya meriah adalah peminat seni itu sendiri...

p/s: klu dpt hadiah pasti suka naik stage hehehe...

Norgadis berkata...

Salam khairul.
Baca pun main bantai je...

a loqman berkata...

tahniah..
Ibu dan anak boleh baca puisi

Norgadis berkata...

Salam a loqman.
Ibu dan anak punya minat yang sama hehehe...

tehr berkata...

tak reti nak baca puisi kat pentas
hehe

tahniah untuk norgadis dan perwila

Aina berkata...

wah bagus nya kak...

kaizenshinobi berkata...

dah lama nda pergi ke event macam nih, hehe

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih tehr.
Baca pantun je lah tehr...

Norgadis berkata...

Salam dan terima kasih Aina.

Norgadis berkata...

Hai kaizenshinobi.
Sekali sekala pergi seronok juga tu...

en_me berkata...

bestyerrr..

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
kereta gear auto dan gear manual
Kala kupandang kerlip bintang nun jauh disana
Saat kudenger melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Irama kopi dangdut yang ceria
Menyengat hati menjadi gairah
membuat aku lupa akan cintaku yang telah lalu

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Norgadis berkata...

Hai en_me...
Suka juga ker?

Norgadis berkata...

Salam Afzainizam...

//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
Cantik kereta...
Lagu pun best...

Unknown berkata...

keluarga seni ni.anak-anak pun ikut sama minat berpuisi

Norgadis berkata...

Salam nas.
Nampaknya begitulah, mungkin bawaan semasa mengadung agaknya hehehe...